Skip to main content

Countdown to Ramadhan

Assalamualaikum


Sumber : Google

Semua orang pun tak sabar dah tunggu kedatangannya....kurang 20 hari lagi kita akan bertemunya kan....Tak payah aku nak sebutkan semua kebaikan yang ada di bulan ini sebab semua orang pun tahu kan...sebab tu kita semua tak sabar menyambutnya....apa yang penting kita bersedia dari segala segi.

Tahun ni seperti tahun sebelumnya sambut puasa dengan hubby....selalu kita dorang jak yang puasa di rumah tu sebab anak2 masih kecil. Keluarga pula di kampung...huhu.. Tapi tahun lalu dah ajar Shumi dan Shamzi puasa setengah hari....kesian juga tengo dorang lembik jak.....tapi kalau tak biasakan dorang dari kecil susah nak ajar dorang kan nanti....tahun ni in sha Allah, ajar Shumi dan Shamzi puasa sehari penuh bukan cam tahun lepas tengahari dah buka puasa....hehe

Masuk bulan puasa ni genap setahun aku mula aktif berblog kembali walaupun blog dah berusia 6 tahun....kalau ikut dah otai tapi itulah sekejap ada sekejap tak ada...hehe
Bila aktif kembali ni dapat berkenalan dengan teman-teman baru, walaupun tak pernah jumpa tapi macam dah lama kenal kan.....betul tak Mama JJ, Mummy Qays, Suriaamanda, Fiza, Kak Zakie, atiey, Ummu Aidan, Suriqistina dan ramai lagi (sori banyak sangat nak taip...hehe)

Kalau dah namanya blog mesti ada Nuffnang.....Alhamduillah sejak kembali aktif berblog, en.Nuffnang tak putus2 bagi iklan kat blog yang tak seberapa ni...dan macam tak percaya hasilnya setahun ni, lebih dari apa yang dijangkakan....walaupun tak sebanyak mana tapi cukup shopping baju dan kasut....hehehe rezeki. Walaupun tangan dah gatal nak cash out tapi nak tekad juga tengo hasilnya sehingga penghujung tahun 2013..

Oklah Salam Jumaat dan selamat bekerja.. TaTa


Comments

  1. saya pulak tgh menghitung hari utk bersalin. xtau la dpt ke tidak berpuasa tahun ni. huhuhu

    ReplyDelete
  2. Hhehe..menunggu puasa dan menunggu kelahiran..yg aku rs kalau sempat posa pun mungkin less than 10 days..
    bertahun2 yer usia blog nie..alhamdulillah rezki dpt berkawan online n jgk buat beli baju kasut raya tuh..hehe

    ReplyDelete
  3. selamat pagi kak mia...simpan dulu kak ujung taun baru mik duit nya..kita soping puas2..bestnye kan..yo dah dkt sgt ni msuk ramadhan..gik 2weeks je..

    ReplyDelete
  4. teruja nak sambut ramadhan tapi feel syawal x sampai² lagi uhuhuhuu..

    ReplyDelete
  5. Macam itulah masa berlalu Mia cepat aje tahu-tahu anak pun kian membesar. Tapi kalau ikut kakak tak pernah paksa anak puasa tapi kalau solat memang kakak paksa (sebaik dah boleh baca). Kakak tak sampai hatilah tengok anak melepek lapar. Tapi alhamduillah biasanya masuk 6-7 tahun mereka akan ada keinginan dan semangat utk berpuasa penuh Mia.

    Duit nuffnang simpan aje kalau tak ada rasa nak guna biar sampai menggunung hihi...

    ps: terima kasih juga sudi jadi teman blog kakak:)

    ReplyDelete
  6. Iya...tidak lama lagi kan bulan RAMADHAN Mia...heheh

    ReplyDelete
  7. teruja juga nak sambut puasa kali ni dgn 2 org anak :)

    ReplyDelete
  8. Menghitung hari jer ni, I myself pun pelan2 ajar perut skang ni, lembik jugak la sebab cuaca sangat panas dengan waktu siang yang panjang, mudah mudahan kita semua dapat mengharungi bulan penuh berkat ni nnt.

    As u said, so true. Walau tak pernha jumpa, tapi mesra I rasa dengan u all, macam lama dah kenal. indahnya dunia blogging ni kan.

    ReplyDelete
  9. Betul tu Mia... ramai kawan jadinya ...hilang kawan ofis timbul kawan alamaya...oklah tukan...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa