Satu Ledakan Pelbagai Rasa Menanti Anda di Nando’s!

Assalamualaikum

Nando’s, pengeluar ayam panggang api PERi-PERi kegemaran ramai, memulakan tahun 2018 dengan satu kejutan melalui ledakan pelbagai rasa dalam produk terkini mereka, iaitu Coco-Cataplana. Hanya ditawarkan di Malaysia dan tiada di tempat lain di dalam dunia, Nando’s menyampaikan sajian menyelerakan ini untuk mengusik deria rasa warga Malaysia dengan menggabungkan sos PERi-PERi yang terkenal dengan kelapa.


Sajian yang menggoda ini didatangkan dengan ¼ ayam panggang api PERi- PERi dengan perisa pilihan anda sama ada Lemon & Herb, Mango & Lime, Mild, Hot or Extra Hot, disapukan dengan adunan unik Kelapa dan PERi-PERi, atas nasi Mediterranean dengan sos khas Cataplana, sayur-sayuran yang  dipanggang serta hiasan limau dan ketumbar. Bagi benar-benar memuaskan selera anda, Coco-Cataplana harus dipadankan dengan Citrus Iced Tea sebagai penghilang dahaga. Untuk ledakan rasa, tambah hidangan sampingan kegemaran anda dan nikmati Coco-Cataplana secara solo atau berkongsi dengan dua orang.


Dijual pada harga RM29.90, hidangan menyelerakan ini menggabungkan keunggulan intipati Afrika Selatan, Portugis dan Malaysia dalam satu adunan yang lazat. Ditawarkan untuk dimakan di semua restoran Nando di seluruh negara, Coco-Cataplana akan mula disenaraikan di dalam menu bermula dari 8hb Januari seterusnya.

Satu perisa yang harus dicuba oleh semua penggemar Nando’s, Coco-Cataplana tidak akan mengecewakan anda.

Untuk maklumat lanjut, sila log masuk ke www.nandos.my

Latar belakang Nando’s
Kisah Nando’s bermula di sebuah subbandar Johannesburg kecil di Afrika Selatan pada tahun 1987, berlandaskan minat yang mendalam terhadap ayam panggang api PERi- PERi yang diinspirasikan oleh budaya Portugis. Pada tahun 1998, Nando’s membuka restoran pertama di Kuala Lumpur dan kini ia masih memenuhi keperluan warga Malaysia sehingga hari ini. Hari ini, terdapat 73 buah restoran Nando’s di beberapa buah negeri yang dikenali kerana reputasi ayam panggang api PERi-PERi yang lazat. Di Nando’s, kami menyelubungi para pelanggan dengan kemesraan, hospitaliti dan keceriaan di samping menawarkan mereka satu hidangan ringkas untuk seisi keluarga yang tidak dapat dilupakan.
Dihidangkan pada 4 tahap kepedasan tersendiri mereka – Lemon & Herba, Mangga & Limau, Sederhana, Pedas & Ekstra Pedas – sama ada bertulang atau tanpa tulang, dalam balutan, burger atau pitta dan dihidangkan bersama makanan sampingan lazat merangkumi hidangan sampingan, salad, pembuka selera dan berkongsi sajian,  Nando’s menawarkan kepelbagaian serta resipi yang menyelerakan bagi memenuhi semua selera dan citarasa. Anda pastinya akan terpegun!
Sama ada anda menginginkan sajian ringan, keramaian untuk keluarga atau rakan,  anda akan dapati bahawa bukan hanya deria rasa anda sahaja yang akan teruja. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web kami: www.nandos.com.my
Dikeluarkan oleh Nando’s Chickenland Malaysia Sdn Bhd melalui Continuum PR Sdn Bhd. Untuk pertanyaan media, sila hubungi Jeremy (jeremy.fong@continuumpr.com / 0126391779) atau Michelle Bridget (michelle.bridget@continuumpr.com / 012 6977356)

2 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Pernah makan sekali atau 2 kali ja di Nando's. Tidak berapa kena dengan selera. Lagi prefer Kenny Rogers kalau mau mkn ayam selain KFC.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post