Skip to main content

Perkataan harianku!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Bahasa Jiwa Bangsa.....gitu B-) tetiba hehe

Salam isnin semua!
Hari ni saja jak kononnya nak kenalkan beberapa perkataan yang selalu kami gunakan dalam perbualan harian kami di Sabah. 


  • Sia - saya
  • Tebengkalan - tercekik makanan, guna perkataan ni untuk mereka yang gelojoh makan..hehe
  • Saaaaaaaaaaaaaaaaana - tunjuk tempat yang sangat jauh
  • Mengkali - barangkali
  • bilang - kata, bukan yang kira-kira tu
  • Menotos - berabis-abisan
  • Gundah / lincahan - Gaya tidur yang tak tentu2 tu, sekejap sana, sekejap sini, orang semenanjung sebut apa benda tu?
  • Gostan - Undur
  • Limpas - Lintas
  • Godo'ot / tabarus - kuat makan
  • Gimbaran - Saka
  • Sungkai - iftar / buka puasa
  • Lindangan / peceran - parit kecil untuk alirkan air sisa dari dapur di rumah (selalunya terdapat di kampung2)
  • Sikui - buah tembikai
  • Campulut - buah cempedak
  • Sikul - Sekolah
  • Sikut - menggalas, contoh galas beg sekolah so kalau sini cakap, sikut beg sikul

Ok, banyak lagi sebenarnya perkataan, kalau ikutkan 7 hari 7 malam pun tak abis......nanti kalau ada kesempatan aku senaraikan lagi ye...hehe



Note : perkataan-perkataan ni berasal daripada pelbagai bahasa suku kaum yang ada di Sabah ni, ada juga bahasa pasar di Sabah so kiranya dah jadi rojak tetapi hampir semua di sini menggunakannya dalam perbualan harian mereka :D

Extra Note : Perkataan-perkataan yang dikongsikan di atas, tidak sesuai dijadikan sebagai bahan rujukan / kajian bagi mereka yang ingin memahami bahasa suku kaum di Sabah. Sila rujuk kepada mereka yang lebih bertauliah. Terima kasih! 

Comments

  1. hahaha.. best jugak kan bahasa kita ni.. sllu juga guna perkataaan2 diatas tu Mia.. sllu nya sebelah pantai barat Sabah pekat2 sikit pelat dorang kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'a atiey, klu sini mmg pekat sikit bah bahasa...hehe

      Delete
  2. Bina ayatlah Mia seronok juga kakak baca. Sikul tu kira macam school - dulu kan James Brooke ada di Sabah itu yg agaknya dengar school jadi sikul hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu akak.....perkataan sikul tu ambik dari bahasa inggeris School...hehe

      Delete
  3. sia tebengkalan abis sia godo'ot! hehehehe... :)

    ReplyDelete
  4. "limpas","mengkali","bilang","sungkai = sungkey","gostan"...perkataan harian kat Swak pon guna cam ni jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabah dan sarawak bahasa lebih kurang ja kan... :-)

      Delete
  5. Kalau sebut gitu tanpa bgtau makna mmg aku pun tak paham mia..pelik sikit bunyinyer sbb tak biasa kan..anyway thanks 4 sharing..kurang2 nanti aku balik mesia, jumpa org sabah blh speaking ngan dorang guno perktaan ko nie..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. lepas ni bolehlah ummu try2 buat ayat guna perkataan tu semua...hehe

      Delete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. boleh blaja bhsa sabah dgn akak nih

    ReplyDelete
  9. wah beshnye...nanti bley la ajar camana nak ckp dlm bhs Sabah.. try la ajar ayat panjang sket...

    ReplyDelete
  10. salam sis
    Perkataan gostan tu. Ta pun gunakan gak.

    ReplyDelete
  11. Okey.. nnti kalau pergi sabah boleh la try2 ckp guna perkataan tue..hehehe.. nnti share pulak ayat mcmne nk bargain yer..hehehe

    ReplyDelete
  12. wah...bagus sungguh entry begini bha..boleh buat kamus kalau nak mengorat orang sabah..hehehe

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  13. owhh rindunya slang sabah ni, itu la bah suka sia limpas limpas sini. Hihihhi mulau.

    ReplyDelete
  14. Dapat belajar bahasa baru...tq Mia....hari tu masa maksn luar ingatnak minum air sikui....tp sikui abis bahhh....hehe ok tak ok tak ok cakap......

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang