Cara luangkan masa dengan anak-anak bagi ibu bapa yang sibuk

Assalamualaikum

Rabu dah hari ni .. pejam celik pejam celik dekat hujung bulan Jan sudah. Betul-betul terasa sangat masa berlalu. Umur pun cepat ja bertambah huhu. 
Anak-anak pula tak lama menginjak usia remaja. Alahai cepatnya mereka membesar kan. Rasanya cam belum puas nak bermain-main  dengan mereka.
Mana taknya, bagi ibu berkerja seperti Kmia memang mempunyai masa yang sangat terhad dengan anak-anak. Kmia berkerja 5 hari setiap minggu bermula dari jam 8.30 pagi hingga 5.15 petang. Sampai di rumah pula dalam jam 7 malam setiap hari. 
Setiba di rumah pula sibuk dengan tugas hakiki seorang ibu .. masak, cuci kain .. lipat kain, sediakan kelengkapan anak-anak untuk ke sekolah esoknya .. fuhh! Semput.
Bila masa nak bersama dengan anak-anak?

TAPI itu bukan alasan untuk kita tidak mengambil kisah tentang anak-anak. Lagi2 bagi anak-anak yang masih kecil-kecil ni. 
Kmia dan hubby akan sedaya upaya mencari masa untuk bersama dengan anak-anak. Biar sekejap tapi bermakna untuk mereka 😊

Bersembang dengan anak-anak semasa makan malam
Anak-anak Kmia balik dari sekolah pada jam 6 petang .. time ni Kmia belum sampai di rumah. Apa yang dorang buat masa ni, mandi, solat dan buat kerja sekolah. So Kmia dan hubby tak akan ganggu mereka. Masa makan malam kami adalah pada jam 8.00 malam, ya memang agak lewat tapi itu sahaja masa yang ada. So masa makan malam ni lah Kmia dan hubby gunakan masa sebaik-baiknya untuk bersembang dengan anak-anak. Tanya apa yang dorang buat di sekolah hari ni, makan apa tadi di sekolah, tanya tentang kawan-kawan dorang .. nampak remeh tapi percayalah amat bermakna untuk anak-anak. Kadang-kadang tu Kmia dan hubby bercerita zaman kanak-kanak kami .. anak-anak sangat teruja dan banyaklah soalan-soalan bonus dari dorang hehe. 
Anak-anak Kmia akan masuk tidur dalam jam 9.30 malam so sejam lebih tu memang Kmia akan manfaatkan sepenuhnya. 

Tidur beramai-ramai pada malam sabtu dan ahad
Anak-anak Kmia, Shumi dan Shamzi tidur  bersama sebilik manakala Damia masih tidur sebilik dengan Kmia dan hubby. 
Tapi pada malam sabtu dan ahad, kami sekeluarga tidur bersama-sama. Kata hubby pada tahap umur mereka sekarang ni sahaja kami dapat tidur bersama-sama, bila anak-anak dah semakin meningkat remaja dan dewasa peluang macam ni mungkin tidak akan kita kecapi lagi. Kiranya ni macam family bonding gitu. 

Manfaatkan hujung minggu
Hujung minggu merupakan masa yang dinanti-nanti oleh ibu bapa dan anak-anak. Dalam masa 2 hari ni lah ibu bapa dan anak-anak dapat melakukan aktiviti bersama. Banyak yang boleh dilakukan dalam masa 2 hari ni. Selalunya Kmia dan hubby akan bawa anak-anak di mall, tengok wayang ataupun bawa mereka ke taman permainan. Kadang-kadang tu kalau sempat  kami bawa anak-anak berkunjung ke rumah sepupu sepapat dorang. 

Manfaatkan cuti sekolah dan cuti am
Selain cuti hujung minggu, cuti sekolah dan cuti am memang Kmia dan hubby nanti-nantikan. Memandangkan hubby cikgu dan memang akan bercuti seperti anak-anak, Kmia memang selalunya awal-awal dah apply cuti semasa cuti sekolah mereka. Dan setiap kali cuti Kmia dan hubby dah plan nak pergi ke mana, samada bercuti di resort yang ada di sekitar KK or Kundasang, kalau tak pun balik kampung berjumpa opah dan atuk mereka. 

So rasanya bagi Kmia, kesibukkan ibu bapa tak sepatutnya dijadikan alasan untuk tidak dapat luangkan masa bersama anak-anak. 
Korang kena ingat anak-anak adalah pinjaman paling berharga daripadaNya. Satu masa bila ianya ditarik kembali, time tu menyesal macam mana pun tidak akan berguna lagi. 




3 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. OKje Dapat bayangkan kepenatan Mia tu....tetiba teringat masa zaman kerja dulu weyh.
    Zaman sekarang lagilah kan ada hp dengan media sosialnya yang macam macam.
    Setiap ibu bapa pasti ada perancangan mereka sendiri untuk mengeratkan keluarga memasing. Mana yg baik boleh aje kita share share utk kebaikan bersama kan...

    ReplyDelete
  2. entri Mia ni buat Aida rindu kat Nurin.
    aduhai... dulu kami memang selalu bersama tau.
    especially weekend. memang mr.asben on movie and lepak depan tv.
    kalau weekday, what we always do adalah makan sama2.
    gelak2. hingga la azan isya' hi hi hi...
    aduhai... rindu nyer :(

    ReplyDelete
  3. betul tue.. masa utk luangkan masa dgn anak2 masa time cutiatau hujung minggu ja.. kena rancang aktiviti lahr bersama keluarga :D

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post