Assalamualaikum
Kami sekeluarga sebenarnya jarang masuk ke restoran yang ala ala Fine Dining ni. Al maklumlah harga agak terlebih budget dan restoran terlalu 'rasmi' .. ye lah macam kalau nak masuk sini, baju mesti smart2 kemas2 .. anak-anak mesti sopan santun kelakuannya. Kalau ko pakai simple semacam .. anak2 pun dah aktif sangat macam kanak2 ribena, mulalah aku terasa cam orang pandang semacam jak. Nak makan pun tak selesa. Sebab tu aku suka masuk restoran biasa2 jak. Makan berbaloi dengan harga tanpa ada mata2 serong memandang. Hehe
Tapi sekali sekala tu teringin juga. So hari tu sempena increment day aku ... gitu increment ... Syukur alhamdulillah, company tempat aku kerja ni tiap-tiap bulan Mac setiap tahun akan naikkan gaji para pekerjanya (Peratusan naik tu ikut prestasi kerja masing2 lah ye).
Maka orang yang ada rezeki lebih sikit ni pun bawalah hubby dan anak2 makan ke Pancake House International di 1 Borneo tu. Makan ala2 fine dining ye.
Restoran ni menu utamanya semestinya pancake ... dah nama pun dah ada sebut pancake. Tapi hari tu kitaorang tak order pancake, hubby nak diet kononnya so order salad, Shamzi dan Damia order spaghetti ... aku dan Shumi pula order special menu from Pancake House ni ... sepinggan besar tau datang, ada spaghetti, taco, salad dan fried chicken. Kira berbaloi lah dengan harganya.
Pertama kali datang sini kira puas hati jugalah sebab sedap. Terutamanya taco saladnya. Kata hubby sepinggan memang mengenyangkan walaupun sekadar salad.
Kira belanja hangus tu malam tu ngam RM100 ada sen2 tak ingat dah. Oklah harga untuk 5 orang makan.
wah..tahniah Mia..naik gaji lagi ya..hehe...nampak sedap2 juga makanannya tu:)
ReplyDeletesekali-sekala takpelah kak mia..tahniah dapat increment ye..moga terus dimurahkan rezeki
ReplyDeleteuhhhh sedap nyerr...terliur la pulak dah!
ReplyDeleteKalau kakak suruh pilih nak yang banyak salad dia tu Mia.
ReplyDeletesesekali tak mengapa..
ReplyDeletebanyak kali, kopak..haha
nanti kalau saya nak ke sana, nak pergi bulan Mac la, boleh mintak org tu belanja...hahaha
aduhai..terliurnya!!! hehehe
ReplyDeleteTahniah mia krn dpt increment.
ReplyDeleteHarganya ok pd sue sbb portion mknn besar dan 5 org mkn. Worth it sbb sedap.
OKje pun tak suka Mia..... prefer lagi pegi restoren yg biasa biasa jer...sebab makan pun ala ala melahap haha....Tahniah ye Mia.... Moga rezeki Mia akan berkat sepanjang hayat
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!