Skip to main content

3 Hari di Darjah 1

Assalamualaikum
Umi nak buat laporan tentang si Shumi yang berada dalam darjah 1 selama 3 hari......ceeehhh ayat skema tullll
 Sebenarnya nak cerita tentang Shumi masuk darjah 1 hari tu...hari pertama Babanya yang hantar pegi sekolah agama....tengaharinya dia ke sekolah rendah di hantar oleh van pihak sekolah agama (kami memang bayar tiap2 bulan)... kiranya 1st day pun Shumi dah berdikari pegi ke sekolah rendah.....saya tunggu di sekolah jak masa tu....masa dia turun dari van bukan main hepi lagi mukanya jalan sambil berpegang tangan dengan kazennya si Yus yang kebetulan satu sekolah agama dan sekolah rendah dengannya....tapi kazennya ni dah darjah 2.....Saya dan Shumi tunggu di pondok sementara menunggu masuk kelas sebab jam baru 11.30 masa tu.....masa di pondok, Uminya pot pet pot pet bagi nasihat dan tunjuk ajar si Shumi.....jangan bermain, jangan keluar kelas masa belajar, jangan berlari naik tangga, jangan itu, jangan ini.....Shumi anggukkan saja....mudah2an dia faham dan ikut nasihat....Shumi tak macam budak2 lain, eksaited tul nak masuk kelas.....saya yang gabra sebab takut tinggalkan Shumi sorang2 di sekolah....kalau tadika tu lainlah sebab murid dia sikit jak nak di kawal....
Jam 12.00 tu semua murid darjah 1 masuk ke kelas masing2... saya pun sibuk hantar Shumi masuk ke kelas dan carikan tempat duduknya....Dudukkan Shumi depan dengan meja cikgu.....Babanya pun ada masa ni nak nengok Shumi, baru sampai setelah siap urusan kejanya di sekolah....saya sempat lagi bagi 'syarahan' kat Shumi, nak bagi dia ingat semua pesanan saya tadi...hehehe....kalau dulu ibubapa dibenarkan tengok anak di luar kelas masa dorang belajar tapi sekarang tak boleh dah, takut menganggu tumpuan anak2 belajar...sampai jak guru kelas si Shumi, saya dan hubby pun beredar dengan berat hati....yang ironinya (berbunga bahasa tul.....), guru kelas si Shumi sekarang ni merupakan guru yang mengajar hubby masa dia darjah 1 duluuuu dan guru tu masi kenal dengan hubby.....betul2 turun temurun guru seorang ni....dari bapa hingga anak dia ajar....hehe .... jam 2.45 ptg tu saya balik ke sekolah sebab nak ajar Shumi beli makanan di kantin..... bagi dia duit 2 ringgit sebab harga makanan sekarang, amboi mahal kemain..... harga seketul nuget ayam yang kecik jak tu pun 50 sen...jadi cam tak logik pulak kalau saya bagi dia duit 50 sen kan...kalau boleh nak bagi dia bawa bekal makanan dari rumah jak tapi apakan daya, awal2 pagi saya dah keluar keja, Shumi pun gitu, pastu dia sehari di sekolah.....ni lah cabaran umi2 yang bekerja kan...nasib baik sekolah agama dia ada sediakan makanan tengahari sebelum ke sekolah petangnya tu....
 Hari ke 2, saya masih tunggu Shumi di sekolah dan hantar dia ke kelas. Tapi saya tak tengo dia masa rehat tu sebab dah ajar sekali lagi Shumi beli makanan sebelum dia masuk kelas tengahari tu....Shumi pun dah ok saya tengok siap ada kawan baru lagi.....Hari ke-3, saya tak pegi sekolah dah.....saya yakin Shumi dah ok dan biasa dengan keadaan sekolah tu...Shumi pun dah bagitahu dengan uminya ni yang dia dah tahu beli makanan di kantin dan tahu mana kelasnya......
Nak tengo rupa Shumi eksaited masuk darjah 1.......
^
^
^
^
^
Dia sendiri yang nak eksen cam ni.....motif ?? tidak tau......

