Nexus Resort & SPA Karambunai

Assalamualaikum
 
Image from www.hotelecam.com
 
 
Ni kiranya menjawab sedikit tentang pertanyaan Daddy Ziyyad semalam....apa yang menarik tentang resort ni, di mana tempatnya, jauh ke tak dari pusat bandar ??
 
 
Image from asiatravel.com
 

Resort ni memang letak di hujung bandar gitu...kira kawasan kampung pinggir pantai. Jauhnya dari bandar Kota Kinabalu dalam 28KM gitu, so kalau ikut keadaan jalan raya lengang, dalam 45 minit ke sejam gitu boleh sampai dah. Tapi jika masa tu jammed giler, kadang-kadang boleh ambik masa 2 jam nak sampai ke sana. huhu
 
Tapi kan sepanjang perjalanan menuju ke sana korang boleh singgah beberapa tempat menarik ni .. 1Borneo Hypermall (mall yang terbesar di Sabah ni). Boleh singgah makan kerang panggang, kelapa bakar dan puding kelapa yang nyaman di gerai-gerai yang banyak terdapat di tepi-tepi jalan.
Juga bagi peminat SEAFOOD, kasi besar sikit hehe...makanan laut yang segar, sapa yang tak suka...korang boleh singgah sebentar di restoran seafood yang terkenal di Jalan Sepanggar tu. Salut Seafood Restaurant dan juga Gayang Seafood Restaurant. Aku dah pernah beberapa kali makan di Salut tu, udang rebus dia memang sangat terbaikkk....segar dari kolam peliharaan mereka gitu.
 
Sampai di resort, korang boleh rehat2 kejap menikmati keindahan persekitaraannya. Lepas tu boleh lah buat aktiviti bersama keluarga, untuk anak-anak berkubang kat swimming pool, untuk bapa-bapa bergaya kejap jadi orang kaya pukul bola di tengah panas tu (main golf lah kononnya), bagi kaum ibu, boleh relaks dengan menspakan diri ... hehe
Kalau rasa aktiviti tu agak mengeluarkan ongkos yang banyak, dan tidak bersifat kekeluargaan sebab masing-masing dengan hal sendiri...korang boleh beriadah bersama family di Lagoon Park di resort ni. Banyak aktiviti sukan air yang disediakan di sini. Atau kalau nak santai boleh menikmati pemandangan alam dengan mengikuti aktiviti River Cruises mereka.
 
Kalau malas nak makan kat luar, resort ni banyak pilihan restaurant yang menyediakan pelbagai juadah. Dari makanan tempatan hinggalah yang kebaratan gitu. Bufet best kat resort ni kat The Penyu Restaurant. Sangat banyak pilihan makanan gitu.
Tapi aku suggest korang makan kat Noble House, chinese restaurant dorang. Dim Sum nya sangat-sangat sedap. Kawan pernah belanja makan kat sana, Dim Sum nya memang terbaik....:P
 
Ok cukup dah aku bagi promosi free kat resort ni. Korang try stay dulu baru tahu best ke tak kan.... (^_^)
 
 
 
Note : aku pula yang tak sabar stay resort ni bila baca entri sendiri ... kihkihkih
 
 
 
 
 


11 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. best nya sis mia nk pegi bercuti kat sabah..plan pegi cuti sekolah ni ye mia?

    ReplyDelete
  2. Masuk dlm whishlist. mudah2an ada rezeki ke sini.

    ReplyDelete
  3. Memang menariklah jika ada macam-macam ni akak. Sampai sana nanti nak kena singgah juga.

    ReplyDelete
  4. paling best makan di salut tu..fuh, bestnya makan kerang..sedap gila..heheh..

    ReplyDelete
  5. Wow...cantiknya...Sabah ni mmg superb lah kawasan tepi lautnya..teruja gila ni

    ReplyDelete
  6. Adoiiiii terliur baca entri ni...hihi....
    Sedap ke udang rebus Mia? Lupa lak...kurang sikit kolestrol dia yek tak de minyak haha.....
    Ohhhh Dim Sum mmg faveret mak tu..... Tunggulah duit turun dari langit barulah boleh gi Sabah huhu

    ReplyDelete
  7. bestnya cuti2...teringin sangat....tp blom berkesempatan....ongkosnya blom ckup :)

    ReplyDelete
  8. kita suka gi KK. Beach dia cantik....Seafood pun best...

    ReplyDelete
  9. Salam perkenalan sis... belum pernah ke sabah... teringin sgt nak kesana.. tp blm diizinkan :)

    ReplyDelete
  10. Sabah ni termasuk dalam whishlist saya untuk jelajahi. Banyak pulau yang cantik2 kat sini. Pantai bersih. Insyaallah akan sampai ke Sabah satu hari nanti :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post