Assalamualaikum
Salam jumaat korang.
Selamat hari guru (belum terlambat lagi kan, baru ja kita raikan 16 Mei yang lalu). Kebanyakkan sekolah pun masih mengadakan Hari Guru di peringkat sekolah masing-masing. Termasuk sekolah di mana hubby aku mengajar, baru semalam mereka meraikannya diperingkat sekolah.
Semalam balik rumah, ternampak sijil ni atas meja. Sijil penghargaan, yang biasa guru-guru dapat tu. Tapi yang ni aku tengok sedikit lain dari kebiasaan. Selalu guru-guru akan mendapat penghargaan sebagai guru paling cemerlanglah, guru paling aktiflah, guru contohlah ...
Yang ni hubby aku dapat GURU PALING SABAR.
Sabar ?? emmm aku akui memang hubby sabar, tetapi kalau dikatakan paling sabar tu tak jugalah ... manusia biasa kan, mesti adakalanya 'meletup' juga.
Rasanya hubby terpaksa tingkatkan tahap kesabarannya semasa mengajar murid-muridnya di sekolah. Hubby bukan mengajar murid-murid biasa .... Hubby seorang GURU PENDIDIKAN KHAS.
Guru yang mengajar anak-anak istimewa. Anak-anak yang disahkan sebagai Sindrom Down, Autism, Disleksia, Slow learner, hyperactive ... murid-murid ini yang akan hubby didik setiap hari di sekolah.
Ibu Bapa yang mempunyai anak istimewa ni tentu faham kepayahan dalam mendidik anak-anak seperti mereka ni. Satu yang wajib pada orang yang mengajar adalah SABAR.
Hubby dah hampir 8 tahun berhadapan dengan murid-murid istimewa ni.
Tak pernah pula hubby mengadu penat dengan karenah mereka.
Apa yang hubby ceritakan cuma cerita-cerita lucu dan kenangan manis semasa mengajar murid-murid istimewa ni. Kadang-kadang aku tertawa juga mendengarnya tapi pada masa yang sama aku memang tabik dengan hubby, sangat sabar dengan murid-murid ini, Kalau aku ditempat hubby, agaknya tidak akan mempunyai tahap kesabaran seperti itu,
Rasanya itu sebabnya aku tidak ditakdirkan menjadi seorang guru walaupun pernah beberapa kali memohon jawatan ini (sampai tahap interview je hehe)
Apa-apapun aku bangga dengan hubby (siapa tak bangga dengan suami sendiri kan) ... dari isterimu SELAMAT HARI GURU hubby (^__^)
Memang layak sangatlah tu Mia hubby dapat GUru Paling Sabar, bukan mudah nak mengajar budak budak istimewa ni. Anak kita sendiri pun belum tentu kita boleh sabar kan...
ReplyDeleteMesti hubby bawak lori angkut hadiah balik ye Mia hihi
Tahniah untuk hubby Mia ya. Mengajar anak² biasa pun mencabar inikan pula anak² istimewa seperti yang diajar hubby Mia kan. Memang mencabar mengajar kanak² istimewa anugerah Allah ni.Besar pahala tu. Tahniah sekali lagi ya dari saya :)
ReplyDeleteTahniah utk hubby Mia...memang betul2 penyabar lah tu klu dapat anugerah tu..alhamdulillah... ada jgk kawan disini ajar Pendidikan Khas memang cabarannya lebih.. kena sabar lebih...
ReplyDeleteUina si Dzul..sabar o..Bah tahniah bilang sama si Dzul ah Mia..teruskan kesabaran itu.
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!