Skip to main content

25 Random Facts About Me

Assalamualaikum....
Dah lama tak buat TAG2 ni......sekali di TAG pula oleh ciksu untuk ceritakan 25 fakta tentang diri sendiri secara rambang gitu.....
Tapi sebelum tu ada sedikit pesanan dari penaja (di copy paste dari ciksu)
"Once you have been tagged, you are suppose to write a note with 25 random things, facts, habits or goals about you. At the end, choose 25 people to be tagged. You have to tag the person who tagged you. if I tag you, it's because I want to know more about you. Your cooperation is highly appreciated." 

Ok silalah ambil tahu sikit tentang seorang perempuan, isteri dan Umi yang bernama MIA KASSIM
  1. Anak ke-2 daripada 5 orang adik beradik
  2. Ada seorang kakak, 2 orang adik pompuan dan seorang adik lelaki......semua adik2 beradik perempuan nama mesti SA di depan, Salmah, Salmiah, Saniah, Salina.... tetiba lelaki nama Musri pula......
  3. Sudah berkahwin dan ada 3 orang anak ; 2 lelaki dan seorang gegirl.....
  4. Anak kepada bapa yang belajar sampai tingkatan 3 sahaja dan emak yang tidak pernah bersekolah (walaupun begitu mereka dapat membesarkan anak2nya hingga masing2 berjaya, TERIMA KASIH BAPA EMAK)
  5. Berasal dari Kota Marudu......menetap di Kota Kinabalu sejak tahun 1999 hinggalah sekarang.....
  6. Pernah sampai ke puncak Gunung Kinabalu walaupun sebenarnya gayat (fobia dengan tempat tinggi)
  7. Tidak suka makan coklat.....tapi suka makan eskrim yang ada coklat di luar dalam vanilla ala ala eskrim Magnum tu...
  8. Suka makan makanan pedas walaupun tidak tahan sebenarnya tapi rasa tak selera dan tak umpph kalau tak pedas....
  9. Cepat naik angin tapi cepat juga kool down.....
  10. Pernah keja di Restoran Makanan Segera McDonald lebih kurang 4 tahun....
  11. Seorang yang kurus semasa belajar dulu tapi start naik badan bukan pasal kahwin tapi sebab terlampau banyak makan burger masa keja di Mcdonald....
  12. Suka belek buku resepi tapi malas nak masak...
  13. Masak kek setahun sekali iaitu masa hari raya sahaja....hehe
  14. Kerjaya sekarang tidak ada kena mengena dengan course masa belajar dulu......degree Pengurusan Perhotelan sebenarnya tapi kerja sebagai eksekutif di syarikat insurans....
  15. Paling tidak suka dan anti dengan orang yang suka ambil kesempatan di atas kesenangan orang lain.......menyampah dengan orang yang kita suda bagi betis nak minta paha pula.....
  16. Kereta pertama Myvi...
  17. Paling suka makan Cheese Kek......
  18. Suka dengan bag tangan jenama Coach......walaupun mahal tapi sanggup beli sebab design dia amatlah cantik.....
  19. Seorang yang tidak pandai bergaya.....keluar rumah pegi keja ke, jalan2 ke, ala kadar jek...make up jangan tanya....sekadar bedak dan lipgloss sahaja......cuma baru2 ni rajin pula pakai maskara....
  20. Berat badan menten 61kg.....tak naik tak turun.....azam tahun depan nak turunkan berat badan...
  21. Tak boleh makan di kedai makan India.....kompom besoknya keluar masuk jamban
  22. Dulu masa belajar di sekolah rendah hinggalah masuk ke sekolah menengah, kulit punyalah gelap, macam rupa dayang senandung pun ada, kalau bagi tengo gambar mesti orang tak percaya.....tapi tetiba pula kulit cerah masa belajar kat UMS dulu.....
  23. Fobia dengan benda2 yang berbadan lembik.
  24. Teringin sebenarnya nak berniaga tapi tak tahu macam mana nak mula...
  25. Bercita2 nak jadi seorang blogger yang berjaya......doa2kanlah ye......
Ok mari kita tengo sapa yang kena TAG...............
1. mimialya 
2. mommybeep
3.  Bui 

4. Just

5. Mira



8. mazliza

9. ibulala

10. fiza

11. lilo80

12. norwidadi


14. Wina

15. babylydia

16. masrina



19. P.A


21. atie

22. yaya

23. matatajam

24. fatin

25. ciksu

Oklah kepada sapa2 yang namanya telah di tag dengan sengaja tu, rajin-rajinkanlah diri ye......bye !
SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2013.........SEMOGA TAHUN BARU INI AKAN LEBIH BAIK DARIPADA TAHUN2 YANG SEBELUMNYA......AMIN

Comments

  1. owh..kne wat la ni ek?hihi..ok..nnti free sy wat..hihi

    ReplyDelete
  2. Itu dia... dapatlah tahu serba-sedikit tentang Mia.

    ReplyDelete
  3. hehe...mcm banyak juga persamaan kita Mia..apa pun bersyukur dgn apa yg ada dgn diri kita kan??
    ohh tidaakkk...sa kena tag..haha..
    InsyaAllah ada masa sa buat ya...:)
    TQ.

    ReplyDelete
  4. Thanks sbb tag sy. lama nda kena tag. heheh.. thn dpn sy buat. pdhal besok thn dpn sdh. hahaha... btw, pling manang statement naik berat sbb mcD. itu burger jg kena kasi salah kan! Hahahah... tp mmg ramai yg kerja tidak sama dgn course yg dorang study. hihihihi..

    ReplyDelete
  5. nama 1'st sekali, aiyooooooooo... wajib ke ni?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang