Skip to main content

Siapa di bawah kolong ?

Assalamualaikum
Kisah yang saya nak ceritakan ni agak misteri juga dan betul2 terjadi (bukan rekaan yek sebab adik pun mengalaminya)......kejadian berlaku semasa saya bersekolah rendah umur dalam 8 9 tahun gitu....masa tu air paip takda lagi, kita orang kalau nak mandi ke basuh kain ke pegi ke sungai saja......jauh dia dengan rumah kira2 20 minit berjalan kaki gitu...jalan nak pegi sungai tu kena lalu kebun orang dan kawasan pohon bambu...kan tepi2 sungai selalu banyak pokok bambu tumbuh, ahhh tak tahu pokok bambu....pokok buluhlah....
Ok, nak dipendekkan cerita, satu petang tu lepas abis mandi di sungai saya, adik dan mak pun baliklah ke rumah....waktu tu kira dah masuk maghrib...suasana pun dah gelap sedikit....sampailah satu pokok bambu tu, saya dan adik terpandang banyak benda kecil yang bercahaya kehijauan di sekitar pokok bambu tu...masa tu budak lagi jadi rasa ingin tahu apa benda tu memang kuat....tengok punya tengok...rupa-rupanya benda tu adalah cendawan kecil yang bercahaya hijau dalam gelap....saya dan adik rasa cendawan tu cantik dan gatallah tangan memetiknya untuk dibawa pulang....sepanjang jalan balik ke rumah memang cendawan tu bercahaya sahaja...
Nak dipendekkan cerita lagi, sesampai di rumah cendawan tu kami simpan dalam bilik...ia tetap bercahaya hijau kalau simpan di tempat yang gelap...saya dan adik pun buka buku mahu membuat kerja sekolah...kedudukan kami masa tu, duduk berdepan dan buku sekolah kami simpan di tengah2...kami duduk atas lantai jak, mana ada meja untuk belajar masa tu...lantai rumah masa tu papan dia ada yang jarang2 (maksudnya ada ruang di antara papan tu), maklumlah rumah kampung buat sendiri....lepas tu lantai dilapik tikar getah sahaja....ok sedang siok2 ni buat kerja rumah tiba2 nampak buku sekolah di tengah2 kami tu bergerak ke atas sendiri, seolah2 ada yang menolaknya dari bawah....adalah dalam 2 3 kali buku tu tertolak ke atas....saya dan adik berpandangan sesama sendiri, heran campur takut...tapi cepat pulak tangan adik alihkan buku tu sebab nak tahu apa benda dibawanya....kami nampak pula tikar getah tu tertolak2 ke atas...seolah2 ada orang di bawah yang sedang menjolok ke atas guna kayu yang lurus....lupa pula bagitahu rumah kami ni bertiang, maksudnya ada bawah kolong....semakin lama semakin tinggi pula tikar tu tertolak ke atas tapi kami masih tak nampak apa benda di bawahnya tu...saya dan adik mula takut terus berlari keluar bagitahu mak yang sedang menjemur kain di beranda rumah...saya, adik dan mak hanya memerhati tikar getah tu tertolak2 ke atas...semua pun tak berani buka untuk tengok apa sebenarnya di bawah tu...bapa masa tu tiada di rumah sebab ada perayaan hari Kebangsaan di pekan...dia terlibat sama..adalah lebih kurang 15 minit tikar tu tertolak2 ke atas seolah2 ada orang di bawah kolong sedang menjolok guna kayu runcing yang panjang...lepas tu berhenti gitu sahaja....
 Setengah jam kemudian bapa balik.......kami ceritakan apa yang berlaku....kata bapa, mungkin ada orang yang cuba takut-takutkan kami.....tapi siapa dan untuk tujuan apa ??? tiba2 saya dan adik teringat cendawan bercahaya hijau yang kami petik dalam perjalanan balik ke rumah tadi....jangan2 ada 'orang' marah tanamannya dikacau.....saya dan adik bergegas ke bilik dan buang cendawan tu keluar.....Sampailah sekarang ni saya dan adik dah beranak pinak ni masih terpikir dan tertanya-tanya siapa sebenarnya berada di bawah kolong rumah masa tu.......??????
Note : ini memang kisah benar, bukan dongeng tau.....

Comments

  1. eeerrrrkk..meremang bulu roma nie

    ReplyDelete
  2. goose bumps... seriau dan takut pulak membacanya...

    ReplyDelete
  3. eee...seram jugak camtuh kan..kalo sy dah takleh tido dah tuh...

    ReplyDelete
  4. huuu seram jugak ni . lepas akak buang cendawan tu , dah takde la gangguan macam tu ?

    ReplyDelete
  5. uinaaaa... ngeri pula kisah ko ni mia.. sa baca time magrib nie. hadooi!

    ReplyDelete
  6. mia, time kecil kami pun mengalami perkara yg sama tapi kami nampak lidi/kayu kena cucuk2 p atas dari celah2 papan lantai rumah. bikin takut oh.

    ReplyDelete
  7. sy biasa mengalami lbh kurang sama ceritanya...hantu saloma dan p ramlee, tu masa tgk cerita seniman tu di tayang di TV...haha time tu penakot !

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang