Skip to main content

Daun Setawar dan Nenek

Assalamualaikum
Masa budak-budak dulu, kalau demam mak selalu tepekkan daun setawar yang telah dititik2 kat dahi....sejuk dan nyaman rasanya, kira ianya macam cool fever tradisional....tak payah beli kat kedai atau farmasi, cuma pegi keluar dan petik daunnya (kalau sapa2 yang ada tanamlah). Korang semua tahu apa dia Daun Setawar kan......?

Pokok Setawar atau Setawa merupakan sejenis pokok yang amat menarik kerana cara pembiakkannya yang menghasilkan anak pokok pada tepi daunnya...sebab tu dulu selalu buat eksperimen sendiri simpan daun setawar dalam buku, cuba buka beberapa hari kemudian, konpem banyak anak2 pokok tepi daunnya tu.....Daun pokok setawar yang tebal dan berair diselatupi dengan bahan berlilin bagi memperlahankan kadar kehilangan air. - sumber Wikipedia

Rupa Pokok Setawar (Image dari Google)

Ingat daun setawar, saya terus teringatkan nenek.....nenek memang pandai mengubat orang secara tradisional....kalau kami demam nenek akan guna daun setawar ni redakan demam. Sebelum letak daun tu kat dahi, nenek mesti bacakan sesuatu sambil tiup kat daun tu kemudian hembus perlahan kat dahi kitaorang...saya tak tahu apa yang nenek baca tapi memang nampak mulutnya terkumat kamit...kata bapa nenek baca ayat2 daripada Kitab suci Al-Quran.....tapi apa yang saya tahu masa nenek tiup kat dahi kitaorang dengan mulutnya yang penuh dengan sirih (nenek sorang pemakan sirih yang tegar...hehe), memang rasa sejuk dan nyaman, rasa cam selesa sangat padahal masa tu demam.....Tapi tu dulu...sekarang nenek dah terlalu tua untuk ingat semua doa2 yang dia amalkan tu...Umurnya dah mencecah 90 lebih dan nenek sekarang kalau berjalan terpaksa menggunakan tongkat sebab dah terlalu bongkok.....anak-anak saya rasanya tak sempat merasa perubatan tradisionalnya tu.... :-(



Comments

  1. as-salam..

    kalau akak teringat nenek saya pula teringt msa zmn sekolah suka letak dalam buku..sampai tumbuh tunas2.pastu letak kat tanah..hihi

    ReplyDelete
  2. Sama macam QasehnyaRania kakak pun masuk dalam buku - nanti bila dah keluar akar dan tunas menjadi satu kegembiraan. Rata-rata buat sama bandingkan sesama kawan. Kelakar kalau ingat - budak sekarang mana nak buat macam tu:)

    ReplyDelete
  3. masa kecik2 selalu main daun nie

    ReplyDelete
  4. org tua dulu2 mmg pandai mengubat kan.

    ReplyDelete
  5. Owh...baru tau daun ni bley rawat demam. Kat umah mak rasanya ada daun ni.

    ReplyDelete
  6. Betul. hehe..teringat dulu-dulu waktu kecil..ambil daun ni simpan dalam buku. Sampai tumbuh akar2 kecil dia, tanam..seronok kemain. Kalau lupa, habis busuk dalam buku.

    ReplyDelete
  7. ssh nak dpt pokok nie skrang..huhu

    ReplyDelete
  8. masa sekolah rendah dulu...memang suka simpan daun setawar dalam buku... he he he...

    ReplyDelete
  9. dulu zaman sekolah duk letak dalam buku...hehehe..mula2 confuse..apasal plak dorang ni letak dalam buku...rupanya beberapa hari lepas tu akan tumbuh tunas...

    ReplyDelete
  10. Ha dah igt dah pokok nie...mmg dulu suka ltk dlm buku pastu nnt kuar tunas dkt hujung2 daun tu kan.. tp skrg nie teda pernah jumpa lagi daun nie.. tp sia nda tau pula buli ubt demam... tq sharing aa :D

    ReplyDelete
  11. Oh,tak tau plak daun ni boleh redakan demam.Masa sekolah dulu mmg femes daun ni letak dlm buku.Org2 tua dulu mmg hebat,pakai jer dr alam semulajadi,drug free.

    ReplyDelete
  12. BARU BUI TAU NAMA DAUN TU..HAHAHA

    ReplyDelete
  13. bella baru tahu pasal daun setawar ni boleh buat cool fever . dulu time kecik2 salu letak dalam buku je . main main . hehe . kadang2 tu , sampai kuning buku jadinya . haha

    ReplyDelete
  14. Sempat merasa menggunakan daun setawar ni Mia.. dulu masa kecik mak sy sllu guna ni klu kami demam..skrg susah sdh mo cari ni daun kan?..:)

    ReplyDelete
  15. baru tau nama daun ni, dan baru tau boleh sembuhkan demam...sbb dulu kecik2 main simpan2 dlm buku jer...

    tengs for the info...

    ReplyDelete
  16. teringat jugak zaman zaman sklh dulu. suke buat eksperimen dgn daun setawar ni. suke tgk dia membiak...

    ReplyDelete
  17. bukan ni kah daun kalau letak di buku pandai beakar??

    ReplyDelete
  18. betul tu, aruah nenek kita pun sama. kalu kat kl, mmg susah nak dapat daun ni...

    ReplyDelete
  19. saya pun letak dalam buku juga :-)
    lucu pula rasa bila ingat.

    ReplyDelete
  20. sy suke buh daun nih kat dlm buku...hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa