Malu bertanya sesat jalan - Mia - Memories of Mine

Latest

Thursday, February 5, 2015

Malu bertanya sesat jalan

Assalamualaikum


Sambung lagi cerita dinner di KL tu hari. Al kisah voucher Aeon yang aku dapat tu. Eksaited nak guna voucher tu tapi masalahnya Aeon tak ada dekat2 area Bukit Bintang ni. Yang paling dekat pun ada kat Mid Valley dan tak boleh pegi dengan jalan kaki je. 
Cara mudah pegi sana dengan menaiki teksi atau monorail. Aku YM lah si Farah Bubblynotes tu, tanya berapa caj teksi ke sana ... kurang pasti katanya sebab lama tak naik teksi. :P
Aku sebenarnya tak suka naik teksi di KL ni. Kebanyakkan caj suka hati tak guna meter. Dekat je pun dah caj puluh2 ringgit. Huh!

Fikir punya fikir, aku dengan kawan aku buat keputusan naik monorail. Bukan tak pernah naik monorail tapi sebelum ni hanya ikut kawan di KL ni je, dorang yang belikan tiket, kami cuma ikut je mana dorang pegi. Ni kali terpaksa berdikari tau.

So kitaorang pegilah membeli tiket monorail di stesen Bukit Bintang tu untuk pegi ke KL Sentral. Dari KL Sentral naik train ke Mid Valley. Gitu cara jalan nak ke sana seperti yang rakan sekerja kami di HQ.
Lepas beli tiket, tunggu monorail datang. Sedang menunggu tu, ada sorang mamat bangla tanya kat kawan aku, this way to go to kl sentral? (aku ikut English dia). Kawan aku tu dengan konpidennya jawab Yes.
Tiba je monorail, kitaorang naik. Kawan aku dapat tempat duduk. Aku berdiri je menghadap pintu sambil tengok penunjuk jalan kat atas pintu tu.
Tetiba rasa pelik, ehhh napa pula monorail ni gerak arah bertentangan ... Menuju Titiwangsa pula. Masa tu aku terdengar lagi mamat bangla tu tanya kat orang disebelahnya. Orang tu geleng2 kepala menandakan yang bangla tu salah naik monorail. Ni monorail nak ke Titiwangsa.
Mamat bangla tu sempat jeling kat kawan aku dengan muka masam. Sorilah bro, kitaorang pun salah naik monorail.
Ni lah akibatnya tak tanya2 orang lagi. Main hentam je naik. Kan dah salah arah. Kata orang malu bertanya, sesat jalan. Tapi mamat bangla tu tak malu tanya, sesat juga jalan hahaha!



Terpaksa beli tiket monorail sekali lagi, nasib baik tiket ke KL Sentral RM2.10 je. 
Ni kali kami tak salah monorail dah. Sampai juga kami ke KL Sentral. 
Di KL Sentral pula kira2 nak naik teksi je pegi Mid Valley. Ramainya manusia di sini. Sesak dada aku melihatnya. Tanya uncle teksi tu berapa caj nak ke Mid Valley, RM20, jalan jammed. Wahhh mahalnya. Kitaorang tak jadi. Aku dengar lagi uncle teksi tu panggil kami, ok lah moi, RM15. Hmmm, kitaorang geleng kepala je tak mo. Mahalnya.

Masuk KL Sentral terus pegi beli tiket train ke Mid Valley. RM1 je pun tambang ke sana. Mahal gila teksi tu caj. Huhu


Akhirnya sampai juga kami ke destinasi yang dituju. Sangat berdikari tau. 
Tak berlengah masuk terus ke Aeon. Sayang tau voucher tak diguna. Kat Sabah belum ada Aeon lagi. Tu yang semangat nak pegi ke Aeon ni. Hehe
Belek punya belek barang yang nak dibeli, akhirnya benda ni yang aku beli. Harga asal RM300 lebih, diskaun 70%, tinggal RM100 lebih lagi. Yang lebih tu bayar sendirilah hehe. 


Balik ke hotel, kitaorang guna cara yang sama, train dan monorail. Dah terror gitu Hehe ... 
Ok habis cerita ke KL ye. TaTa !!


*********************************************************************************



Lazada Malaysia



8 comments:

  1. Wah tahniah mia...kalo naik lrt, monorail pki kad touch n go lg senang. X perlu beli tiket dah.

    Btw cantik beg baru mia ^^

    ReplyDelete
  2. kalau pi KL sekarang ni,confirm dekat sebab dah puluh tahun jugak tak naik pengangkutan awam di sana..hehe

    ReplyDelete
  3. Heheh..tulah kompiden..nasib baik harga monorail murah..jimat la duit.. :)

    ReplyDelete
  4. gila betul...kalau naik tren ke Midvalley RM1 aja!

    Tapi si Bangla tu mmg kesian la, tak malu bertanya, tapi tetap sesat dgn korang sekali! hahaha

    ReplyDelete
  5. Haha... tak pasal-pasal mamat bangla tu sesat dek bertanya dgn org yg sama-sama tak tahu:)

    Cantik beg Mia.

    ReplyDelete
  6. Betul tu. Jika malu bertanya. Sesat susah nanti kan.

    ReplyDelete
  7. Kira balik KK hari tu pakai handbag tu lah yeh hihi....
    Mia . ..okje pun belum tentu reti naik monorail kalau sesorang, walaupun nama jer duk KL.

    Naik teksi mmg mahal, diaorang ni sesuka hati jer charge orang kan

    ReplyDelete

Komen seikhlas hati ... Thanks!