Tak suka bukannya benci

Assalamualaikum
Saya tak sukalah bukannya benci pun....tak baik benci2 orang ni tau...banyak faktor yang boleh menyebabkan seseorang itu tidak menyukai perbuatan atau perangai seseorang itu....mari kita tengo perangai atau perbuatan yang boleh membuatkan orang tak suka ko.... (ek eleh macamlah perangai ok sangat nak senarai2kan segala......bukannya apa.... senarai jak, pastu ambik iktibar jadikan pengajaran dan teladan untuk memperbaiki diri sendiri.... :P)
  • Orang yang suka potong que (betul ke saya eja ni, suka hati jak spell Q cam tu) terutamanya di jalan raya.....ko ingat ko saja yang nak cepat, keta lain siap beratur panjang ko boleh 'sisip2' di tepi jalan......
  • Masih di jalan raya lagi.......tidak suka dengan orang yang pandu keta di belakang macam nak sondol bontot keta di depannya.....kalau yang sebelah kanan takpalah juga, mungkin dia nak bagi signal orang depan sila memandu sebelah kiri jika tidak memotong.....tapi kalau sebelah kiri pun dia buat gitu, apa ke hal !! (selalu kena camni.....benci !!! oopsss)
  • Masa di kedai pakaian yang kira brandedlah konon, salesgirlnya pilih2 orang bila nak layan......mentang2 saya dress selekeh jak masa nak beli pakaian, dia boleh pura-pura tidak dengar masa kita panggil nak minta saiz........bila orang lain masuk yang dressing ala ala datin laju jak dia melayan.....kurang pengajaran betul.....Takkanlah setiap kali nak masuk kedai branded mesti nak make up dan dressing ala ala artis untuk mendapat layanan 5 bintang.....rimaslah weii....
  • Orang yang sikit2 nak buang air liur.......kalau dalam tandas takpalah juga.....ni di tempat2 umum......siap berbunyi lagi.......aaaarrrrggghhhh tuiiiiiiiiii................kembang anak tekak mendengarnya......
  • Tak suka bila tengo orang bercakap di telepon guna handsfree semasa berjalan kaki......????? ni pun tak suka, memanglah tau hak dia, tapi kalau sedang berjalan kaki dan tangan berlenggang tak pegang apa2 pun, macam ada sesuatu yang pelik disitu......
  • Tak suka orang merokok masa dikedai makan.....taulah tempat tu khas untuk orang merokok tapi hormat2lah sikit orang di tepi yang tersedut asap berkepul2 dari mulut ko tu......
  • Tak suka orang yang update status FB setiap 1 minit.....ada jak yang nak diupdatenya.....kalau maklumat yang boleh dikongsi bersama takpalah jugak.....ni sikit2 update, -> sarapan mee goreng...kenyang.... pastu update lagi -> kenyang rasa nak tido pulak....update lagi -> pasni nak kluar jumpa yang tersayang..rindulah (contoh jak, tida ada kena mengena dengan saya yek, saya jenis orang yang jarang update status...tak percaya?? jenguklah FB saya, wahh sempat promote lagi)....memang tak sukalah orang camni.....
  • Orang yang kuat merokok sampai gusi pun dah jadi kaler itam...tapi yang itu hak dia nak merokok, kita tak boleh halang tapi yang tak sanggupnya bila dia bercakap dengan orang lain dekat sampai terhidu haruman 'tembakau' tu.....tak tahannya dengan orang camni.....
Bukannya nak mengutuk orang ke apa, sekadar mo kongsi beberapa perangai yang sepatutnya tidak ada pada diri kita kan.....apa yang penting silalah hormati orang lain sebelum ko nak buat sesuatu Ok....

21 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Banyak yg kakak pun sama tak suka seperti yg Mia listkan itu.

    ReplyDelete
  2. Samalah. Tak suka semua yg di listkan tu.

    ReplyDelete
  3. SA hari2 mengahadap masalah2 mcm..just x suka jer..bukan benci pun...

    ReplyDelete
  4. sy pun jenis x suka update status fb. komen2 pun malas.. suka like2 ja. hihihihi..

    ReplyDelete
  5. hihi...sme jugak...lg2 kt jln ry tu..

    ReplyDelete
  6. aku penah org yg meludah sebelah aku, aku buat puiiii... pengotor! diam kejap orang tu...

    ReplyDelete
  7. sangat setujuu 100001 percents hahahaha.

    ReplyDelete
  8. @Kakzakie: Yalah kak....ingatkan saya sorang jak yang tak suka....hehe

    ReplyDelete
  9. @Just: Sya pun suka like2 jak....jarang2 komen

    ReplyDelete
  10. @Ratu Hatiku: kalau ikut panjang lagi list tu tp nanti dikata mengada2 pulak...semua pun tak suka

    ReplyDelete
  11. @Mira Adzlia: a'a....masa kat jln raya tu paling tak suka

    ReplyDelete
  12. @NM02: baru padan dgn muka orang tu....hehe

    ReplyDelete
  13. emm..setuju jugak dengan mia..tak suka..

    ReplyDelete
  14. ya saya pun panas kalo time beli baju tapi sales girl x pandang sngt sbb pakai selekeh ja.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post