Skip to main content

Red Tide (Laut Merah)

Assalamualaikum

Dulu masa zaman budak2 kalau tiba2 bapa balik dari kerja dan cakap "ada laut merah sudah, nda boleh makan ikan", memang kami tidak makan ikanlah tu sehinggalah pihak Jabatan Perikanan sahkan laut merah dah tiada.....kalau laut merah ada, semua jenis hidupan laut seperti ikan, kerang-kerangan dan sewaktunya dengannya terutamanya di bahagian pesisir pantai memang tidak boleh dimakan....masa budak2 memang tidak tahu apa itu laut merah, yang kami tahu asal laut merah jak, ikan tidak boleh dimakan, bikin mati boleh membawa maut....

Sehinggalah sekarang ni, dah dewasa beranak pinak, fenomena laut merah ni masih berlaku di perairan Sabah......kalau dulu tidak berminat ambil tahu apa sebenarnya laut merah, sekarang saya memang ingin tahu apa cerita disebalik laut merah itu sampai segala ikan dan sedara maranya tidak boleh dimakan......

Fenomena Laut Merah atau dalam bahasa orang putihnya Red Tide merupakan kehadiran sejenis plankton merbahaya yang hanya boleh dilihat menggunakan mikroskop.....kalau tengo gitu2 sahaja memang langsung tak nampak.....tetapi apabila plankton ini membiak sehingga menjadi jumlah yang besar, kehadirannya boleh kita sedari dengan timbulnya tompok2 merah di laut terutamanya di persisiran pantai....rasanya plankton2 ni tidak berbahaya kepada hidupan laut sebab tu ianya menjadi makanan kepada ikan2 dan kerang2an tetapi amat berbahaya kepada manusia jika ianya termakan dan ianya boleh membawa maut....sebab tu lah kenapa bila ada laut merah, kita tak boleh makan ikan dan hidupan laut yang lain...sebabnya dikhuatiri termakan plankton beracun tersebut.....

Tanda-tanda mereka yang terkena racun plankton ini akan timbul selepas 5 hingga 30 minit memakan ikan atau hidupan laut yang tercemar dengan plankton tersebut.....mangsa akan berasa kebas di muka, kerongkong, jari kaki dan tangan.....kemudian menjalar ke otot2 seluruh badan terutamanya saluran pernafasan.....dalam kes yang teruk mangsa akan mengalami kesukaran untuk bernafas dan akhirnya akan membawa maut......tidak ada penawar yang khusus untuk racun daripada plankton ni......oleh itu kalau ada amaran daripada jabatan perikanan, laut merah dah datang, janganlah mengada-ngada nak makan ikan.....boleh makan kalau teringin betul tapi pilih ikan laut dalam dan basuh bersih2 perut ikan tu tapi bagi saya lebih baik elak sebelum terkena....

Image from Google
Untuk bacaan lebih lanjut tentang laut merah ni boleh pegi ke sini dan sini juga


Note : Sekarang kat KK masih tak boleh makan ikan dan sewaktu dengannya sebab dah ada amaran 'laut merah' daripada Jabatan Perikanan dan yang paling saya tak suka bila ada fenomena red tide, masa tu lah juga terbayang2 nak makan ikan bakarlah, sotong goreng tepunglah, siput sedut masak lemak, kerang bakar, ketam cili.....arggggghhhh....tak sukanya........

Comments

  1. whoaaa ade dengar pasal red tide tapi baru faham hari nie :)

    ReplyDelete
  2. FIRST TIME DGR..BAHAYA JUGAK TU..

    ReplyDelete
  3. @Bui Junaidi: Memang bahaya klu termakan jd klu boleh elakkan...

    ReplyDelete
  4. Owh...baru tahu. Pernah juga dgr fenomena laut merah. Selalunya berapa lama ni mia?

    ReplyDelete
  5. makan ayam saja masa fenomena ni berlaku..takut mau makan ikan wlpn boleh mkan lepas basuh betul2

    ReplyDelete
  6. alahaiiiii....ruginyaaaaaa x leh makan seafood..

    ReplyDelete
  7. @Fiza Rahman: Kalau kat Sabah selalu jadi awal tahun dan penghujung tahun.....itu yang saya baca.. :D

    ReplyDelete
  8. @MaMa Rey: Tu lah tu...klu musim red tide jak, ayam jak lah pengganti lauk...sampai nak muntah hijau dah makan ayam...jemu

    ReplyDelete
  9. @Amanda Suria: Klu musim red tide masa tu lah nak ngidam makan seafood...huwaaaa.....

    ReplyDelete
  10. Eee takutnya...risauu pulak sbb cikgu pun ada simptom2 cenggitu.....tp rasanya cikgu xder plak mkn hasil laut sabah

    ReplyDelete
  11. @CeqGu:Harap2 bukan pasal ni lah...lebih baik jumpa doktor dan check..

    ReplyDelete
  12. Baru nk tanya mia sbb ada terbaca kat paper dah 3 org maut akibat mkn lokan/kerang kat Sabah ni.Biasanya,berapa lama jadi fenomena ni?

    ReplyDelete
  13. alamak... pure marine collagen selamat di makan tak..?!.. tetiba...

    ade dengar pasal ni... bahaya kan... memang ada yg meninggal...

    ReplyDelete
  14. owh gitu, so bahaya. tapi kalau ke sabah tak makan seafood mmg tak cukup syarat. I teringat pulak seafood kat pasar filipin huhu best nya udang bakar sotong bakar.

    ReplyDelete
  15. @Rafhani: yang saya tahu fenomena ni selalu jadi awal dan hujung tahun....

    ReplyDelete
  16. @CiKPuaNLawA: Tak berapa pasti kalau rumpai tu...huhu

    ReplyDelete
  17. @Nastyna: Memang bahaya......ikan bakar kat pasar filipin tu mmg terbaik...sedap dan murah....

    ReplyDelete
  18. Memang bahaya kan Mia..dengar2 ada sdh konon org meninggal gara2 makan seafood di area2 sana.. isk! kena lebih hati2.. bah, makan ikan masin jak kita sementara:)

    ReplyDelete
  19. @aTieYusof Family: Memang ada suda yg jadi mangsa sebab dorang makan lokan yang dikutip tepi pantai tu.....ikan masin pun sedap bah, klu teringin juga makan ikan, cari ikan air tawar....ikan koruk...hehe

    ReplyDelete
  20. tq mia...sebab mmg explainkan...kalau tak baca ni ...okje mcm tau tau aje tp sebenarnya kurang tahu....hehe
    Wah rupanya dari dulu lagi eh mia

    ReplyDelete
  21. @hainom OKje: Sama2.....mmg benda dah lama jadi dah...huhu

    ReplyDelete
  22. tq for info..tp nak tanya sampai bila ye fenomena ni akan habis? saya nak g sabah minggu depan ni...baru dok terbayang2 seafood fresh kat sana...apa perkembangan? masih x boleh makan ke?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang