Assalamualaikum
Halo .. ni kali ke ? 😕 buat reunion dengan kawan-kawan secourse mate masa zaman belajar dulu ... emm kali ke berapa lupa sudah 😅 sejak di penghujung 30-an ni, penyakit lupa dah menjadi-jadi.
Nak plan jumpa ni punyalah payah .. asyik tergendala ja. Paham-paham je lah masing-masing ada komitmen. Dengan kerja lagi, anak-anak lagi. Bila dah jadi mak-mak ni, aktiviti sosial tu sangat terbatas sikit.
Bukan sebab hubby tak bagi tapi bila keluar sorang2 jumpa kawan2 pastu makan-makan, tetiba ingat kat anak kat rumah .. aku makan-makan kat sini, kesian pula anak-anak kat rumah .. 😢
Korang pun pernah juga camni kan padahal anak-anak ok ok je pun dengan baba dorang.
Plan punya plan, maka 2hb Jan tu kitaorang pun berjumpalah di restoran Kfc ja. Actually nak cari tempat santai sikit tapi memandangkan permintaan kawan aku yang sorang tu, request tempat makan yang ada playland sebab dia angkut kesemua anaknya maka Kfc ni kami rasakan sesuai. 😆
Kitaorang jumpa-jumpa, cerita-cerita sambil meratah ayam kentaki. Dan tiap kali buat reunion kecil-kecilan camni kitaorang tak lupa tukar-tukar hadiah 😁
Gambar-gambar sekitar reunion kecil-kecilan ni semua kredit kat kawan aku si Nancy. Aku langsung tak ambil gambar sebab camera hp rosak .. benci .. nak minta tukar baru lah tu 😅
Harap-harap tahun ni kitaorang dapat berkumpul camni lagi .. dan semua coursemate dapat join. 😊
bestkan dapat jumpe kawan lame.. :)
ReplyDeleteJadi ok juga kah itu scrub..hehe..tpi sa sgt suka hadiah si stella..trus hbis d perguna kn oleh seluruh anggota keluarga ku..haha
ReplyDeleteMesti happening jumpa kawan lama kann
ReplyDeleteHihi....KFC pun bolehlah. Yg penting anak anak dapat main sementara menunggu mak mak sembang. Dah tentulah sembang mak mak kalau dibiarkan boleh bawak ke mlm tu hihi...
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!