Skip to main content

Kisah Shumi di MRSM!

Assalamualaikum .. hi korang. Dah masuk bulan Mac hari ni. Tak sedar ko cepatnya masa berlalu. Baru hari tu rasanya kita dengar letupan bunga api tahun baru. Dan baru hari tu rasanya Kmia ke Tawau menghantar anak belajar di sana sampaikan Kmia terdemam-demam. Tak biasa ko terpisah begitu lama. 

Tapi alhamdulillah .. Kmia dah mula dapat sesuaikan diri walaupun sesekali tu datang balik emosi merindu tu. Hehe. 
27hb Feb lalu genap 13 tahun umur anak Kmia yang sulong tu. Shumi Dzukairy. Tak sangka Kmia dah ada anak remaja walaupun perangainya masih agak kebudak-budakan. 


Tahun ni pertama kali kami tak dapat sambut birthday Shumi pada tarikh kelahirannya sebabnya Shumi sedang belajar nun jauh di sana. Sebab tu kitaorang awal-awal celebrate birthdaynya 5hb Feb yang lalu sebelum Shumi balik ke asrama. Celebrate di favorite restaurant hubby gitu. Kmia belum sempat belikan Shumi hadiah tapi kan Umi sentiasa doakan yang terbaik untuk Shumi dan anak-anak Umi yang lain. 

Kisah Shumi di MRSM
Hari tu dalam entri Kmia [Shumi ke MRSM], Kmia ada promise nak ceritakan kisah Shumi di MRSM. Hari pertama Shumi kami tinggalkan di asrama, malam tu dia dah call Kmia. Bagitahu yang dia dah dipindahkan bilik dan dah ada kawan baru. Nada suaranya Kmia dengar ok je, begitu juga hari keduanya. Masuk hari ketiga, petang tu Shumi dah tanya soalan menyentuh kalbu .. huhu umi .. umi sihatkah? Kmia jawab alhamdulillah sihat .. kenapa? Ndada .. rindu bah .. hah sudah! Kmia memang tak kuat. Shumi call masa Kmia on the way balik rumah. Sampai ja di rumah sebelum masuk Kmia nangis dalam kereta.

Malamnya Shumi call lagi. Dan kali ni memang dia menangis. Nangis-nangis nak minta pindah balik ke KK. Katanya dia tak tahan berjauhan dengan Umi dan Baba. Di situ dia tiada kawan. Dia sangat rindu. Kamurang rasa Kmia kuat ke dengar Shumi merayu tu .. menangislah kami dua beranak. Tapi tak boleh jadi, kena pujuk Shumi dan kembalikan semangat Shumi semula. Kmia pass phone kat hubby. Kalau bercakap dengan Uminya yang emosi ni sampai ke pagi kami dua beranak menangis. Hubby tenang ja bercakap dengan Shumi. Lama jugalah sesi motivasi tu berjalan .. hehe lebih kurang sejam juga hubby tenangkan Shumi. Bila dah tenang sikit Shumi off kan phone dan janji akan call balik semula. Kmia? Dah tenang ke .. tenangnya apa .. terus google ni mencari procedure pindahkan pelajar ke MRSM KK. Hehehe. Nampak emosi seorang ibu macam mana kan. Jauh dibandingkan dengan emosi seorang bapa, sentiasa tenang dan tidak kelam kabut membuat keputusan. Tak lama tu Shumi call balik tapi kali dah tak nangis. Lega sikit hati Kmia.

Hari ke-4 dan seterusnya, Shumi dah boleh sesuaikan diri di asrama. Dah ada kawan baru, petang-petang dah ada geng main basketball. Tapi kadang-kadang tu ada juga Shumi mengadu kawan-kawannya selalu ambil barang dia tanpa izin. Duduk atas katil dia yang dia dah kemaskan. Kmia hanya mampu bagitau Shumi, tegur baik-baik kawan tu. Kalau tak dengar juga, banyakkan bersabar. Risau juga kalau sampai bergaduh ..Shumi kan jauh, jadi apa-apa yang tak elok bukannya cepat boleh sampai ke sana .. huhu.

Hampir sebulan lebih sudah Shumi belajar di Tawau dan tinggal di asrama. Dan setiap hari Shumi tidak pernah gagal menelepon Uminya ni. Bagi Shumi wajib dia bagitahu apa yang dia buat hari ni, petang riadah apa, hari ni makan apa .. sampaikan baju apa yang dia pakai time tu dia bagitahu hehe. Tidak apalah Nak asal ko senang hati belajar dan duduk kat asrama tu.

Korang yang ada anak tinggal kat asrama memang camni ke .. cuba kongsi sikit 😉

Comments

  1. Homesick ni biasa la dengan anak-anak yang baru masuk asrama. Dulu masa saya mula-mula masuk asrama dulu sampai demam-demam rindukan mak ayah. Mintak balik rumah, warden tak bagi sebab katanya manja sangat. Haha

    ReplyDelete
  2. Ya memang macam tu..

    Anak saya juga masuk asrama MRSM ..sekarang dh masuk form 4..

    Lama lama nanti ok la tu

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa