Skip to main content

Info Bantal Busuk

Assalamualaikum

Salam Ramadan yang ke-10

Terjumpa info menarik ni di FB semalam .. bila baca semua info cam semua pun mengena dengan anak dara kenit aku yang sorang tu Damia. Bantal busuk dan dirinya tidak dapat dipisahkan gitu. :P


Sumber : Facebook


Damia siang malam asyik berkepit ja dengan bantal kesayangannya tu. Ke hulu ke hilir itu ja bantal tu dibawanya. Pantang ada orang kacau atau ambil bantalnya mesti mengamuk abis dia. Kemana-mana kitaorang pegi yang mana kena bermalam ditempat tu, wajib bawa bantalnya. Kalau tak memang macam kucing kehilangan anaklah si Damia. Tak dapat tidur. 

Nasib baik dia tak bawa ke sekolah. Hari tu dia dah siap kepit bantal nak ke sekolah, nak dibawanya lah tu .. aku bagitahu cikgu marah Damia nanti, nanti kawan-kawan ambil bantal Damia tu, mesti Damia sedih kan ... 
Ok si Damia akur tapi bab nak berpisah dengan bantalnya tu aku tak boleh tahan tengok .. macam lah tak balik rumah nanti, siap digomolnya bantal tu, say bye bye lagi .. nanti Damia balik rumah k sambil letak pelan-pelan bantal atas sofa. Ngengada betul :P



*Nah budak sedang baik punya menghidu haruman bantalnya. Ni gambar tahun lepas, dah nampak kehitaman bantal tu. Sekarang lagilah. Kalau aku upkan gambar bantal busuk Damia yang paling terbaru, takut pula korang termuntah hijau menengoknya hehe*




Note : Kadang-kadang Uminya ni tumpang cium bantal busuk Damia juga, yelah busuk-busuk bau Damia melekat kat bantal tu dah.. hehe



Comments

  1. Bau bantal busuk ni, hanya empunya yang rasa sedap jak baunya.. hehe.. nasib bantal kecik.. kalo bantal peluk jd bantal busuk.. besar juga mo bwa.. hehe

    ReplyDelete
  2. Haha comel Damia, betul tu kalau bantal tu sejak baby, mama pun tumpang bau sebab rindu bawa bau Damia masa baby tu.. :)

    ReplyDelete
  3. hahaha terus teringat anak buah

    ReplyDelete
  4. Sayang nya Damia dengan bantal busuknya sampai nak bawa ke sekolah ya...
    Biasa yang akak tengok budak yg ada bantal busuk ni ,kalau tertinggal jika pergi memana,haru jadinya...

    ReplyDelete
  5. saya adik beradik mmg tak diajar ada bantal busuk walaupun saya memang teringin. huhuh

    ReplyDelete
  6. Akk tak de bantal busuk. Anak anak pun takde bantal busuk. Rembat je mana mana bantal yang ada.

    ReplyDelete
  7. Hihi... itulah penangan bantal busuk bukan calang-calang mahu tak tidur dibuatnya kalau tak ada..

    ReplyDelete
  8. mak saya dulu selamba je bakar bantal busuk adik saya..dekat seminggu lah kawan tu 'kehilangan'.

    ReplyDelete
  9. err dania..aunty dan syakirah ade bantal busuk jugak..kekekee

    ReplyDelete
  10. Melekat sampai ke besar ye Mia..... Tapi tak pe sebab dia boleh kontrol, ok lagi tu.
    Anak anak okje tak de pulak yg cenggini. Dulu ada jugak kita yg ngengada suruh dia pegang toy tapi tak melekat pulak.

    Hihi sanggup jugak cium bantal busuk anak ek

    ReplyDelete
  11. Ni kalau ada bantal busuk, siaplah memang sampai besar tak mahu berpisah. Anak saudara lelaki saya ada satu macam ni. Katanya sampai umur 17 tahun nanti dengan rasminya nak buang bantal busuk tu masuk tong sampah tapi sampai la ni ada lagi. Bila dia travel siap pack siap-siap masuk luggage. Memangnya bucu bantal tu tempat mencium 'bau'. Warna jangan cakaplah, memang meroyan kalau tengok!

    ReplyDelete
  12. Pernah basuh tak bantal busuk ni...hehehe...

    ReplyDelete
  13. nampak gaya memang tak boleh berenggang dengan bantal busuk tu.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang