Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum

Hi korang !

Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan.


Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan. 

Lokasi restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜.


Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni.

Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air. Kalau ombak kuat nasiblah korang makan sambil terbuai-buai gitu. Jika angin sepoi-sepoi bahasa, maka sangatlah nyaman korang menyantap makanan tu semua.





Ikan dorang ternak dalam sangkar di tepi restoran tu. Korang order dorang sauk jak dari sangkar tu .. dan masak. Boleh bayangkan kesegaran isi ikan tu 😊

Tapi hari tu kitaorang tak order menu berunsurkan ikan. Ikut pilihan anak-anak. Dan juga pilihan Umi hehe

Tom Yam Seafood - sedap terangkat!.

Telur Dadar - wajib order sebagai hidangan sampingan yang enak.

Butter Prawn with Salted Egg - menu 10 bintang! Licin dikerjain oleh kami 5 beranak.

Sotong Goreng Tepung - sekejapan licin gitu.

Kangkung Belacan - yang ni korang wajib order 2 menu Large. Sepinggan memang tak cukup. 😅

Menu semua memang mantap!

Memang kesemua menu di atas sedap-sedap belaka. Tetapi yang sangat-sangat wajib korang cuba ialah Butter Prawn with Salted Egg. Sangat sedap tau. Terangkat gitu. 

Harga untuk 5 menu ni ?? Hanya RM70 lebih gitu. Mahal ke ? Bagi Kmia harga ni cukup berbaloi. 
Sebab kali kedua kami makan di sini bersama-sama dengan mak bapa mertua Kmia. Menu hampir sama kami order tetapi double kan kuantitinya, order menu yang lain .. kami cuma bayar dalam RM 100 lebih sahaja.

So korang yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu jangan lupa singgah kat restoran ni dan nikmati hidangan seafoodnya yang lazat. 


10 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Nampak sedap. Kalau ade rezeki dtg sini leh makan kat restoren ni

    ReplyDelete
  2. pernah makan kat sini tapi menu simple2 jak, cantik senario time sunset di sini.

    ReplyDelete
  3. tengok makanan je kak mia, da lapar. hahaha.

    ReplyDelete
  4. Mcm best je tmpt ni kak mia. Bleh cuba ni.

    ReplyDelete
  5. sedapnye! dah laa tengah lapar nie haa..

    ReplyDelete
  6. tuaran sebelah mana sis kedai dia?makanan dia simple tapi menyelerakan..

    ReplyDelete
  7. Singgah sini jenjalan. done follow. Nampak plak menu sedap aduhh terliur :D

    ReplyDelete
  8. Bilalah lagi dapat gi KK nak makan kat sini hihi...
    Menarik menunya Mia. Terus tetiba lapar dah ni...Lamalah tak makan seafood gini. Nak singgah Umbailah balik kg hujung minggu ni

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post