Skip to main content

Spontaneous moment!

Assalamualaikum


Bila tinggal serumah dengan orang yang fanatik dengan kamera ni, kenalah pasrah ja jadi model tak terlatih. 
Jika ada moment yang menarik dan spontan, pasti hubby tidak akan lepaskan peluang snap-snap. 
Gambar ni semasa aku dating dengan anak-anak di tepian pantai. Ko mampu jalan-jalan di pantai bawa handbag .. hehe cam nak pegi bershopping lah pula. 

Gambar spontaneous camni memang hubby gemar snap. Katanya gambar jujur, kita tak berperlu bergaya atau senyum yang kadang-kadang seperti terpaksa di depan kamera. Bila ko tengok gambar ni 10 tahun yang akan datang, mesti terasanya sentimental valuenya. Harap-harap masa tu masih wujud lagi blog ni, dapat jugalah anak-anak melihat hasil karya babanya.


Note : aku juga suka dengan kamera, tapi lebih kepada close up picture. Kalau ada foto close up yang aku kongsikan di blog ini, korang taulah siapa yang tukang snapnya 😊



Comments

  1. Cikgu pandai bermain kamera. Mia beruntung dpt menikmati gambar-gambar cantik hasil bidikan suami sendiri. Kakak suka tengok.

    ReplyDelete
  2. Betul2...mmg akan rasa ada kenangan sangat kan..ok la tu jln pi pantai bawak handbag..kelassssss

    ReplyDelete
  3. Sue suka gambar spontan. Kita lebih jujur. Untung hubby tlg ambilkan gambar.

    ReplyDelete
  4. setuju...kalau nak tunggu moment yang sebetulnya....boleh tapi mungkin susah....


    menarik...candid atau spontan lebih nampak hidup

    ReplyDelete
  5. cantik gambarnya, memang jujur. nampak the love of a family. dulu suami eray pun rajin juga, tapi masuk anak ke dua..langsung dia jualkan je cameranya tu. katanya tak cukup tangan.

    ReplyDelete
  6. Cantik.....
    Hubby mesti seni orangnya kan Mia....

    ReplyDelete
  7. Cantik.....
    Hubby mesti seni orangnya kan Mia....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang