Damia | Darjah 1 di tahun 2018

Assalamualaikum

Hi korang !
Selamat Tahun Baru 😊

Entri pemanas untuk tahun baru ni. Haruslah kisah anak-anak masuk sekolah. Si Damia tahun ni masuk darjah 1 dah walaupun baru sahaja sambut birthdaynya yang ke 6 tahun pada bulan oct yang lalu .. hehe.

Tahun ni tahun paling last Kmia jaga anak masuk darjah 1 sebab lepas Damia dah tak ada dah. Bak kata Doktor Khairul @ Daddy Ziyyad, 'kilang dah tutup'. 🙊

Korang yang hantar anak darjah 1, korang rasa mencabar ke? Anak-anak zaman sekarang semuanya dah berani. Tak takut dah pergi ke sekolah. Excitednya cam nak ke taman tema pulak. Bukan cam kita dulu-dulu banyak adegan air mata. Tapi Kmia terkecuali tau, masuk darjah 1 tak nangis okeh!.
Damia ?? Mungkin dah biasa sebab umur 4 tahun lagi dah masuk taska dan tadika. So tak ada takut-takut pun. Pagi-pagi hantar Damia ke sekolah agama dan lebih kurang jam 11 pagi tu Damia ke sekolah rendah pula dengan menaiki van yang disediakan oleh sekolah agama tu. Kmia dah pesan kat Damia tunggu umi kat kantin sekolah dan nasib baik Damia ikut cakap. Takut juga dia blur sebab sorang-sorang kan. Abang2nya sekolah sesi pagi, Shumi darjah 6 dan Shamzi pula darjah 4. 

Kmia ambil cuti 2 hari sebab nak pantau keadaan Damia di sekolah. Ajar dia apa yang patut .. tunggu di mana, macam mana beli makanan kat kantin .. pergi ke tandas .. kalau balik pula tunggu Baba di mana 😊
Semalam tunggu Damia hingga dia masuk ke bilik darjah. Dah puas hati semuanya Kmia bagitahu Damia yang Kmia nak balik. Kmia tak tunggu di situ sebab takut Damia hilang tumpuan.
Petangnya dalam jam 5.30 Baba ambil kat sekolah dan lega Damia ikut apa yang dipesan, tunggu di pondok sampai Baba sampai. Hari ni Kmia masih ke sekolah untuk pantau Damia, esok kerja dah. 




Harap-harap Damia dapat menyesuaikan dirinya di tempat baru. Anak korang pula macam mana?


5 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. anak saya belum wujud lagi.hehe. selamat bersekolah Damia

    ReplyDelete
  2. Best tgok budak2 skola nie.. Adik bongsu sy bru 4 thn haha

    ReplyDelete
  3. Selamat Tahun Baru 2018 Mia... sure excited Damia nak ke sekolahkan. Betullah budak budak sekarang ni dah terlebih exposed kot. Steady je ke sekolah tak takut sikit pun!

    Rindu pulak saat tunggu anak kat sekolah dulu dulu hihi

    ReplyDelete
  4. Rindu lak nak masuk sekolah semula..hahaha..Damia sebaya anak sy no 2

    ReplyDelete
  5. camne skang damia? dah ok kan. da seronok kan.
    aida dulu time Nurin, yes, amik cuti seminggu tau ha ha ha...
    dok usha kat kantin 3 hari berturut-turut.
    bila syuhada naik darjah 1, sehari aje cuti. sebab kakak nyer ada.
    izzat next year, in shaa Allah tak perlu amik cuti kot.
    sebab masih lagi tempoh cuti blaja.
    izzat tu nampak nyer nyer mcm manja terlebih.
    aduhai...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post