Mesilau ... selepas kejadian itu

Assalamualaikum

5 Julai ni genap sebulan kejadian gempa bumi yang melanda Sabah khususnya di Kundasang dan Ranau.
Trauma aku memang masih ada tetapi kaki dah terasa gatal nak jejak ke Kundasang lagi. Nak juga tengok keadaannya selepas kejadian yang tidak diduga tu.
Gempa bumi yang berlaku menyebabkan kejadian banjir lumpur di sekitar Mesilau dan Kampung Kiau Kota Belud.
Kesan banjir lumpur memang sangat ketara sekali. Selain kerosakan ke atas harta benda, bentuk muka buminya juga turut berubah.

Mesilau adalah salah satu tempat menarik yang korang wajib kunjungi jika berada di Kundasang. Udara nyaman, dikelilingi oleh hutan tebal yang terletak di kaki Gunung Kinabalu.
Hubby memang suka ke sini sebab banyak tempat best dan cantik untuk disnap.


Tahun 2013 rasanya kami ambil gambar ni. Dekat sahaja dengan Mesilau Resort yang terletak di kaki Gunung Kinabalu.
Kalau korang ke sini, confirm akan terpegun dengan keadaan hutannya dan juga suasananya. Seakan berada di Lost World. Tiada bunyi manusia dan benda ciptaan manusia ... hanya bunyi unggas hutan yang sayup2 kedengaran.

Tetapi semuanya berubah dalam sekelip mata sahaja. Semuanya musnah akibat banjir lumpur dan juga batu2 besar yang jatuh dari Gunung Kinabalu.
Ni gambar yang aku dapat daripada Facebook. Mohon pinjam ye pemilik gambar. Nak letak sini untuk buat perbandingan.

Sumber : Facebook

Jelas sangat bezanya. Sekelip mata nikmat pemandangan ditarik. 😔
Sekarang ni pihak berwajib rasanya sedang berusaha untuk memulihkan kembali keadaan. Harapnya para pengunjung tidak takut untuk kembali ke Sabah khususnya di Kundasang ni.


6 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. allahuakbar mmg nyata berbezanya gambar dulu dan sekarang.
    Semoga dapat dibaik pulih.

    ReplyDelete
  2. Alahai simpatinya Okje tengok Mia.....mmg banyak perubahannya tu. Siapa sangka gempa bumi yg kuat berlaku kat Sabah kan.....Alhamdulilah moga sedikit musibah yg Allah turunkan, akan digantikan dengan rezeki yg lain

    ReplyDelete
  3. Hi Mia, my bahasa is out of tune, but still enjoyed reading your this very nice posting. And yes, its good to have memories for that one day when we grow too old to dream.
    Nice pics.....
    You have a nice day and simpan satu lagu dalam hati.
    Lee.

    ReplyDelete
  4. beza sgt... sekejap je dah jadi mcm ni....semoga Allah permudahkan kehidupan mereka kat sana..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post