Dzul Famili Channel! kongsi tempat best di sekitar Sabah

Salam!


Hari ke-9 PKP 2.0..korang buat apa tu. Mestilah sibuk dengan HP masing-masing kan. Sedang menunggu tugasan PdPR dari cikgu-cikgu untuk anak-anak kita kan. Kmia pun sama. Dalam sibuk-sibuk melaksanakan tugas-tugas hakiki, work from home sebab office tutup 2 minggu, kenalah juga pantau tugasan-tugasan PdPR anak-anak.Mencabar kan ... tapi apakan daya. Kita doa sahaja moga wabak Covid-19 ni cepat berakhir. Rindu zaman bebas dahulu. 


Disebabkan banyak masa dihabiskan di rumah, tetiba lah pula rajin update Channel Youtube. Dulu memang tidak berapa berYoutube ni. Tapi hubby suka sangat buat video JJCM kami sekeluarga dan publish di Channel Youtubenya CheGu Dzul. Macam best pula tengok, yalah untuk kenang-kenangan. 


Dan tiba2 pula timbul idea nak buat lebih serius...sebab hubby dah minat kan. So Kmia pun mulalah belajar sikit-sikit pasal Youtube ni. Perkara pertama yang Kmia belajar, bila nak buat video dan publish kat Youtube, jangan sesekali ambil hak orang.. Kan kadang-kadang bila kita buat video tu, kita suka masukkan lagu-lagu terkini. Nak nampak video lebih menarik katanya. Tapi kan video tu akan di Copyright Claim. Apa Copyright Claim, korang cuba Google, panjang pula Kmia nak explain di sini. Walaupun Copyright Claim tidak berapa mendatangkan effect kat channel youtube korang, tapi bila korang nak betul2 nak serius dalam bidang ni, masalah Copyright Claim ni harus dielakkan. Gitu. Kalau tidak sia-sia lah korang kumpul view, kumpul watching hours, kumpul subscriber tapi tak mendatangkan hasil.. huhu 




Bercakap pasal serius, channel yang lama tidak sesuai untuk diteruskan sebab banyak video yang hubby publish ada masalah dengan copyright claim. Maka terwujudlah satu channel khas untuk perkongsian JJCM kami sefamili. Korang kalau follow IG Kmia di @miakassim memang akan tahu yang kami anak beranak ni suka jalan, check in dan makan-makan. Tempat best haruslah dikongsi bersama kan, patut di uar-uarkan. So, kami kongsikan semuanya dalam video di channel Youtube kami Dzul Famili Channel

Moga perkongsian kami berguna untuk korang semua... Jangan lupa Subscribe, Like dan Tekan Butang Loceng untuk video-video terbaru. 


Note : Terima kasih kerana support! Moga korang dimurahkan rezeki.



2 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post