Assalamualaikum
Hari ni mesti semua tertunggu2 untuk mendengar pembentangan budget daripada PM untuk tahun 2015 ni. Aku seperti orang lain mengharapkan kelainan dalam budget kali ni. Fokus mensejahterakan rakyat, diharap biarlah seiring dengan apa yang dilaksanakan.
Semalam dengar berita, balik2 isu subsidi yang dibangkitkan. Lepas tu isu kisah BR1M yang kononnya akan terus dilaksanakan. Syukur alhamdulillah kalau ianya sampai ke golongan yang sepatutnya.......tapi setiap kali selesai pengagihan BR1M, mesti ada mereka yang sepatutnya layak diberi bantuan mengadu tidak mendapat bantuan yang sepatutnya. huhu
Tak mo mengadu banyak2 nanti blog di banned pula ye......
Aku dan hubby kiranya termasuk dalam golongan pertengahan. Bukan hendak riak tetapi kami masing-masing menerima gaji 4 angka setiap bulan. Jika dipandang secara mata kasar, orang akan beranggapan kami berdua senang. Suami isteri bekerja, cukup belanja, cukup makan, cukup segalanya....
Semua tu secara mata kasar sahaja. Jika kami berada di tahun 90-an dengan pendapatan yang kami dapat sekarang, mungkin agak mewah. Tetapi dalam tahun 2014 yang tak lama lagi menuju ke 2020 ni, gaji tu rasanya cukup-cukup makan jak untuk kami sekeluarga.
Semua perlu duit sekarang.....harga barang, caj perkhidmatan yang semakin mahal, apalagi persekolahan anak-anak, nda alang-alang bah caj dorang...huhu
Setiap bulan, kami perlu bayar hutang kereta (aku dan hubby masing2 bayar sorang satu), hutang rumah, caj persekolahan dan nursery anak-anak (takut mengupah orang gaji yang belum tentu baik perkhidmatannya), bil letrik, bil air, maintenance fee, bil astro (yang semakin naik tapi siar rancangan berulang-ulang), internet, parking (aku bayar RM84.00 sebulan, nasib baik sekolah masih bagi parking free untuk hubby), perbelanjaan rumah (dalam 3 ke 4 ratus ringgit, faham2lah harga barang sekarang....tak adanya menurun, menaik sepanjang tahun), bagi duit kat mak dan bapa dikampung (aku dan hubby masih bagi duit belanja untuk mak dan bapa masing2), simpanan untuk diri sendiri dan juga anak-anak.........minyak petrol yang baru naik 20 sen hari tu. Aku dalam seminggu isi minyak dalam RM 50 ke RM 70.....so 4 minggu dekat RM 300. Hubby pula mungkin dalam RM 400 sebulan. huhu
Akhirnya duit baki yang tinggal setelah ditolak kesemua perbelanjaan, adalah dalam 2 ke 3 ratus untuk sebulan. Sadis.....tak tahu aku semakin senang ke atau semakin susah....huhu
Nak cari pendapatan sampingan, bukan senang sekarang ni. Masing-masing pun kononnya nak berniaga untuk mencari sumber pendapatan sampingan.
Tapi rasanya dengan keadaan sekarang ni, golongan peniaga pun susah untuk mendapatkan untung.
Bukan aku cakap kosong tapi ni luahan daripada rakan-rakan aku yang berniaga.
Kata mereka, susah untuk menjual barang sekarang ni. Orang semua semakin berjimat cermat, membeli apa yang patut sahaja.....mereka lebih selektif, mencari barang-barang yang betul-betul berbaloi untuk duit mereka yang terhad itu.
Tambah kawan aku tu, dengan keadaan sekarang ni, untung dorang tak kisah sudah, asalkan pulangan yang mereka perolehi boleh menutupi modal. Tapi kan kadang-kadang modal pun tak pulang balik.....macam mana tu. huhu
Aku bukannya tidak bersyukur.........aku bersyukur, sangat bersyukur sebab aku pernah merasa hidup susah. Sekurang-kurangnya aku sekeluarga masih cukup makan, pakai dan tempat tinggal berbanding mereka yang kurang berkemampuan.
Ni sekadar luahan hati seorang rakyat biasa kepada pemimpinnya. Wahai pemimpin, jangan menilai dengan mata kasar sahaja dan terus membuat kesimpulan....selami dan alami dahulu....mungkin baru boleh terbuka mata dan hati dalam membuat keputusan yang adil dan saksama untuk setiap inci golongan masyarakat.
