Resort ni ada promosi!

Assalamualaikum



Dah dekat cuti-cuti sekolah ni, aku lah yang paling sibuk.....sibuk menggoogle tempat menarik di sekitar KK ni. Of course lah cari resort yang best untuk di stay. Google punya Google, ternampaklah satu resort 5 bintang ni yang buat promosi sempena Visit Malaysia 2014. Valid until 31st December 2014 gitu. 

RM388 nett semalam di Ocean Panorama Deluxe room.....menarik ni. Yalah resort 5 bintang, mana nak dapat harga bilik semalam cam tu. Harga normal pun mesti RM 500 ++. 
Korang google jak Nexus Karambunai Resort, mesti korang terpikat dengan keindahan resort ni. 

Aku pernah dah stay sini, tapi bukan stay kat bilik dia yang mewah tu tapi kat quarters pekerja sebab praktikal sebulan di sini...hehe
Bilik-bilik resort ni memang mewah gitu. Ada juga banglo-banglo sebiji yang boleh di sewa. Rate rasanya dalam RM1,000 ++ gitu. Teringat lagi masa praktikal tu, Dato Ct (masa tu masih bujang lagi, mungkin baru bercintan cintun dengan Dato K) stay di resort ni sempena penggambaran dengan siri Azwan Ali yang trademark amboi amboi amboi tu. Dia stay kat banglo mewah tu lah..Mewah dan Grand gitu.
hehe tetiba bergossip pulak.

Aku dan hubby dah terpikat dengan iklan promosi ni. So jika tidak ada aral melintang mungkin nak stay kat resort ni. Nak tengok best ke tak....hehe




Note : Aku pula yang tak sabar nak bercuti-cuti sekolah (^_^) ... (dah call resort tu, nak confirmkan tentang promosi tu, betul ke tak. Dan memang betul. So sekarang nak pilih tarikh yang sesuai gitu, baru book)



10 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Ya Allah syoknya mia, karambunai adalah salah satu tmpt yg Sue nk pergi sgt.

    Mood nk bercuti2 Malaysia dah on ye Mia :)

    ReplyDelete
  2. ni macam menarik jer ni...kalau bawak Ash ni pergi holiday...

    ReplyDelete
  3. aduiii ni la salah satu tempat idaman nak pegi!

    ReplyDelete
  4. best juga ni kalau ada peluang tidur di karambunai..mau kumpul duit dulu.. ^_^

    ReplyDelete
  5. Sebab awak pernah bekerja di situ, nak tanya, apa yg best nak buat kat situ? Jauh tak dari bandar?
    Saya mmg plan nak bercuti ke Sabah ni :)

    ReplyDelete
  6. kota kinabalu..rindu nak ke sana lagi..lepak 1b..

    ReplyDelete
  7. Nak ikut arrr......hehe.....
    Wah sure dah confirm tu yek.... Yelahkan Mia, penat penat bekerja apa salahnya reward diri sendiri ye dak.... So, selamat bercutilah buat awak dan family yer Mia

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post