Skip to main content

Buah Tarap

Assalamualaikum
Tetiba rajin pula petang ni nak update blog......memandangkan sekarang ni tengah musim buah2an so nak cerita sikit pasal buah......buah Durian ???? bukan.......itu semua orang dah tahu.....ni nak cerita sikit tentang buah yang ada kat Sabah......Buah Tarap......mungkin kebanyakkan orang memang dah kenal dengan buah ni.....buah tarap atau nama saintifiknya Artocarpus odoratissimus (aaa ambik ko payah nak menyebutnya) juga dikenali sebagai buah Marang.....Buah ni ada kaitan saudara dengan buah Nangka dan Cempedak....tapi saudara2nya yang lebih popular dari buah Tarap ni (tidak pemes langsung buah ni rupanya....cian 
Buah ni luar dia macam ada duri tapi bukan duri dan seakan rambut cam rambutan tu tapi bukan rambutlah....kalau masak warna kulit luar dia akan bertukar hijau kekuningan....dan dia akan mengeluarkan bau yang power cam buah Nangka, Cempedak dan Durian tu......peringatan !!! buah ni tak lepas di airport ye sebab kekuatan wangian dia.....kalau nak bawa 'terbang' baik bungkus tebal2 dan elok2 kalau tak sia2 terpaksa derma buah tu dengan pihak airport tu....rupa isi dalam dia bulat2 dan berwarna putih bersih....rasa dia manis2 masam.....semua isinya melekat di 'tongkol' buah tu.....rupa tongkolnya cam rupa drumstik ayam tu....hehe....kalau nak makan ala-ala makan peha ayam kfc tu boleh juga....buka jak kulit buah Tarap tu semua dan pegang hujung tongkolnya tu.....
Selain makan begitu sahaja....buah ni boleh juga dibuat cucur.....cam cucur cempedak tu.....memang sedap makan panas2 di waktu petang sambil minum kopi.......perrggghhh nyaman......buah ni kalau kat area Kota Kinabalu susah nak cari....selalunya buah ni 'di import' khas dari Kota Belud dan Kota Marudu.....aaa nak tengo rupa buah Tarap tu.....ni dia........semua gambar pinjam dari encik Google kita.....

 

Note : teringat masa sekolah menengah dulu ada seorang cikgu tu dengan bangganya cakap dia tak makan buah ni sebab kat tempat dorang buah ni untuk makanan monyet jak......sedih bila ada orang yang tak hormat dengan makanan dan budaya orang lain.....janganlah ada orang lain seperti dia lagi......:-(

Comments

  1. oh... ni rupanya buah tarap. pernah dengar nama tapi tak pernah tengok lagi rupanya. nampak macam buah cempedak cuma warna isinya putih.

    kalau senang singgahlah di sini.

    http://IzaIsmail.com

    ReplyDelete
  2. cam menarik jer tp tak pernah jumpa

    ReplyDelete
  3. first time dengar nama buah ni,haish,apa la cikgu tu kan..xsayang mulut betul,huhu

    ReplyDelete
  4. kalau tak lepas airport,..mmg tak merasalah makan buah ini yer..hihi cam cempedak gak laa kan

    ReplyDelete
  5. first time sy dnga n tgk buah nih

    ReplyDelete
  6. tau psl buah ni..tp blom pnh mkn lg..hihi

    ReplyDelete
  7. owhh femes ni buah ni dulu kitorang cari merata nak try. I mula2 ingatkan buah cempedak hehee.

    ReplyDelete
  8. First time dengar n tengok.kalau xtau mmg igtkan buah cempedak.cuma isinya putih.

    ReplyDelete
  9. Tak prnh dgr dan tgk. Ni fes time..

    ReplyDelete
  10. mcm buah cempadak la..pestime sy tgk ni..xprnh jmp lak b4 nih.

    ReplyDelete
  11. Dikampung saya ada pokok buah tarap ni. Pokok Sena, Kedah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Zamani :
      haa.. selalu buat cucur kah? sedap tu buat cucur :)

      Delete
    2. Masih ade ke pokok ni? teringin juga nak rasa....

      Delete
    3. hubung saya di abd159@gmail.com nak pi tengok pokok tarap tu. betoi ka atau lain spesis.

