Skip to main content

Sup Kaki Ayam

Assalamualaikum
.
Pagi ni tetiba rajin masak sup kaki ayam untuk breakfast....sebenarnya tak berapa suka makan kaki ayam tapi hubby suka...rasa lain macam tengo rupa kaki ayam tu.....tapi apa apa pun saya kongsikan juga resepi sup kaki ayam versi umi yang tak seberapa ni....
.
.
Bahan- Bahan :
Kaki ayam (dalam semangkuk gitu)
Air
Bawang Putih dihiris
Bawang Merah dihiris
Halia
Serai di ketuk
Kayu Manis
Cengkih
Bunga Lawang
Sup Bunjut (suka hati nak guna jenama apa...saya guna adabi)
Asam Keping
Serbuk Lada Putih
Garam
Serbuk Perasa
.
.
Cara Masak :
Didihkan air....kira2 air dah mula mendidih tu, masukkan segala rempah ratus, bawang putih, bawang merah, serai dan halia....biarkan sekejap kemudian masukkan kaki ayam, sup bunjut dan asam keping...tutup periuk dan biarkan mendidih dalam 15 minit gitu atas api sederhana....kalau rasa2 kaki ayam dah masak, masukkan garam, serbuk perasa dan lada putih secukup rasa....didihkan sekejap dan sedia untuk dihidang...... (^_^)
.
.
.
Note : Sup ni tak guna minyak sebab kaki ayam tu memang dah berlemak pun.....


Comments

  1. as-salam..
    sedapnya dah lama tak buat sup kaki ayam.suami suka la saya kurang sikit..

    ReplyDelete
  2. Salam, sup ni sedap. banyak collagen. Lepas makan muka rasa tegang je. Petua mak saya, kalau tak lalu tengok kaki ayam tu, potong jari tu smpai pendek rapat ke atas, jadi nampak bulat 2 je kaki tu tak de la ngeri sgt! :D

    ReplyDelete
  3. Salam, sup ni sedap. banyak collagen. Lepas makan muka rasa tegang je. Petua mak saya, kalau tak lalu tengok kaki ayam tu, potong jari tu smpai pendek rapat ke atas, jadi nampak bulat 2 je kaki tu tak de la ngeri sgt! :D

    ReplyDelete
  4. dya pun suke mkn kaki ayam..klu kari ayam kaki pn tedappp ^^

    ReplyDelete
  5. EIII,BUI GELI DGN KAKI AYAM..TP HUBBY BUI SUKA..

    ReplyDelete
  6. sedap sup kaki makan dgn bihun :)

    ReplyDelete
  7. Favvy SA ni...hurm..terus terasa nak makan kaki ayam...

    ReplyDelete
  8. oh tidak sanggup mkn walaupun kaki ayam byk collagen..

    ReplyDelete
  9. Bagus ni mkn sup ayam.....cikgu suka blend bawang n halia,rasanya lg sedap tau...cuba ler

    ReplyDelete
  10. Sup kaki ayam mmg sedap.pastu makan ngan budu letak cili padi perghhh!

    ReplyDelete
  11. Tak pernah makan tp org cakap sedap kan?

    ReplyDelete
  12. memang sedap sup kaki ni... salah satu feveret gak ni... ;)

    ReplyDelete
  13. Aku tak reti nak mkn kaki ayam, tapi anak aku suka plak...haishhhh...

    ReplyDelete
  14. OKje suka kaki ayam ...kalau orang masakkan lagi suka hehe

    ReplyDelete
  15. sup kaki ayam giteww.... tapi Farah x makan kaki ayam... ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang