Perkhidmatan cemerlang !

Assalamualaikum

Alkisahnya semalam, masa lunch jam 12.30 tu pegilah ke satu bank ni sebab ada urusan sikit....nak buka akaun kat bank tu....
10 minit jak dari opis perjalanan pegi ke bank tu....sampai sana ambik nombor dan duduk menunggu giliran....nampak satu kaunter jak yang dibuka...mungkin masa rehat kot, yang lain pegi lunch agaknya....setengah jam berlalu, masi customer yang sama berurusan masa mula2 aku sampai tu.....abisslah kalau sorang customer berurusan lebih 20 minit, konpem lambatlah aku masuk opis.....
Tunggu punya tunggu punya tunggu....lamanya....aku dah macam cacing kepanasan dah sebab jam dah dekat 1.30, jam tangan dah berapa puluh kali aku tengo, tu belum jeling jam dinding kat bank tu...

Dekat jam 1.15, pekerja lelaki kat kaunter tu bertukar dengan seorang pekerja pompuan....masi sorang lagi ?? terbaekkk bank ni, buka SATU KAUNTER untuk pelbagai urusan....ramainya orang tengah menunggu masa tu, bayangkan seorang ambil masa 20 ke 30 minit berurusan...lama gilak ko menunggu...
Aku jeling jam dah 1.30.....tepon supervisor kat opis, cakap masuk lewat sedikit...
Dari 1.30 membawa ke jam 2.00 ptg...belum lagi sampai giliran aku....muka aku dah otomatik berubah, dari sorang yang ceria masuk bank tadi, terus masam mencuka.....

Dekat jam 2.15 baru nombor aku dipanggil.....aku dah berat nak senyum terus cakap kat pompuan tu, buka akaun...isi borang segala, dia terus enter2 kat dalam sistem....10 minit gitu, pompuan tu cakap, Data kamu suda ada dalam sistem kami, pernah berurusan dengan bank **** kah ? Memang ada sebab loan keta di sini, aku jawab balik. Alaaaa, napa nda kasitau tadi, kalau rekod suda ada dalam sistem, ko kena buka akaun secara manual di kaunter no 5, selamba jak pompuan tu cakap, begitu lama gilak aku tunggu......
Masa tu rasa2 macam gunung berapi nak meletup saja tapi aku masih dapat tahan sabar.....manalah kita tahu prosedur dorang, patutnya dia kena tanya awal2 tadi, pernah berurusan kah pernah buat loan kah apa kah.
Aku malas dah nak tanya lebih2, just ambil borang segala yang patut pegi kaunter no 5.....nasib baik kaunter tu takda orang, 10 minit gitu dapat no pin dan kad bank....

Bayangkan dari jam 12.30 pegi ke bank ni pasal nak buka akaun saja, jam 2.30 petang baru siap urusan...dah sejam lebih aku lewat masuk opis...lebih 2 jam aku dah kena ambil half day lah pulak.....
Dan satu lagi yang aku amat geram sampai sekarang, dahlah lama menunggu, masa siap urusan tu, pekerja pompuan tu minta maaf sebab kelambatannya, itu aku boleh terima tapi lepas dia cakap minta maaf tu...dia membebel lagi, maaflah cik Salmiah, bukannya kami sengaja lambat, bukan ko seorang jak yang menunggu, ramai lagi yang tunggu, ko nampak juga aku keja sini, bukannya goyang2 kaki.....bla bla bla.....
Aku tak tunggu dia abiss cakap, sebab tak pasal2 nanti tertampar pulak mukanya....aku tak komplen apa pun pasal service dia, tapi muka masam tu adalah, sapa yang tak panas camtu punya service...
Aku pun keja menghadap customer juga, pernah kena tengking, kena marah, tapi terpaksa senyum juga sebab dah memang ko pilih keja camtu.....dia baru menghadap muka customer yang marah dah membebel cam orang meroyan....gerammmnya aku....Nasib baiklah aku sabarrrrrrr....


Note : Legaaaa...dapat lepaskan geram kat sini

9 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. memang menduga kesabaran kalau berurusan dengan bank dan menghadapi situasi macam ni... hu hu hu.... if me, might be dah balik dah kot... stress yang tidak diundangkan?

    ReplyDelete
  2. huhuhu..customer service yg sgt teruk! boleh buat aduan ni mia

    ReplyDelete
  3. MMG SLL JUMPA SPESIS MCM NI TAPI NASIB BAIK BUI JENIS YG PENYABAR..KALAU X HABIS TERBALIK MEJA KAUNTER TU NNT..HAHAHA..

    ReplyDelete
  4. Ini untungnya kita ada blog kan Mia ada tempat dah lepaskan yg berbuku. Lega rasa dah terlepas:)

    ReplyDelete
  5. untungkan ada blog leh lepaskan geram n tensen kan? hehe..normal ler kak...tu lom lagi kalu wat medical check up dekat klinik kerajaan masa preggy dulu, tak 2 jam mmg tak sah !

    ReplyDelete
  6. Dahlah penat, lambat pulak tu...dihidang pulak dengan muka masam, membebel pulak tu...hehe kesiannya....sabar aje le Mia

    ReplyDelete
  7. kena banyak sabar dik .. perangai org macam2 .. kadang2 tension juga ..
    tapi tulah akak jarang luahkan di blog nie .. entah ..
    x pandai lah pulak ekke ;)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post