Skip to main content

Birthday surprise for Damia!

Assalamualaikum

Hi korang!
Throwback story lagi | yalah bah sudah tema blog pun memories of mine, sweet moment captured in a box of lense memory haruslah banyak kisah-kisah throwback gitu.
Tapi yang ini tak berapa nak throwbacklah. Baru ja berlaku bulan lepas. Hari ulang tahun satu-satunya gegirl Kmia di rumah tu  .. 23 Okt hari tu.

Budak-budak zaman sekarang ko masing-masing dah pandai ingat tarikh lahir masing-masing. Pastu sibuk ingatkan Umi dan Babanya ni nak celebrate birthday macam mana. Siap plan lagi tu cam si Damia ni. "Umi nanti birthday, Damia mo kek yang ada gambar princess, pastu mo buat harijadi di sekolah. Nanti kasi sedia jajan untuk kawan-kawan Damia". 
"Issh nda payahlah bah tu semua Damia. Kita makan-makan ja di rumah. Nanti Umi beli kek kecik untuk ko"
Ko rasa .. Kmia sanggup kah hampakan harapan si Damia? Kmia memang dah plan buat tu semua tahun ni sebab Damia last dah di tadika sebelum masuk darjah 1 tahun depan. Jadi memang dah rancang semua tapi senyap-senyap sebab nak surprisekan Damia. 
Kmia buat-buat acuh tak acuh jak bila Damia balik-balik ingatkan beli kek. Padahal dah awal-awal tempah 😉

So pada hari kejadian tu, 23hb Okt Kmia hantar Damia cam biasa pagi tu ke tadika tapi dah pesan kat cikgunya yang kami akan datang dalam jam 10 pagi. Kmia dan hubby memang ambik cuti semata-mata nak celebrate birthday Damia. 
Jam 10 pagi kami datang bawa kek dan sekotak jajan untuk Damia dan kawan-kawan sekelasnya. Damia Kmia tengok tak berapa surprise, macam dah sedia-sedia menunggu kedatangan kami. Ni mesti abang-abangnya yang bocorkan rahsia sebab Shumi ada terbaca message hubby informed kat cikgu Damia tentang birthday Damia.
Kmia dan hubby tak ambil masa lama sebab dorang Damia kena sambung belajar lagi. Jam 10 tu adalah masa rehat dorang.

Foto harus diambil untuk kenang-kenangan gitu.

The birthday girl .. tak sedar dah 6 tahun umur Damia

Korang tengok bila gegirl dapat kek yang ada gambar princess. Excited sangat 😒

Kmia minta gambar Barbie ... tak cam rupa Barbie pun. Tapi tak apalah janji Damia suka 😉.

Entah apalah kawan Damia tu bisik-bisik masa Damia potong kek tu. Sifat azali wanita, dari kecik dah suka gossip 😅.

Senyuman paling manis lah kononnya.

Time ni je lah Kmia dan baba bagi kelonggaran untuk makan jajan ye Damia.

Moga anak-anak Umi sihat dan bahagia selalu, dipanjangkan umur, murah rezeki, berjaya dunia dan akhirat. Aamiin ...


Comments

  1. eh shumi bucur rahsia..ndak mau kawan shumi gini....
    happy belated bday Damia.
    Semoga jadi anak yang solehah ya.

    ReplyDelete
  2. comelnya kek nya tu bah.... tp klu dulu kak aku ms kecik2 tahun2 bah buat majlis besar2an sambut birthday.. cam retis gtu dpt byk hadiah waakaka

    ReplyDelete
  3. Happy birthday damia...

    Comey kek dia.. Msti seronok celebrate dgn kwn²

    ReplyDelete
  4. yeah, happy belated birthday Damia.
    bila dpt gembirakan hati anak, kita pun happy sama.
    cute senyuman Damia, gambar first tu.

    ReplyDelete
  5. Happy Bezday Damia...moga jadi anak solehah dan kebanggaan umi babah. Yelah kan teringat okje zaman anak kecik sekolah tadika dulu dulu, asal bezday je mesti sambut kat sekolah dengan kengkawan.

    Asalkan anak seronok kita pun rasa seronok jugak ye Mia.
    Hihi... bab gossip tu mmg tak mengira usia rupanya ye asal pompuan, mmg kaki gossiplah kekdahnya haha

    ReplyDelete
  6. wahhh seronok nyer suprise!

    Happy bestday Damia!

    ReplyDelete
  7. Happy belated birthday, Damia. Rupa-rupanya si Damia ni sebaya anak saya, Adik Cute rupa-rupanya. Jomlah kecohkan sekolah tahun depan ya ~_^

    Semoga Damia berterusan menjadi anak yang mendengar kata, taat pada ibubapa dan berjaya dalam hidup seperti yang diharapkan ibubapa ya!

    ReplyDelete
  8. Happy belated birthday Damia! Semoga menjadi anak yang cergas, cerdas & solehah.

    ReplyDelete
  9. happy befday damia..dah nak masuk tahun 1 dah tahun depan..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang