Assalamualaikum
Mak aku kan seorang peminat bunga....dia rajin menanam pokok-pokok bunga di sekeliling rumah. Banyak pokok bunga yang ditanamnya. Sehinggakan dia boleh terpikir untuk menjual anak-anak pokok bunga dan juga pokok-pokok bunga yang ditanam dipasu,
Mak jual di tamu hujung minggu. Memang laku....selalu mak bawa anak-anak pokok bunga tu memang habis terjual. Hilang juga bosan mak duduk di rumah, sambil-sambil tu dapat jugalah duit poket untuk mak.
Mak sama seperti bapa, tak reti nak duduk diam di rumah. ada saja yang dibuat dorang. Bila bapa memotong rumput depan rumah, mak pula sibuk mengemas dan merapi pokok-pokok bunganya di belakang dan tepi rumah.
Hari tu balik kampung, tak sedar mak dah buat 'rumah hijau' di belakang rumah. Khas untuk pokok-pokok bunganya. Cantik pula aku tengok, kemas dan teratur.
'Rumah hijau' di belakang rumah. Banyak jenis bunga tapi aku kurang arif tentang jenis-jenis bunga tu....
Pelbagai pokok bunga kertas......ada kaler putih, merah, ungu dan kuning
Bunga Raya, Bunga Kertas, Bunga Marigold @ Bunga Tahi Ayam.....yang ungu tu tak tahu apa nama dia.....
Sebab tu lah bila balik kampung segar je udaranya, Selain pokok-pokok yang tumbuh semulajadi, mak serikan lagi dengan pokok-pokok bunga yang berwarna warni....
Note : Mak sangat suka bunga tapi anak-anak perempuannya ni satu pun tak ikut jejak langkahnya ......mmmmm agak sayangkan, nak buat camna, memang tak minat tanam2 bunga bunga...hehe
Mak Mia boleh geng dengan kakak. Kakak suka tanam pokok bunga walaupun ruang tanah kat rumah kakak ni kecik sangat.
ReplyDeleteKalau dpt luas macam rumah Mak Mia ini aduhai bestnya:)
Geram tengok susunan pasu dah macam kat nursery.
Wow..memang cantik la bunga2 tu..sejuk mata memandang..mama wana pun suka taman macam2 jenis bunga..nampak hijau ja sekelilig rumah..Segar rasanya kan mia
ReplyDeletewah mia macam nursery lagi mak ko nyer kebun bunger..jeles aku tengok..bagus jugak dia buat bisnes kecik2 gitu dpt gak duit poket an..*-*
ReplyDeletenak jaga bunga ni kena ada minat dan komitmen..huhu.rajin mak kak Mia
ReplyDeleteblognisalpunya.blogspot.com
bestnya ada taman bunga
ReplyDeletebunganya bagus-bagus mba hehehe
ReplyDeleteCantiknya pokok bunga mak mia..mmg dia pandai jaga.
ReplyDeleteBoleh di komersialkan lagi ni..
ReplyDeleteWalaupun awak tak minat menanam, awak minat berniaga kan?
Mintak mak bagi tunjuk ajar, boleh buka nursery bunga..hire pekerja..:)
MEreka yang berumur ni memang tak reti duk diam... bagus ada jugak pendapatan sampingan kan, and at least tak bosan duduk sesajer.
ReplyDeleteSubhanallah... cantik & sejuk mata memandang...
ReplyDeleteMak mak nih memang rajin kan? tangan sejuk pulak tuh.. kalau kak kep.. hmmmm.. sekejap jek mati pokok2.. org tua ckp tgn panas ekk mcm tuh..
ReplyDeletesalam kenal from kak kep di doha qatar
Cantinya bunga² tu.
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!