Skip to main content

Supaya anak suka makan

Assalamualaikum

Mesti semua mak2 diluar sana tu mengeluh bila anaknya tak mo makan kan....samalah dengan aku tu......payah benar mo kasi makan si Damia ni.....susu kuat pula dia minum tapi umurnya sekarang ni tak boleh bergantung sepenuhnya dengan nutrien susu semata2......apatah lagi si Damia dah lama tak bf dengan uminya ni.....

Bagi makan bubur, 2 3 suap jak yang dia nak......samalah dengan nasi....selalu aku kasi juga Damia makan nasi yang lembik tu, pun dia tak mo....walaupun dah di tambah lauk ke sayur ke......tengolah badannya kecik jak dibandingkan dengan umur yang dah masuk 1 tahun 5 bulan tu......nasib baik budak pompuan, boleh lah dijadikan alasan bila ditanya kononnya mengapa badannya kecik jak.....huhu

Pernah juga korek2 buku dan internet macam mana nak bagi anak suka makan....dan ini yang pernah aku baca :-


  1. Jangan bagi anak minum susu dekat dengan waktu nak makan.....cam 10 minit lagi makan tengahari kita bagi minum susu, memang tak mo lah dia makan sebab dah kenyang.....
  2. Samalah dengan yang no 1, jangan bagi makanan sampingan cam biskut dekat dengan waktu makan.
  3. Kalau nak bagi makanan sampingan cam biskut tu, jangan bagi yang terlalu manis atau masin kerana ia boleh menghilangkan selera anak untuk makan.
  4. Bagi makanan dalam bentuk yang kreatif atau yang kalerful.....anak2 mungkin akan tertarik dengan hidangan makanan yang berwarna warni....
  5. Biar anak2 kecil ikut makan bersama2 dengan ibu bapa dan adik beradik yang lain......suasana makan bersama sedikit sebanyak akan mendorong anak2 kecil ikut makan..
  6. Kalau anak2 kecil yang boleh memegang sudu sudah, cuba biarkan mereka makan sendiri....walaupun bersepah tapi sekurang2nya ada juga yang masuk ke dalam mulut.....cam Damia ni.....masa kami brekpes, aku bagi dia mee goreng yang sudah dipotong2 dalam mangkuk dan sudu yang khas untuk budak2 tu....memang dia makan tapi separuh lagi abis berselerakan di atas lantai.....huhu



Damia selera makan, siap duduk bersimpuh lagi.....sopan anak umi ni yek....hehe

Comments

  1. comel damia, pndai duduk mcm tu. sopan ayu. hihi

    ReplyDelete
  2. Anak yg second kuat mkn.. Membesarkan perut je..
    Si abg mmg kene jga sket.. Kalau dh dkt tine mkn.. Mmg susu tk bg la.. Nnt tknk mkn...
    Kdg kdg dtg angin tknk mkn kat umah.. Kat umah mkn sket je.. Ajak mkn kedai.. Ermm byk... Huhu

    ReplyDelete
  3. Damia sopan & ayu...hehe..
    sama lah dgn pa'e Mia..susah mo makan nasi..smpi risau dibuat nya..tapi baru2 ni aku bagi vitamin 'Appeton' dan tukar susu nya..nampak OK juga.mau sdh makan..susu pun kuat..umur sdh 3 thn, berat 15kg jak kali..

    ReplyDelete
  4. Susah jgk kan bila anak ndak mo kan...agaknya kalau bagi jus pun bags jgk kan boleh tambah selera...
    comel jer damia dgn sopannya..:)

    ReplyDelete
  5. Damia makan pe tuh ?.. takpe sepah sepahkan je nanti umidamia bersihkan eh..

    p/s ...ank pcl dulu pn mcm tu gak..

    ReplyDelete
  6. firas pun ada masalah makan. tapi sejak balik kg ni dia kuat main dengan sepupu dia,selera makan dia pun dah bertambah. agaknya bila kuat main, perut pun cepat lapar

    ReplyDelete
  7. anak saya pun sama juga kurang makan.. now 18 bulan.. dia suka makan mee goreng saja dan buah pisang..

    ReplyDelete
  8. hurmm... x der pengalaman lagi x tau nak komen...tapi melihatkan anak2 buah membesar atas jagaan mama saya dulu... kadang2 diaorang ni sebab tengah aktif membesar...jadi makan pun kurang...main jer lebihnya...heeee...

    ReplyDelete
  9. wah bersimpuh ala perempuan melayu terakhir.
    Budak2 ni ikut mood dorang kan, walaupun saya dah cuba almost semua di atas, kalau datang hangin taknak makan, mmg tak masuk mulut langsung, tapi kalau selera tu datang, macam tak cukup pulak makanan tu.

    ReplyDelete
  10. anak2 sy pun x brp mau mkn.. mmg try x mau kasi susu bila dkt masa mau mkn, tp sama jg.. mau susu jg. hmmmmm...

    ReplyDelete
  11. Anak2 Okje memang berselera sungguh Mia walaupun makan mee dah dekat time makan hehe

    ReplyDelete
  12. anak2 MV ok jak selera makan....hehe..tapi tips ni MV pernah baca di Pa & ma

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang