Jangan lupa beli jika ke Tanjung Aru

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Jika berkunjung ke Kota Kinabalu, salah satu tempat wajib pegi ialah di Pantai Tanjung Aru. Ianya terletak tidak jauh dari bandaraya KK, cuma mengambil lebih kurang 15 minit perjalanan menaiki kereta. 

Pantai Tanjung Aru ni selalunya akan dipenuhi pengunjung terutamanya di hujung minggu atau di hari cuti. Ada yang berkelah, bermandi manda, lepak dengan kawan2 sambil menikmati pemandangan matahari terbenam yang sangat indah.

Kat sini juga ada food stall yang pelbagai. Menyediakan pelbagai menu untuk pilihan pelanggan. Tapi gerai ni buka petang hingga di malam hari je. Tak buka siang, mungkin adalah sesetengah gerai tapi rata2 buka malam sebab feel dia lain kalau di malam hari. Lebih meriah katanya.

Kalau datang kat sini juga tak sah kalau tak singgah ke gerai2 kudapan.....wajib beli jika ke Pantai Tanjung Aru



Kacang rebus.....tak sedar habis meratah ni sambil gosip-gosip di tepi pantai dengan rakan taulan



Jagung manis rebus. Memang wajib beli, gigit jagung yang di sapu dengan marjerin dan ditabur garam sedikit ketika masih panas-panas terasa nikmatnya. Tapi kan harga dia dah mahal sekarang ni.....semua barang naik harga, jagung rebus pun naik harga juga katanya.
Dulu beli, 5 ringgit dapat 6-5 tongkol jagung, semalam aku beli 5 ringgit dapat 4 tongkol je. Cukuplah seorang setongkol, Damia share dengan aku je...bukannya dia dapat habis makan semua pun.



Jeruk dan buah-buahan. sila abaikan belakang orang tu ye, dia nak juga inteprem semasa aku snap gambar tu...hehe
Aku suka beli nenas dia, manis, bila di tambah cili dan kicap.....fuhhhhh meleleh air liur aku. Jambu merah dia pun aku wajib beli sebab besar2 dan rangup. Harga dia macam dahulu juga tapi tak tahulah kuantitinya telah dikurangkan. 




Note : Salam Maal Hijrah untuk semua! :D

10 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. haritu kami tak sempat pegi..maybe next time pegi lagi kot sana.

    ReplyDelete
  2. Sok kalau gi KK boleh le singgah Tg Aru.... nak beli jagung tu hehe...

    ReplyDelete
  3. jagung ngan kacang tuh buat meleleh air liur jer memalam nih...huhu

    ReplyDelete
  4. Sedap tuh mia makan jagung rebus, kcang rebus sambil lepak2 tepi tanjung gelak2 kan..heheh

    ReplyDelete
  5. teringin nk jejakkan kaki kat situ 1 ari nanti

    ReplyDelete
  6. jagung rebus tu sedapnya.. menggoda jiwa sungguh!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post