Kupi-Kupi di Kedai Kak Kiah

Assalamualaikum


Sekali sekala dapat minum kopi di petang hari atau bila-bila masa teringin nak minum kopi, best juga kan. Kalau kamu di KK ni, biasa sebut kupi-kupi ... bah mari kita pigi kupi-kupi! selalu ginilah cara kami mengajak raka-rakan mengopi di petang hari (^_^)

Tempat lepak pula selalunya yang menjadi pilihan adalah restoran India. Sini KK tidak disebut kedai mamak sebab rata-rata yang mengusahakannya adalah dari golongan India Muslim yang berhijrah dari semenanjung atau negara asal mereka, India.
Minuman yang mejadi pilihan kalau di restoran india ni adalah tak lain tak bukan teh tarik! teh tarik dorang memang kawwww abis! Tidak tahu berapa gantang teh dorang bubuh dalam minuman tu sampai teh dia pekat ligat sekali ... hehe

Kalau kopi pula, kat restoran india ni agak kurang sikit. Kalau nak kopi kaww kena pegi di kedai-kedai kopitiam. Rata-rata pengusaha kedai kopi kopitiam di KK ni adalah dari kaum Cina .. kopi yang paling pemes di KK ni adalah Kopi Tenom. Kopi buatan tempatan ni memang terbaik gitu. Yang akan berkunjung di KK ni nanti jangan lupa cuba try test kopi tenom ni k!

Selalunya tempat pilihan untuk kupi-kupi ni adalah dari segi keselesaan tempat itu kita melepak sambil berbual dengan kawan-kawan. Berbual pula bukan yang ala-ala korporat tu, yang itu korang kena pegi Setarbak lah .. ni orang kata berborak-borak kosong. Cerita pasal hal-hal semasa. So kenalah ada tempat yang sesuai dan santai kan.

Yang nak minum kopi ala ala western stail pula, seperti yang aku kata tadi bole ja pegi ke setarbak ke, atau kopi bean kah .. lepas tu korang boleh lah menghirup kopi sorang-sorang sambil layan viral di Facebook. Jangan lupa upload sekali cup setarbak tu ye *mata ke atas*

Nak minum kopi ala-ala western tapi mahal!
Ni aku kongsi ada satu kedai kopi ala-ala setarbak dan kopi bean tu tapi harga dia berpatutan.
Kak Kiah Coffee House!






*Rasanya owner dia memang peminat kaler pink. Masuk kat kedai ni semua pink ko. Dekorasi kedai ni memang menarik dan teratur tapi agak sempit sedikit .. so tempat duduk adalah agak terhad*



*Pelbagai jenis kek dan juga manisan yang ada dijual di coffee house ni. Bolehlah dijadikan kudapan sambil berkupi-kupi dengan kawan*


Aku hari tu sempatlah lepak sekejap dengan hubby sambil menunggu Damia dan Shumi balik dari sekolah. Oh ya lokasi ni sebenarnya dekat dengan kawasan sekolah anak-anak aku. Di Plaza Kingfisher, Jalan Kuala Menggatal, Kota Kinabalu. Dekat area Hospital Ibu dan Anak Likas tu.






*Minuman dan kudapan yang aku order hari tu. Tak ingat apa nama suda. Kopi dia bolehlah, pekat likat gitu .. tapi Churros kat kedai ni memang terbaik! sedap .. rapuh dan crunchy sikit di luar tapi rasa lemak-lemak lembut di dalam. Nak-nak lagi bila dicicah dengan sos karamel tu ... perrgghh! siap aku tapau lagi untuk anak-anak*


Nak tau kopi dia umppph kah tidak korang pegi ja kupi-kupi di kedai kak kiah ni. Ok TaTa!



10 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. kopi tenom memang sedap!setiap kali ke Sabah mesti beli bawak balik..

    ReplyDelete
  2. ok nak kene note ni! rase nyer hujung tahun ni nak ke kk lagi!

    ReplyDelete
  3. assalam Mia..apa khbr..maaf lama nda ke sini...
    sy suka yg kupi tu..nampa sedap..
    kalo bawa ank2 kesini bgs..byk pilihan kudapnnya..

    ReplyDelete
  4. berkupi-kupi ye..ingatkan apa lah kupi tu
    akak memang suka minum kopi.
    nampak sedap kopi kat atas tu..

    ReplyDelete
  5. Kupi kupi gitu mmg faveret Pak Jilap....okje lagi suka buat sendiri. Tak suka yg pekat likat mau pening kepala mak haha...

    Tak pernah try churros tu Mia. Sedap ek? Tapi sekarang ni mmg byk dah kan cafe cafe mcm hipster gitu...

    ReplyDelete
  6. Salam..klu di Kak kiah, sy pling suka kek red velvet dia. Dlm jar 2 yg sdap.. Hehe

    ReplyDelete
  7. Wahhhhh udah kupi kupi lupa buat entri ek hihi...

    ReplyDelete
  8. peberet bah ber kupi-kupi ni Mia... hehe..sllu lepak dgn BFF sambil berkupi2.. hehe..
    kopi tenom memang sedap...

    ReplyDelete
  9. Kupi kupi sambil makan sayap di kolombong berdekatan masjid bandaraya....kepak ayam n sos dia memang takdapat sy lupakan...tq

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post