Skip to main content

Rahsia Telapak Kaki Kita

Assalamualaikum....
Hari tu baca post2 kawan yang di shared di facebook, tiba-tiba terbaca tentang ini yang menarik perhatian saya...
Sumber : Image from Google

ALLAH MAHA KAYA ! TIPS KESIHATAN
Organ-organ badan kita mempunyai deria sentuhan pada bahagian bawah kaki kita. Jika kita mengurut titik-titik ini, kita akan mendapati kelegaan daripada sakit dan kesakitan.
Gambar di atas menunjukkan titik saraf setiap anggota dan organ badan dengan kedudukan yang tepat bagi kanan dan kiri.
Ia adalah sememangnya betul dan semua saraf yang berkaitan dengan organ akan berakhir di telapak kaki kita. Ini dibincangkan secara terperinci dalam kajian Sains.
 ALLAH (swt) telah mencipta badan kita begitu baik berkenaan dengan sistem ini. Dia menjadikan kita berjalan supaya kita sentiasa akan menekan setiap titik saraf dan seterusnya menjadikan organ kita ini diaktifkan pada setiap masa. Oleh sebab itulah berjalan adalah amalan menjaga kesihatan yang paling baik.







 Kenapa saya kata ianya menarik perhatian saya.......sebabnya adalah satu hari tu mama mentua minta teman urut kaki dan saya ikut sekali temankan dia...sekali urut RM 30 so dua orang urut RM 50 lah......(mesti blur orang nak memikir, apa punya pengiraan matematik tukang tulis ni.......) hehe mama mentua minta diskaunlah....kawan2 katanya......OK berbalik cerita di atas tadi.......sebenarnya ini pertama kali saya berurut kaki di Reflexology Centre ni......GELI dan SAKIT.....memanglah teramat geli dan sakit sebab dah namanya kali pertama kan tapi terpaksa tahan jak.......pura2 baca majalah padahal nak cover muka menahan geli dan sakit daripada terlihat......picit punya picit, sampailah di tengah2 telapak kaki, tiba2 dahi tukang urut tu berkerut......dia picit2 lagi dan terdengar seperti seakan-akan bunyi 'pop-pop'....masa dia tekan2 di telapak kaki saya tu, saya memang ada terasa seperti sesuatu benda yang tersimpul di dalamnya....tukang urut tu terus tanya " ada masalah dengan penghadaman ke?".....ooopppss macam mana dia tahu....tapi masa tu angguk ya kan saja......(saya memang ada masalah dari kecil lagi dengan penghadaman dan usus ni, buang air besar pun seminggu 2 3 kali sahaja, memang bermasalah betul).......dan persoalan saya tu terjawab bila baca artikel di atas........
 Sebelum urut kaki, kaki kena rendam sekejap dalam air suam dalam 10 minit gitu.......
 Relaks konon baca majalah...padahal sedang menahan geli dan sakit.....
Lepas urut, kaki memang ada terasa berdenyut2 sikit.....tapi itu untuk orang yang baru pertama kali seperti saya....lama2 oklah, kata mama mentua....lain kali mo pegi lagilah ni......baik untuk kesihatan kan..... :D (kredit untuk Facebook/Notahati)

Comments

  1. wah bestnya . bella tak pernah try buat pun . teringin jugak . hihi

    ReplyDelete
  2. betul tu..kat tapak kaki kita ni mmg byk urat saraf yg berkait dgn semua organdan saraf kat badan.

    ReplyDelete
  3. Mereka yg pakar reflexology memang pandailah Mia. Kakak tapi belum pernah buat malu sebab org ramai tengok-tengokkan..

    ReplyDelete
  4. surrender sy kalau kena urut kaki ni.. silap2 kena tendang tu tukang urut. nda tahan geli. hehehhe

    ReplyDelete
  5. Bagus nya info ni...:)
    Suka berurut.. klu badan lgi best kan..terasa ringan jak lepas tu.. Klu kaki ni belum pernah try lagi..:)

    ReplyDelete
  6. Suami saya pernah buat. Sakit katanya ☺☺

    ReplyDelete
  7. @Kakzakie: trylah kak....lega lepas urut...rasanya ada juga pusat reflexology yg tertutup...kira privacy sikit...

    ReplyDelete
  8. @Just: sua pun tahan2 sabar jak tu just....haha

    ReplyDelete
  9. @bujal X: yg tu kena suruh wife ko lah buat...hehe

    ReplyDelete
  10. @Fiza Rahman: mmg sakit tp pastu lega...cubalah fiza...

    ReplyDelete
  11. nice sharing
    takut nak urut kaki , geli :)

    ReplyDelete
  12. ada skrg yg baru keluar toksik2 dalam bdn dgn rendam kaki dalam air garam.. setangh jam 10yal.. huu

    ReplyDelete
  13. kat tapak tgn pun kite leh tgk penyakit kan...

    ReplyDelete
  14. @MAZLIZA ABD RAZAK: saya pun sebenarnya geli tp nak menemankan mama mentua kan...tahan jaklah....hehe

    ReplyDelete
  15. @L: klu rendam2 jak oklah...takda rasa geli

    ReplyDelete
  16. @Mimie: ye...rasanya pernah baca tentang tu juga

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang