Tinggal 3 beradik

Assalamualaikum

Bapa ada 6 orang adik beradik.
2 orang perempuan, 4 orang lelaki. Bapa suda menjadi anak yatim semasa dia kecil lagi, dia kehilangan bapa dan tidak pernah merasai kasih sayang bapa kandung sendiri.
Kami pun tidak sempat melihat wajah atuk sebelah bapa.

Selepas kematian suami, nenek berkahwin lagi. Bapa mendapat seorang bapa tiri untuk menumpang kasih.
Dan mengikut cerita bapa, bapa tiri mereka sangat baik sekali. Menjaga  mereka seperti anak kandung sendiri.
Tetapi jodoh nenek tidak kekal, mereka berpisah tetapi hubungan bapa dengan bapa tirinya masih baik sehingga kini.

Kakak bapa yang sulung sudah lama meninggal. Kami adik beradik tidak pernah langsung mengenali makcik, kakak bapa tu.
Abang bapa yang sulung pula, anak ke-2, kecil saja orangnya. Selalu mengayuh basikal jika kemana2.
Mengajar budak-budak mengaji dan kami adik beradik suka berbual2 dengannya.
Jika dia ke rumah pasti dia bertanyakan kami, ada masak bubur lodo kah (bubur lada @ pedas).
Sehinggakan kami gelar dia pakcik bubur lodo.
Dia mula sakit semasa aku belajar di Ums dulu. Sakit Asthma. Agak teruk dan itu yang menjadi punca dia meninggal. Paru2 berair.
Kami adik beradik sangat terasa kehilangannya. Masih teringat semasa melawatnya di hospital seminggu sebelum dia meninggal, arwah pakcik berselera sekali makan buah limau manis yang dikupaskan oleh makcik. (-_-)
Hingga sekarang bila melihat di jalan raya, selalu terbayang arwah pakcik mengayuh basikal tuanya menuju ke pekan...

Semalam terima berita sedih dari kampung.
Kakak bapa, anak yang ke-3, meninggal dunia di rumahnya. Juga paru2 berair kata bapa.
Makcik memang sudah lama sakit.
Hospital kiranya rumah kedua. Tetapi sudah sampai masanya makcik meninggalkan anak2nya, adik beradiknya, saudara mara selama2nya...

Nenek rasanya sudah berusia 90 tahun lebih.
Umur arwah makcik sudah masuk ke 70-an. Nenek memang sudah terlalu tua, badannya sudah bongkok, berjalan menggunakan tongkat.
Tetapi nenek belum nyanyuk lagi cuma dia tidak boleh mengingati banyak perkara.
Dia hanya mengenali orang yang selalu dengannya. Kami sendiri pun dia mengambil masa yang lama untuk ingat kembali...anak siapakah ni.

Satu persatu nenek melihat anak2nya meninggalkannya. Yang sulung, yang kedua dan ketiga.
Kini hanya tinggal 3 beradik, pakcik anak ke-4, bapa anak ke-5 dan adik bapa yang kami panggil pakcik bongsu.
Kesemua meninggal di usia emas, masing2 sudah berkeluarga, sudah ada anak, cucu, malahan cicit.
Tak tahu apa perasaan nenek sekarang ni, gembira dapat melihat anak2nya membesar, menjadi tua dan meninggal di depannya atau sedih anak2 yang dikasihi pergi meninggalkannya dahulu .... (-_-) :'(

Sayu bila memikirkan satu persatu orang yang disayangi meninggalkan kita. Hanya mampu berdoa dan sedekahkan Al Fatihah kepada mereka yang telah meninggalkan kita.

Note : semasa post ini ditulis, urusan pengkebumian sedang dijalankan di kampung. Aku tak dapat cuti, anak2 sedang menduduki peperiksaan, hanya dapat mengirim Al Fatihah dari jauh.
Anak2 arwah makcik semua sudah balik kecuali anak bongsunya yang bekerja di Singapura. Kakak menelepon dan sebak memberitahu nenek duduk tenang disamping jenazah anaknya........ ok aku nak nangis sudah... full stop di sini.

13 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Al fatihah...sgt tersentuh hati..sebak.

    ReplyDelete
  2. Takziah..al-fatihah..moga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman.amin

    ReplyDelete
  3. Takziah juga.
    Keluarga pb pun kompleks bila msk bab2 tiri ni.
    Bila dh tua2 ni.. rasa seronok gak ada family besar

    ReplyDelete
  4. alfatihah. semoga arwah tenang di sana.

    ReplyDelete
  5. takziah untuk kak Mia n family ye..al-fatihah untuk mereka

    ReplyDelete
  6. Innalillahiwainnailaihirojiun...takziah Mia n family

    ReplyDelete
  7. Salam takziah, dari Allah kita datang, kepada Nya jua kita kembali...

    ReplyDelete
  8. Innalillahiwainnailaihirojiun...Salam takziah buat ko & family. Al-fatihah.

    ReplyDelete
  9. Ibu mana yg tak sedih kalau tgk anak keluar dr perut dia meninggal Mia....Gitulah hukum dunia, sampai masa pasti dipanggil mengadapnya....Takut yek!
    Alfatihah utk arwah

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post