Selamat Tinggal 2014, Selamat Datang 2015

Assalamualaikum

Kurang sehari lagi kita nak melangkah ke tahun baru ... tak sangka kan, pejam celik pejam celik dah sampai kita di penghujung tahun 2014. Terasa cepat sangat masa berlalu.

Umur makin bertambah, anak-anak semakin membesar. Shumi dah masuk darjah 3, Shamzi pula mula bersekolah rendah tahun 2015, masuk darjah 1 dah budak cengeng ni. Risau pulak aku, macam manalah dia dalam bilik darjah tu nanti. Terlebih manja ...
Damia pula semakin petah bercakap, tahun depan dah 4 tahun umurnya. Cerewetnya bukan main, membebel cam mak nenek ... menurun Uminya, so aku tak boleh salahkan dia. hehe
Emmmm cam baru jak rasanya semalam aku lahirkan budak bertiga ni ... tak lama lagi dah masuk ke alam remaja seterusnya dewasa ... aku pula semakin senja dan senja ...

Sepanjang tahun 2014 ... 
Kalau tentang Puan punya blog ni, rasanya semua seperti biasa sahaja. Ada yang manis dan ada juga yang pahit. Biasalah kan, lumrah kehidupan gitulah kan. Ada yang tercapai dan ada juga yang tidak.

Dari segi Keluarga .. alhamdulillah sangat bersyukur dengan kebahagian yang aku kecapi sekarang. Punya suami yang penyayang (walaupun garang dan tegas), dikurniakan dengan 3 orang anak-anak yang comel dan nakal (nakal yang menjadi penawar duka). Nak menambah ... emmm rancangan tu hanya nak 3 sahaja, tapi kalau ada rezeki, apa salahnya kan. :D

Kerjaya ... syukur ... tahun ni aku melangkah satu lagi anak tangga. Rezeki anak-anak. Sebenarnya aku tak sendiri tak sangka akan berdiri sejauh ini. Teringat lagi susahnya aku mencari pekerjaan selepas menamatkan pelajaran ku. Apply sana sini, langsung tak ada. Akhirnya hanya kerja di sebuah restoran makanan segera. Teringat lagi masa tu, aku hanya berehat sebulan sahaja selepas tamat belajar, bapa bukan orang senang, jadi aku harus bekerja untuk menolong mereka.
Aku sangat sangat berterima kasih dengan hubby (masa tu belum kahwin lagi) sebab dia yang menebalkan muka mencarikan aku kerja di restoran fast food itu dan mencarikan bilik sewa untuk aku tinggal.
Dengan berbekalkan duit yang tak sampai seratus ringgit (hasil dari gadaian rantai emas ku), aku tinggal dan bekerja di KK seorang diri.
Nasib baik restoran aku bekerja tu menyediakan makanan untuk pekerjanya .. kalau tak, tak tahu macam mana nak hidup di KK masa tu sementara nak tunggu duit gaji pertama. Gaji aku masa tu hanya RM2.50 sejam. Cukup sebulan dapatlah gaji dalam 300 lebih gitu.
Kalau dikenangkan masa tu memang sangat susah ... dengan gaji yang sangat sedikit, sindiran daripada saudara mara, sekolah tinggi2 tapi kerja masak burger jak (sampai sekarang aku masih ingat) .. tapi semua tu aku jadikan pembakar semangat untuk berusaha lagi.
Tapi tu rasanya dah 10 tahun berlalu ... sekarang aku sudah mampu beli rumah, beli kereta dan biayai persekolahan anak-anak ...
Sangat-sangat bersyukur ... sebab aku bermula daripada susah jadi aku tahu bukan mudah untuk dapatkan sesuatu itu jika tidak ada usaha dan kesabaran dalam diri kita.

Orang tua ku ... rasanya belum terbalas lagi jasa kedua orang tua ku. Setiap tahun aku berusaha untuk bahagiakan mereka, beri mereka apa yang aku termampu, gembirakan mereka tapi rasanya jasa dan pengorbanan mereka tak terbalas oleh ku. Selagi aku masih hidup, aku tak akan lupa pengorbanan dan kasih sayang mereka .. in sha Allah.
Ya Allah kau panjangkanlah umur kedua orang tua ku, berikanlah mereka kesihatan yang baik dan bahagiakanlah mereka selalu ... amin

Panjang lebar pula imbasan tentang aku untuk tahun 2014 ni.
Tapi rasanya semua bersetuju dengan aku jika aku katakan tahun 2014 merupakan tahun yang banyak meninggalkan kenangan sedih untuk kita semua. Tragedi Pesawat MAS MH370 dan juga MH17, membawa kenangan duka untuk kita rakyat Malaysia. Kisah tragis MH17 dan kapal MH370 yang tidak diketahui nasibnya membuatkan seluruh rakyat Malaysia berdukacita. Walaupun tidak ada saudara atau kenalan terbabit tapi aku tetap rasa terkesan dengan berita tu.
Dan baru-baru ni, musibah banjir yang berlaku di negeri2 pantai timur menjadi kisah sedih terakhir di tahun 2014 ini. Kejadian pesawat Air Asia Indonesia yang terhempas di lautan juga sedikit sebanyak membuatkan kita rasa sedih dan turut berduka kerana sebelum ini kita pernah merasainya dahulu.

Walaupun kita tidak akan pernah melupakan episod sedih 2014, sama-samalah kita berdoa agar tahun 2015 ini membawa episod baru dan lebih baik daripada tahun sebelumnya. Mungkin segala peristiwa yang berlaku itu ada hikmah disebaliknya. Ianya mungkin akan membuatkan kita memikirkan segala kesilapan yang pernah kita lakukan sebelum ini dan sama-sama memperbaikinya.

Selamat tinggal 2014, Selamat datang 2015 ....



8 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Moga tahun 2015 itu lebih baik dari 2014 yg kita akan tinggalkan Mia..

    ReplyDelete
  2. kesusahan tu mengajar kita erti bersyukur dan sentiasa menghargai kehidupan kita kini. selamat tahun 2015 buat mia sekeluarga :)

    ReplyDelete
  3. Semoga tahun 2015 memberi sinar yang baik untuk kita semua..amin

    ReplyDelete
  4. selamat tahun baru 2015 mia..semoga tahun 2015 bakal mencoret catatan lebih indah buat kita semua..amin

    ReplyDelete
  5. Kenangan suka duka yg punya memori tersendirikan Mia. Yg baik jadikan teladan yg sedih jadikan sempadan. Benarlah pengalaman adalah guru yg terbaik!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post