      Delete
  12. ini ropenye buah tarap. rasenye macam pernah jumpe masa ikut ayah bersih tanah pusaka nak buat kebun. Tapi die dah tebang pokoknye

    Radio Senyap - Senyap Bukan Bererti Diam

    ReplyDelete
  13. Perggghh sedapp giler buah nie.. tp kt KL xde jmpe buah nie.. area sabah mmg bnyak buah ni.. ketagih bila korg mkan..😍😍

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

Telefilem Takbir Suci 1, 2, & 3

Assalamualaikum..... . Kalau mo dekat2 raya ni, wajib ada drama dan telefilem berkaitan ngan puasa dan raya...tak kisahlah drama komedi ke atau drama yang menyayat hati...yang sedih2 buat kita menangis pun ada.... Saya sebenarnya bukan peminat drama melayu tetapi kalau drama atau telefilem yang ada kaitan ngan raya ni mesti saya tengo...terutamanya drama yang memerlukan kita mengawal emosi sedih dan marah.....ada satu telefilem yang sangat saya geram bila menontonnya tapi saya mesti tonton sampai habis.....telefilem ni actually lama dah keluar macam 3 4 tahun yang lepas tapi setiap tahun masa mo raya Astro mesti tayangkan balik telefilem ni....TAKBIR SUCI 1, 2 & 3.....lakonan si Raja Azura sebagai Kak Nora yang teramatlah zalim ngan anak2 yatim tu...kalau sapa2 yang pernah tengo drama ni mesti geram abislah ngan si Nora ni...kalau ada depan mata macam mo tempeleng2 jak muka si Nora tu.....jahat yang teramat jahat.....dalam erti kata yang lain lakonan si Raja Azura memang menjadi

Makan atas air | Restoran Terapung Fazdla Tuaran

Assalamualaikum Hi korang ! Ok Kmia nak kongsi satu lagi tempat makan yang best, sedap dan mantap gitu dengan harga yang amat berpatutan. Kan Sabah terkenal dengan restoran seafoodnya yang fresh dan murah-murah gitu. So yang ni kira salah satu pilihan restoran yang korang boleh pergi. Dahlah harga sangat berpatutan, menunya pula memang sedap-sedap belaka. Confirm puas hati. Kmia dan family dah dua kali makan di sini dan memang tidak mengecewakan.  Lokasi  restoran ni ? Terletak di area Tuaran. Korang cari saja jalan menuju Shangri-La Pantai Dalit Beach Resort tu. Korang nampak pintu gerbang masuk ke hotel .. Jangan masuk 🤣 korang ikut jalan kiri .. hehe kan korang nak makan seafood 😜. Korang jalan jak terus dan akan terjumpa signboard Trayong Eco Fishing Point. Kat situlah terletaknya Restoran Terapung Fazdla ni. Sebelum masuk ke restoran, korang nikmati dulu view di sekeliling restoran ni. Nama pun restoran terapung kan so kedudukannya mesti di atas air

Teh Madras

Assalamualaikum.... . Hari ni mo share minuman kegemaran my hubby yang selalu dia order kalau makan di kedai makan India....tidak lain tidak bukan Teh Madras... . . actually teh ni sama dengan teh tarik yang lain tapi yang membezakannya, susu cair digunakan menggantikan susu pekat tu....rasanya tidaklah terlalu berlemak oleh susu tetapi orang bilang sangat ummpphh dan kawww oleh rasa teh tu...my hubby ada jugalah kunun selidik2 daripada tukang membuatnya itu...alah orang2 dari India tu....dorg cakap kalau di India teh madras ni menggunakan susu kambing tapi disebabkan di Malaysia ni susu kambing jarang ada dijual dan mahal, dorg ambil pendekatan yang lain dengan menggantikannya kepada susu cair tu....tapi bukan semua teh madras ni sedap rasanya, mesti ikut juga tangan yang membuatnya....setakat ni teh madras yang paling ummpph sekali ada dekat Akmal Curry House & Restaurant sana Sulaman Central (berdepan dengan Taman Indah Permai, Jalan Sulaman)....sapa2 yang tinggal dekat a