Shumi dan kazennya si Yus.......
^
^
^
^
^
Ok sekian laporan dari saya tentang Shumi.....sekian terima kasih kepada sapa2 yang sudi membacanya.....=P

Note : dulu masa saya masuk sekolah darjah 1 tak nangis tau cam Shumi lah (mesti dia ikut semangat uminya ni hehe)......hubby pulak nangis walaupun mama mentua sentiasa ada teman dia masa tu.....biasalah budak cengeng...hahaha (ketawa mengejek) =p

Comments

  1. Akk dulu ms drjh 1 hari2 nangis. Rs sayu sgt kn tinggal

    ReplyDelete
  2. ahaha, teringat dulu masa adik mula masuk sek... sibuk nak saya duduk kelas tu sekali!! malu betullll. skrg adik pun dah tingkatan 5 :)

    ReplyDelete
  3. wahh excited dia g skul ek..be a gud boy oke?

    ReplyDelete
  4. mahalnya sis..patutlah budak2 skrg belanja rm2 pon x cukup..fuh

    ReplyDelete
  5. assalam..
    kunjungan balas n followed^^
    gud boy shumi..excited tu...
    mknan kat kantin mmg x byk pilihan..pas tu mahal..

    ReplyDelete
  6. @Cik F:adik manja dengan kakaknya tu.....takpelah belajar sekali kan...hehe

    ReplyDelete
  7. @Deq's Qienz:Ok akak Qienz (tolong jawabkan untuk si Shumi)

    ReplyDelete
  8. oh..cikgu babanya sekarang mengajar anaknya...seronok tengok anak2 yang teruja nak sekolah..akak tak dapat nak tengok anak ke darjah satu tahun ni sebab masih bercuti pantang lagi...sian anak ku...

    ReplyDelete
  9. salam sis! Thank you dropped by at FRAN. Oh, sebaya anak kita ye... hu hu... sure it will be our sweet memories...

    ReplyDelete
  10. Amboi Eksaited kemain yek Shumi..

    ReplyDelete
  11. Hensem Shumi ☺☺. Excited nak skolah yer. Tak sabar plak nak tunggu anak darjah 1.

    ReplyDelete
  12. Ni mamanya yg terlebih risau kan anaknya ok jak!hehe

    ReplyDelete
  13. @mamawaiz:Tu lah pasal....bagi 50 sen cam tak logik langsung....

    ReplyDelete
  14. @ieja amieja:ye lah...kadang2 tu tak berkhasiat langsung makanan kat kantin sekolah sekarang ni...semua pun nak yang segera....cam nuget ngan sosej tu tak patut jual di sekolah...

    ReplyDelete
  15. @RYS AREESA NASIR jr:Memang betul2 sweet memori bila tengo membesar dan bersekolah....

    ReplyDelete
  16. @Si Matatajam:Memang eksaited tul dia...ramai kawan katanya...

    ReplyDelete
  17. @Fiza Rahman:Nanti bila anak dah masuk sekolah rendah, mesti ibunya ni yang eksaited....hehe

    ReplyDelete
  18. @hainom OKje:A'a....saya yang risau tinggalkan dia di sekolah.....huhu

    ReplyDelete
  19. shumi, tali leher tu ikat baik2 ya. jangan gantung2 ja..hehehe

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Oriental Treasures, A Mid-Autumn Delicacy

Hilton hotels in Malaysia launched its national mooncake series, Oriental Treasures, with an enticing array of traditional baked varieties of classic and modern flavours - a celebration of culinary craftsmanship, fine quality and exquisite flavours. To top it as a festive centrepiece, this year’s national mooncake box design pays homage to the core of Chinese heritage.  Embellished in imperial red, the premium square box features a noble pair of red-crowned cranes amongst sacred clouds. Characteristically celestial, the golden full moon illuminates the scene, much like the celebrated baked mooncakes during Mid-Autumn festivities. The ornate die-cut window pane, inspired by the moon windows of Oriental architecture, offers a peek to the individual matte-finishing gold and red receptacles housing its respective mooncakes. As reunions and rituals take a different form this year, the mooncakes serve as a reminder to go back to basics. Eugene Oelofse, National Marketing Communications Direc