Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!
Masih cite pasal JJCM KL sabtu yang lalu. Lepas check-in Hotel Nova kat Jalan Alor dekat Bukit Bintang tu, aku dan kawan-kawan berjjcm di Berjaya Times Square.....
nak round2 sambil tu shopping apa yang patut, sambil2 tu kiranya nak cari tempat untuk minum petang.
Walaupun kita orang dah lunch kat Sungei Wang jam 12.00 tu, perut cepat benar terasa lapar. Agaknya banyak tenaga dah habis diguna sebab berjalan kaki je kerjanya.....
Sesampai di BTS, kita orang pun pergilah mencari tempat makan yang best, kiranya nak rehatkan kaki sekejap. Tapi dah namanya jarang pegi ke sini, tempat makan tak jumpa. Nak minum kat OLd Town pun, Old Townnya pun tak jumpa.
Pusing-pusing BTS, last2 terjumpalah Food Courtnya.
Food court kat Berjaya Times Square. Kita orang pun masuk dengan selamba. Kan Food court je, masuk ja dan pegi ke gerai yang diingini. Kita orang pun order dan siapkan duit nak bayar. Tetiba orang kaunter tu tanya, kami tak terima cash, dah beli kad ke?
Aku dan kawan2 memang blur lah masa tu......nasib baik makcik kaunter tu baik hati, mungkin sebab dorang sedar kami bukan orang sana. Makcik tu explainlah satu2 dan tolong belikan kad kami kat kaunter di luar.
Rupa-rupanya kalau nak makan kat food court kat BTS ni kena beli kad cam di atas tu. Reloadlah RM10 ke RM50 ke, ikut berapa ringgit ko nak belanja beli makanan kat food court tu. Jika jumlah duit dalam kad tu tak habis dibelanjakan, ianya akan dikembalikan.
Barulah gue faham, gi mana caranya....hehe
Tapi kan, bukanlah aku nak mempertikaikan sistem food court kat Berjaya Times Square ni. Cuma ianya agak menyusahkan sedikit para pengunjung dari luar terutamanya pelancong-pelancong asing. Masa kami sedang blur di kaunter tu, disebelah kami ada sorang pelancong orang putih juga terpinga2 bila budak kaunter tu minta kad semasa membeli minuman.
intan dulu g makan kat food court bts mmg tercengang sat sebab kena reload ,.mcm touch n go....
ReplyDeleteDah macam stle kat sekolah kalau ada hari usahawan macam itulah Mia. Beli guna coupon. Kalau tak biasa susah juga ni... kena ada information kat pintu masuklah nampak gayanya.
ReplyDeletesalam isnin
ReplyDeletedan selamat pagi
oldtown kat counter wayang sebelah hujung akak :) hehe memang leceh sangat dengan sistem card tu.. kalau time lunch makan kat situ memang leceh ahh banyak kali nak kene beratur.. beratur reload beratur beli makanan beratur refund.. merepek sangat!
ReplyDeleterupanya kena beli kupon dulu lah Mia.. susah jgk begitu kan....
ReplyDeletebaru tahu...tapi..betullah,agak menyusahkan lah mcm tu
ReplyDeleteMemang leceh kot buat sistem gitu epsecially tempat tu selalu penuh ngan tourist kan. Actually kat area bukit bintang tu lagi best makan kat restorans by the streets, kat dalam time square tu tak banyak option, dulu la... maybe sekarang dah lain.
ReplyDeletemcm touch n go laaa ehhe
ReplyDeletecamtu pulak ye...mcm susah je... tapi mungkin dia ada reason pasai pe wat camtu kan
ReplyDeleteEmmmm kat TS mmg makan guna kad...tulah mmg leceh sikit tp boleh refund kan Mia...
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!