Pasar Malam Pekan Tuaran

Assalamualaikum

Hi korang!

Kmia punya favorite dari zaman budak lagi ialah jjcm di pasar malam. Banyak benda bah korang boleh dapat di pasar malam ni. Yang paling menarik perhatian adalah makanan yang dijual. Pelbagai jenis kuih muih, lauk pauk, kudapan dan makanan ringan korang boleh dapat di pasar malam. 

Kmia suka ke pasar malam di Kota Marudu, kampung Kmia ler .. walaupun tak banyak pilihan tapi makanan yang dijual tetap memenuhi citarasa Kmia. Sebab tu lah kalau Kmia balik ke kampung, petang-petang memang Kmia berkeliaran *berkeliaran gitu hehe di pasar malam melilau mencari makan.
Satu lagi tempat yang Kmia suka pergi ialah di Kota Belud. Pilihan makanan di pasar malam Kota Belud ni lebih banyak berbanding Kota Marudu. 
Dan jika korang berkesempatan singgah di pasar malam Kota Belud, jangan lupa beli dan rasa murtabak jawanya. Dah banyak tempat Kmia makan murtabak jawa, ada yang kurang isi, ada yang keras dan ada yang lembik. Tapi murtabak jawa yang ada dijual di pasar malam Kota Belud ni memang terbaik gitu. Besar, lebar, isi banyak dan sedap. Tak rugi beli.

Di area KK ni ada jugalah pasar malamnya. Di Inanam, Sembulan, Pasar Philipine .. tapi jarang-jarang Kmia pergi. Entahlah Kmia tak berapa berkenan dengan makanan-makanan yang dijual. Lebih kepada kebandaran, tidak kekampungan gitu. Korang paham ke maksud Kmia ni .. hehe
Yang mana faham, faham lah ye. Nasib baik ada pasar malam di Pekan Tuaran tu, walaupun ambil masa lebih kurang setengah jam untuk ke sana, kitaorang memang sanggup ke sana tapi hujung-hujung minggu lah. Merasa juga pasar malam ala ala di kampung. 

Yang best pasar malam Pekan Tuaran ni, makanan dan sayur-sayuran masih murah gitu. Boleh rambang mata kalau berjalan-jalan di pasar malam Pekan Tuaran ni. 

Shumi dan Damia berlenggang kangkung meninjau-ninjau apa yang hendak dibeli.


Gerai kuih muih dan lauk pauk.


Beraneka lauk pauk.


Gerai kerepek. Murah ko, seringgit sebungkus.


Nasi Lemak RM1. Kecik comel dan sedap. Kalau saiz anak-anak cukup sebungkus tapi kalau yang mak bapa paling-paling pun dua ke tiga bungkus 😅.


Ni Kmia suka beli. Home made bun. Comel-comel bun dia, 4 biji seringgit. Sedap dan lembut. Kmia suka beli yang inti kelapa.


Karipap seperti biasa wajib ada dijual di pasar malam.


Kuih Terang Bulan orang Sabah bilang.


Beraneka kek.


Dan ini .. Murtabak Jawa. Tak sah pasar malam di Sabah kalau tiada yang ni.

Ok lah .. Kmia mau cari pasar malam yang lain pula 😉




7 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. yay ! seingat saya 1st time ke Pekan Tuaran few years back, seingat saya selepas tu nda pernah sudah pigi sana.

    ReplyDelete
  2. wah....rambang mata jadinya...jom jalan-jalan nanti pi pasar malam..

    ReplyDelete
  3. Memng menarik tp itulah kalo mo dilayan semua kompom kempis dompet.

    ReplyDelete
  4. GV baru tahu kat Sabah ada murtabak Jawa. Gv tak pernah makan lagi. Kuih terang bulan itu apam balik ke kak atau lain? huhu.

    ReplyDelete
  5. banyak makanan di pasar raya
    harus bawa uang kalau ke sana

    ReplyDelete
  6. Seronok gi Pasar Malam sebab boleh jumpa macam macam makanan... kadang kadang sampai membazir, apa taknya beli mengikut nafsu. Macam tak pernah jumpalah Mertabak Jawa kat Semenanjung ni...Kulit dia keras ye Mia

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post