Durian Tepi Jalan

Assalamualaikum

Musim durian ye sekarang. Tiap hari ada ja orang post tentang durian .. durian mahallah, durian murahlah .. bubur durian lah .. durian musang king lah .. sampai yang membaca dan melihat ni terus terliur mengidam durian. 
Kmia actually bukan peminat tegar durian tapi kalau ko ampai depan mata memang disantap jugalah. Hehe rezeki .. jangan ditolak. Faham-fahamlah harga raja buah ni mahal ya amat. 😥

Tapi kan memandangkan dah mengidam sangat nak makan durian, membeli juga lah akhirnya. Beli yang dalam bekas tapau tu ja. Sebab Kmia makan durian ni cuma seulas dua, di rumah pula selain Kmia, Shumi dan Damia ja yang ikut makan. Shamzi bukan peminat buah (kurang vitamin betul anak Kmia seorang ni huhu) dan hubby pula kan jaga makan so durian is no for him gitu.

Kmia tak susah pun cari gerai durian di area KK ni. Tak perlu ke pasar buah atau pasar tani. Korang yang familiar dengan jalan selepas bulatan Kingfisher menuju ke UMS sudah pasti akan nampak banyak gerai-gerai menjual durian di sepanjang jalan tu. 
Gerai-gerai ni sementara ja sebenarnya. Khas didirikan sepanjang musim durian ni. Jalan ni memang laluan bas-bas pelancong sebab tu rasanya dorang dirikan gerai di situ. 

So sabtu petang tu singgah sekejap kat gerai durian tu. Kmia tak ambil masa lama .. pilih .. tawar harga .. bayar dan jalan 😁





2 jenis durian (jangan tanya apa jenis, Kmia memang tak tahu .. tahu makan ja hehe). Tapi dua2 ni rasanya memang sedap terutamanya yang ulas panjang-panjang tu, sebab tu harganya mahal sedikit berbanding yang  ulas bulat2 tu. 2 tapau ni harga RM30 .. korang rasa mahal ke tak ??


2 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Mahal bah kan harga durian. Tahun ini belum ada lambakan buah durian sampai harga jatuh rm3 sekilo mcm tahun 2014 tu.

    ReplyDelete
  2. I was surfing the Internet for information and came across your blog. I am impressed by the information you have on this blog. It shows how well you understand this subject. durain Singapore online

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post