Jangan sebarang komen

Assalamualaikum

Mesti selalu korang terbaca status2 ni yang dishare dalam Facebook, restoran ni hidangkan makanan yang kotorlah, perkhidmatan kedai ni tak baguslah, si polan ni ada buat sesuatu yang salah lah ..... pernah kan ??
Korang mesti pernah like, share dan comment kan ?? ngaku jangan tak ngaku. Aku kadang-kadang tu pernah juga like dan share tapi comment rasanya adalah sekali dua.

Mengapa tetiba cerita tentang ni....
Bukan apa, hari tu tetiba ada satu kawan tu mengadu, dia jadi mangsa fitnah dan gambarnya tersebar dalam Facebook yang kononnya dia adalah seorang pencuri.
Mulanya dia memang langsung tak tahu yang dia sudah 'femes' kat Facebook dan ada berpuluh komen negatif ke atas status itu. Sehinggalah dia diberitahu oleh seorang kawan tentang penyebaran status itu.

Dia terus pergi ke SKMM dan minta pandangan daripada dorang. Pihak SKMM menasihati dia membuat laporan polis tentang status itu dan orang yang postkannya ke dalam Facebook. SKMM juga menasihati juga dia agar menyenaraikan mereka yang memberi komen dalam status itu untuk tindakan saman.

Dan kawan tu dah buat laporan polis ke atas individu yang postkan status tu kat Facebook dan juga laporan polis ke atas pengomen2 status tu. Nasib baik dia cepat print screen status tu sebab selepas dia buat laporan polis tu, malamnya status tu dah kena delete.

Habislah...orang yang komen pun turut terbabit....huhu
Memang akan kena sebenarnya sebab kawan aku yang seorang lagi ni (bukan yang jadi mangsa fitnah tu) ceritakan sendiri pengalaman anak buahnya. Anak buahnya terkejut bila satu hari tu dapat surat dari peguam yang mengatakan dia telah disaman dan kena hadir dalam perbicaraan kes di mahkamah. Bila masa pula katanya dia buat kesalahan sampai kena saman segala.

Ingat punya ingat, kata kawan aku tu, anak buahnya pernah bagi satu komen kat satu status mengenai kedai yang tidak sepatutnya wujud di satu shopping complex tu. Akibat dari status di Facebook tu, rasanya kedai tu mengalami kerugian dan terpaksa tutup sebab orang dah boikot ke apa, lebih kurang lah gitu ceritanya.
Dan akibat daripada itu, tuan punya kedai itu telah mengambil tindakan dengan menyaman orang yang postkan status itu dan juga mereka yang telah mengeluarkan komen kat status itu.

Lepas ni nak kena berhati-hatilah bila nak bagi komen kat apa-apa status yang di postkan dalam Facebook tu. Nanti tak pasal-pasal pulak datang surat saman. Tak ada duit tau nak bayar saman yang memang kita tahu jumlahnya bukan sedikit kan.


Ok lah....selamat bekerja di hari isnin. Nanti nak pegi check lah status2 Facebook aku...huhu



Credit to www.cuddlycomments.com


Tapi kan kalau dah benda comel macam kat atas tu minta komen, kesianlah pulak kalau kita tak komen hehe


17 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. wah..gitu yer.Yg komen pun kena..thanks bg tau..mana tau kan,dh emosi emosi komen..tau tau dtg surat saman.

    ReplyDelete
  2. satu lagi.. jenis yg suka share benda2 yg tak tau sahih ke dok..

    ReplyDelete
  3. mujur la fbb tu... sy suka membaca di keluarkan sbarang komen, like bagai ;)

    ReplyDelete
  4. erm..tulah kan..bila mo komen kena tengok lah juga..jgn suka2 komen..bahaya tau... ndak pasal2 diri kena siasat.... kan Mia? ...

    ReplyDelete
  5. Mekasih atas peringatan. Kena lebih berhati2 dalam nak memberi komen lpas nih.

    ReplyDelete
  6. Tak pasal-pasal terlibat sama kan Mia.
    Sebab itu nak komen pun kena berhati-hati samada isu itu benar atau tidak
    Kalau tak pasti baik abaikan...

    ReplyDelete
  7. zara mmg xbrani komen maklumat2 yg blom pasti status kesahihan nya ni.. mmg bahaya.. bimbang mdtgkn fitnah. better kaji sblm nak post ssuatu kat lama sesawang ni..

    ReplyDelete
  8. mmg kena hati2lah dalam apa jua pun skang ni kan. pikir dulu sebelum like & komen !

    ReplyDelete
  9. setuju dengan pendapat kak zakie..nak komen pon tengok betul2 status apa yg kita nak like or drop komen tu..sekarang ni macam2 yg di luar jangkaan kita pon boleh terjadi..so, kena hati2..

    thanks mia atas peringatan ini..:)

    ReplyDelete
  10. komen tentang sesuatu yg betul2 kita tau ja....jgn nak tokok tambah...

    ReplyDelete
  11. bahaya juga dgn fitnah akhir zaman ni… tapi saya baru tahu yg boleh buat laporan polis…

    ReplyDelete
  12. ooo...nasib baik kak mia buat entry pasal ne.cik pon baru tahu juga ne..walaupon cik nda juga lah brapa suka mengomen2 pasal benda2 nda betul..tapi mau berhati2 juga kan..mana lah tahu satu hari nanti terkomen pula kan...
    harus lebih berwaspada ne...

    ReplyDelete
  13. I mmg jarnag sangat2 kat fb, komen mmg tak la. Tapi blog pun kena hati2 jugak la komen gayanya kan.. bukan fb jer. hihihi sama2 beringat.

    ReplyDelete
  14. Kurang sikit d fb ni Mia..paling2 like jak..tp tengo jg post tu..mau mengomen mmg jrg btl

    ReplyDelete
  15. Hehe...lebih lagi tuan blognya comel dan putih melepak tu suh komen....takkan tak mo komen sianlah pulak hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post