Skip to main content

'Muka Baru' untuk blog.....

Assalamualaikum....
.
macam mana dengan 'muka baru' blog saya.....nampak lebih tersusun kah? tetiba hari ni ada mood mo tukar template dan header blog....saja jak mo nampak blog lebih simple dan senang orang mo baca.....(nampak simple kah sekarang ni?) almaklumlah tahun ni ada semangat mo berblog berterusan.....jadi dengan adanya muka baru ni kunun, saya lebih bersemangat mo update something yang boleh di share dengan kengkawan kan....start blog punyalah lama suda tahun 2007 lagi tapi on off on off saja....macam hangat2 t&*^ ayam pun ada....bukannya apa, tiada masa, no idea dan internet line yang macam kura2 (alasan semata2 padahal memang malas pun )...hehe
.
Untuk imbas kembali kunun, saya mula menceburi bidang blog ni (cehh macam gaya cakap artis lah pulak) sebab si Cath (Kay Masingan)...dia yang mula2 kasi kenal apa itu blog dengan saya...sapa2 yang mo lawat blog dia pegi saja ke Tulusdarihati.
Saya tulis tentang apa saja yang terlintas dipikiran kunun tapi lebih kepada keluarga...so jangan heran masa post tentang anak saya si Shumi sahaja...masa tu baru ada si Shumi....Shamzi dan Baby Damia belum wujud lagi...kawan2 saya lain juga tidak ketinggalan mo berblog juga...si Nancy ngan si Uzoi...singgah2 ke blog diaorg di lifenowandthen dan Neve
.
Sekarang ni cerita di blog campur2 sudah....tapi tetap dengan tema parenting dan juga personal. Ada juga kisah tentang shopping, photo2 dan kongsi2 maklumat dari wikipedia...tetapi harus di ingat blog ini tidak memaparkan isu2 yang sensitif seperti Politik, Bangsa, Agama (memang kadang2 ada post tentang Agama tetapi lebih kepada perkongsian maklumat sahaja) dan juga lain2 yang boleh menyinggung perasaan pembaca di luar sana... biar orang lain membaca blog ni dengan perasaan yang senang hati kan....
.
ok tu jak lah...mo sambung keja balik....

Comments

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa