Mafia lah pulak !

Assalamualaikum

Cak ! Pasang surut ja blog ni .. diam tak semestinya blog dah berakhir 😅

Ada ja ni sini di KK .. sibuk dengan kerjaya yang semakin hari semakin mencabar, dengan penambahan tanggungjawab .. stress tapi alhamdulillah ada peningkatan dari segi kerjaya gitu. Sibuk dengan anak-anak yang semakin membesar, Shumi last sekolah rendah tahun ni .. tahun depan dah remaja dah. Damia pula bukan kanak-kanak ribena lagi, dah masuk darjah 1. 

Dalam pada sibuk-sibuk tu sempat juga join company dinner yang memang diadakan pada setiap tahun di Kuala Lumpur. Dah company sponsor ticket flight dan hotel .. masa pula kena so join je lah.
Tiap-tiap tahun pula tema dinner berbeza-beza. Dan tahun ni temanya adalah Mafia 20's Smooth Criminal. 

Kmia ni kalau pasal baju yang bertema ni memang payah sikit. Lagi-lagi tema rare camni. Yang berhijab cam Kmia agak payah sikit. Last minute baru cari baju dan penasihat fesyen adalah hubby Kmia sendiri. Hehe .. Cari jaket labuh kaler hitam, padankan dengan seluar slack labuh dan topi. Dan terjadilah muka ganas ala ala Kak Long penjaga kawasan ... hahaha


Amacam ada rupa-rupa mafia ke ? hehe. Kmia tengo cam rupa private investigator  lah pula. 

Ni officemate Kmia di KK. Ada 6 orang sebenarnya tapi seorang tak dapat join dinner tahun ni.

Pekerja wanita yang ada di cawangan Kota Kinabalu.

Bersama dengan lady boss KK. Ni boss Kmia sebenarnya. Sporting kan hehe

Pegi dinner jumaat 12hb hari tu. 13hb tu siangnya bershopping-shopping di Bukit Bintang, malam balik KK. Sekejap jerr, tahun depan datang lagi. 


3 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. haha, cute la Mia jadi Mafia ... tapi mmg ada rupa mcm Mafia tau ... kena buat muka ganas sikit ja lagi ...

    ReplyDelete
  2. Suka kostum ala ala mafia tu...patutnya tight sikit seluar tu pas tu pakai but Mia baru lagi mcm pecah ofis haha.....
    Bestkan dinner ada tema mcm tu. Excited gitu nak attend

    ReplyDelete
  3. wow. best la Mia ada dinner costume gini.
    aida tgk dah Mia post kat fb. menarik!!!
    jadik la watak mafia tu.
    muka masam. serrrrramm! ha ha ha...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post