Betul mia. Sekarang hidup semua perlukan duit. Nk masuk toilet pun kene duit...itulah byk kes2 jenayah ragut krn tekanan krn mslh kewangan.
ReplyDeletebetul sis semuanya kena ada duit
ReplyDeletetak sabo nak tengok
ReplyDeleteMia belum lagi merasa anak-anak dah remaja macam kakak ni. Bukan setakat makan-pakai-perbelanjaan asrama-buku-buku yg kian mahal, bahkan penjagaan kecantikan juga mereka perlu walau tak diminta kita sebagai org tua faham nalurinya.. Bayangkan kalau satu anak belanja yang belajar di luar (tidak duduk sama) keperluan lebih kurang 1.5K kena dua org? Belum lagi keperluan seperti yg Mia catatkan lagi...
ReplyDeleteBegitulah kita sebagai rakyat bagaikan tertekan sekarang ni. Org duduk atas senang, minyak naik harga dengar-dengar allowance mereka nak dinaikkan. Adilkah itu?
Kita tunggu pembentangan budget petang ini..
Betul tu kak....yg disibukkan gaji 'mereka'. Yg golongan bawahan seperti kita macam menunggu buah yang tak gugur2.
DeleteJika mengadu banyak , kata kita tak berusaha menambah pendptan, malas kata mereka, hanya mengharap bantuan semata2 kononnya...huhu
Susah mo cakap kan Mia.. semuanya makin terbeban dgn macam2 kos.. betul tu bukan nda bersyukur, sangat bersyukur tapi itu lah kehidupan semakin menghimpit... tensen kadang...
ReplyDeletesabar jak menunggu budjet ptg ni...
betul tu.. skang ni duit memang keutamaan.. bukanlah maksuudnya kita ni mata duitan tpi p mana2 pun perlu duit..
ReplyDeletetak sabar nak ketuk meja!
ReplyDeletecouldn't agree more... sekarang ni semua barang mahal... minyak naik RM 0.20 saja pun tapi barang2 naik berabis... ni belum ada anak lagi ni huhuhu
ReplyDeleteTak tau nak cakap apa dah. Yg penting aku nak apply BRIM thn depan....hahaha...
ReplyDeletePekerja swasta mcm kita ni memang tak termasuk dalam budget. Harapkan gaji dan bonus jer lah, Itu pon kalau dapat. Kan best kalau ada elaun utk pekerja swasta jugak.
Betul tu noks .... kita mana ada elaun. Bulat2 gaji tu lah yg kita dapat. Huhu Nasib baik ada bonus ... hehe
Deletekan...campur tolak darab bahagi semua, tercungap2 tengok angka kan. hmmm... itu la I tak boleh nak cakap banyak hal ni sebab I bukan kat sana, tapi hari tu tengok kat tv... beberapa hari lepas la tunjuk harga barangan kat sini cheaper berbanding tahun2 sebelum ni, terus teringat kat Malaysia... I was like alahaiiii.
ReplyDeleteBetul mia.Utk golongan mcm kita ni..maybe boleh usaha utk berjimat.Tapi teringat kenangan masa keje kat bank dulu.Ada sorg guard asyik lelap jer.Bila ditanya..rupanya dia kerja dua shift.Siang dan mlm...bila masa lah agaknya dia nak rehat? Demi mencari pendapatan yg cukup.Itu bujang tu....
ReplyDeleteKwn dia plak lagi sedih.Dtg keja bwk bekal mak masak...nasi kosong + telur goreng..
Menitik air mata...
Betul tue mia.. bajet yg dibentangkan semalam masih seperti bajet tahun sblm nie..tiada apa yg menariknya..BR1M tue rasanya tak perlu kot.. better top up kt subsidi minyak.. semua golongan dpt rasa...
ReplyDeletentah la mia....makin sempit rasanya...bila duduk bandar besar...lg parah rasanya...dengan budget kelmarin...yg sis dapat cuma duit sekolah anak je la...pengurangan % pada cukai pun x dpt...BRIM lagi la mimpi jer ... kita org bawahan ni nk buat macam mana...
ReplyDeleteBetul tu Mia....nilai duit kita sangatlah rendah sekarang .....sama je naik gaji pun sebab barang barang pun naik sekali .....Okje nak komen pun tak tau sebab bukan pakar ekonomi. Tapi tulah hakikatnya ....Mana yg boleh berjimat berjimatlah kot.....
ReplyDeletePost a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!