Bantulah Syria! - Mia - Memories of Mine

Latest

Tuesday, November 12, 2013

Bantulah Syria!

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia!

Bergenang air mata tengok siri Majalah 3 semalam. Sangat sayu dan sedih melihat keadaan anak-anak kecil di bumi bergolak Syria. 
Terasa sangat beruntung anak-anak kita di sini berbanding anak-anak saudara kita yang berada di Syria.

Aku sebenarnya tak tengok keseluruhan rencana tu, hanya tengok sebahagiaan sebab rasanya tak sanggup melihat anak-anak kecil menangis kesakitan, ibu dan bapa yang meratap kematian anaknya.....nahuzubillah.......astaghfirullahalazim
Sangat-sangat menyayat hati.

Rasa runtun jiwa melihat ibu mengenakan lampin anaknya dilapisi plastik yang diikat dengan tali sahaja........sangat sangat sangat sedih sekali.

Kita di sini hanya mampu berdoa untuk kembalikan keamanan Negara Syria.
Dan bantu apa yang kita termampu untuk ringankan beban mereka. 





Kepada mereka yang ingin menderma, boleh salurkan terus ke Tabung Kemanusiaan Syria Media Berhad, Akaun Maybank 5642-7651-1200
atau boleh menghantar cek di atas nama Tabung Kemanusiaan Syria Media Berhad ke alamat di bawah :-

Group Corporate Communications Department,
Media Prima Berhad,
Level 1, Anjung Riong,
Balai Berita, 31 Jalan Riong,
59100 Bangsar, Kuala Lumpur.

7 comments:

  1. sllu nya bila tgk kisah2 ni mesti menangis Mia...sedih yg teramat...terutama yg melibatkan wanita & kanak2 yg tak berdosa..
    mari lah kita sama2 membantu...

    ReplyDelete
  2. tak sempat nak tengok tp dr apa yg mia citer memang sedih la... kesian..

    ReplyDelete
  3. Saya mmg tak sanggup nak tengok rencana macam ni. Doakan kembali aman soonest.

    ReplyDelete
  4. tak sempat plak tengok rancangan tu semalam..tapi sure sedih kalau tengok..sedangkan tahu berita tentang apa yang jadi di sana pun mampu membuatkan saya sedih..

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  5. Tak tengok Mia....tapi okje dapat rasa dan bayangkan macamana kesengsaraan dan derita mereka....
    Moga akan cepat berakhirlah penderitaan mereka kan Mia...

    ReplyDelete
  6. kena bantu sesama Islam. Kasihan kat mereka. Semoga Allah cepat bagi keamanan untuk mereka.

    ReplyDelete
  7. Kerana pemim[in yg tamak kuasa..mereka yg tak berdosa menjadi mangsa.sama2lah kita doakan tuk keamanan mrk..

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!