Assalamualaikum
Korang biasa kalau makan tengahari, menu apa yang jadi pilihan korang? Kalau tanya Kmia, tengahari memang akan pilih menu yang heavy sikit. Heavy maksudnya mesti ada nasi dan lauk pauk segala. Dan pilihan restoran Kmia mestilah ada lauk pauk dan menu yang pelbagai. Tak payah nak tercari-cari tempat makan lain bila semuanya ada di tempat tu kan.
Dan orang bilang pucuk dicita ulam mendatang .. cewah berperibahasa pula 😅 kelmarin Kmia dijemput makan tengahari oleh satu cafe ni bersama-sama dengan beberapa Sabahan Blogger yang lain.
Cak ! Nampak tak ... korang nampak tak ??apa yang ada depan Kmia tu. Pergghh menu yang ada di cafe ni, memang power gilalah. Hehe. Serius .. bukan sebab dijemput makan tapi memang serius menu yang ada di cafe ni terutamanya yang ada depan Kmia tu semua memang sedap giler.
Apa nama cafe? Lokasi di mana?
IMYATI CAFE .. rasanya sempena nama owner cafe ni, Puan Yati. Lokasi ... di Food Court Sadong Kota Kinabalu, berhadapan dengan Affin Bank.
Kmia dengan owner cafe yang sangat mesra alam gitu. Thanks sebab sudi jemput kitaorang merasai sendiri segala menu yang ada ditawarkan di cafe ni. Jangan tak tahu, semua menu yang ada di cafe ni adalah hasil air tangan ownernya sendiri, Puan Yati.
Menu Popular?
Berbalik kepada makanan-makanan yang ada di hadapan Kmia tu .. menurut Puan Yati menu yang paling popular dan menjadi pilihan pelanggan adalah menu Nasi Ikan Baulu Tanpa Tulang.
Nasi Ikan Baulu Tanpa Tulang
Ikan Baulu? Kmia sejujurnya pertama kali makan ikan jenis ni. Rupa sebenar ikan korang google sendiri hehe. Kmia pun dah google dan oooo gitu rupanya ikan baulu tu. Pertama kali mencuba makan ... ok sedap! Nak nak lagi dicicah dengan sambal belacan power dari Imyati Cafe ni.
Selain dari menu ni .. terdapat beberapa juga menu yang laris dan sentiasa menjadi pilihan pelanggan.
Nasi Berempah Ikan Keli
Nasi Berempah Padang
Nasi Berempah Udang Galah
Tom Yam Udang Galah
Menu pilihan Kmia? Nasi Berempah Padang dan Tom Yam Udang Galah. Ayam berempahnya memang sedap, cukup segala ramuan rempah orang bilang. Dan Tom Yam tu, perrgghhh terasa korang seperti di Thailand. Kuah dia memang kaw kaw gitu.
Selain daripada menu di atas ni, korang juga boleh memilih untuk makan nasi campur dengan pelbagai pilihan lauk pauk yang enak. Tak makan nasi campur, jangan risau terdapat banyak pilihan menu lain yang boleh korang pilih.
Dan untuk mereka yang mau kupi-kupi ja sambil makan pisang goreng, di cafe ni juga ada menjual kuih-kuih goreng yang enak.
Buka hingga jam berapa?
Yang tidak sempat singgah untuk makan tengahari di cafe ni, korang jangan risau. Cafe ni dibuka seawal jam 6.00 pagi sehingga jam 9.00 malam. Dan kadang-kadang sehingga jam 11.00 malam jika terlalu ramai pelanggan. Beroperasi dari hari isnin hingga jumaat.
Ok lah .. orang bilang tidak berguna kalau Kmia cerita berabis tapi kamurang tidak mau pegi rasa sendiri. Ni sekali lagi Kmia bagi lokasi cafe ni
IMYATI Cafe
Lot 3, D'Riverside Food Court Sadong Jaya, Kota Kinabalu, Sabah
(Berdepan dengan Affin Bank Sadong)
Perkhidmatan catering dan tempahan juga ada ditawarkan di cafe ni. Korang boleh contact ownernya di 016 8894378 atau 016 8222917
Ok lah .. Kmia nak sambung pilih ni apa yang nak dimakan dulu ni 😅
Bah, next kupi2 sini la mia. Hehe
ReplyDeleteSedappppp nyer kak Mia!
ReplyDeleteSemua nampak sedap.. Rambang mata mau makan...
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!