Memori Jambatan Gantung

Assalamualaikum

Selalu dengar memori daun pisang. Memori daun pisang tu aku memang ada, tapi yang aku nak ceritakan ni hanya memori jambatan gantung di masa aku kecil dahulu.

Korang ok ke kalau naik jambatan gantung?
Aku kalau naik sekarang pun masih ada rasa takut-takut lagi tapi taklah setakut masa zaman budak2
dulu. Aku takut bila naik jambatan tu, ianya akan bergoyang. Nak kena jalan perlahan2 tapi kalau masa tu ada orang di belakang kita, goyangannya lebih kuat. Rasa terhayun2 kita kat atas tu.

Tengok di bawah, cam rasa gayat pula. Takut terjatuh ke dalam sungai tu.
Nak-nak lagi kalau sungai tu dalam dan airnya kekuningan akibat banjir. Macam-macam aku bayangkan masa tu. Maklumlah zaman kanak2, imaginasi adalah sangat tinggi.
Terbayang ada naga lah dalam tu, buaya lah, hantu air lah ... hmmm

Walaupun gitu, keterujaan nak naik jambatan gantung tu memang ada. Bukan selalu dapat naik sebab kalau kami ke rumah nenek sahaja yang lalu jambatan ni. Keterujaan tu ibarat budak2 sekarang dapat naik escalator tu. 
Semakin mencabar dan bergoyang semakin seronok ... hehe 
mak relaks jak berjalan di belakang kami, aku dan adik2 terjerit-jerit. Bestnya ingat waktu tu.

Dah lama berlalu ... aku last sekali naik jambatan gantung tu tahun 1992 ke 1993. Zaman sekolah menengah rendah.
Dan baru2 ni ternampak gambar jambatan gantung yang dikongsi oleh sepupu. 



Jambatan dah putus kata sepupu. Nasib baik waktu tu tak ada budak2 sekolah menggunakannya. 
Dah uzur jambatan ni. Rebah juga akhirnya ia setelah lama berkhidmat. 
Tak tahu kalau jambatan ni dah dibaik pulih sebab gambar ni diambil hujung bulan 12 tahun lalu. 

Bila melihat jambatan ni, terimbas semula memori zaman kanak2, zaman sekolah rendah dan rumah nenek. (^___^)




12 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. ngerinya naik jambatan gantung...tp kalau dah biasa ataupun terpaksa naik,hilang la ketakutan tu kan

    ReplyDelete
  2. Kakak tak pernah merasa naik jambatan gantung macam itu Mia
    Rumah kampung kakak tak ada sungai sebab itu tak merasa hingga kini.

    ReplyDelete
  3. wana penah naik jambatan gantung juga mia..memang gayat betul..apalagi kalau kena goyang..mau menangis pun ada rasanya sebab takut jatuh ke bawah..

    ReplyDelete
  4. aku penah naik yang kat sabah tu beb... kat kundasang ke ape... tinggi beb... ujung pokok gitu! seram!!

    ReplyDelete
  5. Gayat. Takut jatuh lg2 kalo di bawah tu air sungai dalam atau hutan tebal. Takut oh.

    ReplyDelete
  6. saya tak berani...sebab memang takut tinggi.last naik masa gi Sabah, tu pun sebab nak menjejakkan kaki kat the ever famous Tamparuli.hehe

    ReplyDelete
  7. saya sangat tak ok naik jambatan gantung.Gayat!

    ReplyDelete
  8. Yelah dah berbelas tahun dah usianya jambatan tu.....kena dek hujan panas, hujan panas ....reputlah jadinya. Sure dah ada jalan lain kan Mia ke rumah nenek tu

    ReplyDelete
  9. Alamak...diana seorg yg gayat...harus gugur jantung naik jambatan gantung ni...walaupun dlm hati terlonjak2 nak naik...hihihi

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post