Beringgis Beach Resort Papar 2015

♡Assalamualaikum♡

2hb Dis 2015 | kitaorang sefamili check-in di Beringgis Beach Resort Papar. 
Actually dah berapa kali stay resort ni. Oklah kalau nak lari sekejap dari kesibukkan kota .. -ceh ayat-
Tempat ni kalau dari KK ambik masa dalam setengah jam kalau jalan clear tapi memandangkan hampir setiap hari jammed, so ambil masa lebih sejam untuk sampai ke sana. 

☆Aku booked Dinawan Room. Bilik yang agak besar dan ada tab mandi. Harga biasa dalam RM350 tapi hari tu ada promosi cuti sekolah, RM299 termasuk breakfast dan snack. Ada juga bilik superior yang murah sedikit tapi sengaja pilih yang ada tab mandi. Ye lah incase kalau hujan dan tak dapat mandi kolam bolehlah anak2 berkubang di tab mandi tu .. hehe☆

☆lepas check in jak, rehat2 kejap, anak2 dah bawa mandi kolam. Memang itu yang dorang inginkan bila aku cakap nak stay di Beringgis Resort. Kata dorang kolam dia best ada gelongsor2. Emm kolam kat resort ni oklah. Kecik je pun, cuma gelongsor tu saja yang menarik perhatian dorang. Gelongsor biasa je pun. Kalau misalnya ada tempat cam Sunway Lagoon di KK ni, mungkin sawan agaknya anak2 aku melihat .. hehe☆

☆Bagi sejam untuk dorang berkubang di kolam. Umi biasalah jadi pemantau. Aku rasa cam aku je seorang mak di sana .. yang lain just biarkan anak2 sendiri mandi manda di kolam tu. Ada yang sekecik Damia tapi maknya aku tak nampak pun. Emm dia konpiden kot anaknya memang terrer berenang. Aku memang fobia sikit. Tak berani tinggalkan Damia sorang2 di kolam tu☆

☆Tiada yang lebih menggembirakan ibu bapa selain dapat melihat kebahagian dan keriangan anak-anak. Dorang hepi, Umi dan Baba pun tumpang hepi☆

Kitaorang check out esoknya jam 12 tengahari. Sebelum balik rumah singgah kat 1Borneo dulu, bawa anak2 ke FunSquare. Kat tempat game2 tu. 
Selepas tu pegi makan dan balik ke rumah sebab esoknya kitaorang nak ke Pulau Labuan ..... 


6 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. wahhh best nyer!! err tak sabar nak tunggu entry labuan..hehehe..saya tak berbuat lagi!!

    ReplyDelete
  2. Seronoknya anak2...Dania sibuk dengan tusyen..ajak bercuti pun dia tak nak..tahun depan nak UPSR....

    ReplyDelete
  3. Bestnya.. ada slide tu lah yg anak2 suka kan Mia..
    Akak tak tahu nak bawa gi mana cuti sekolah ni mia...
    nak tunggu si bungsu elok khatan nya baru gi jalan2..

    ReplyDelete
  4. Betullah Mia melihat anak-anak gembira kita yg puas hati
    Tengoklah mereka bertiga tu senyum bukan main lagi:)

    ReplyDelete
  5. Tulah ......okje dah nampak dah gambo gambo diaorang ni kat FB....betul sangatlah tu, janji diaorang happy, kita pun happy jugakkan Mia...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post