Raya di mana-mana sama sahaja

Assalamualaikum

Ni nak menjawab pertanyaan si Daddy Ziyyad semalam. Aku tak sempat nak reply komen post so aku up kan entri hari ni.... :)




Sama jak sebenarnya. Tak banyak jauh bezanya. Pagi raya selepas sembahyang raya, bersalam-salaman dengan mak bapa dan juga adik beradik yang lain. Lepas tu acara wajib pagi raya melantak ..... hehehe ganas benar bunyinya. Maklumlah banyak makanan best2. Kemudian ziarah kubur mereka yang telah meninggalkan kita dan akhirnya kunjung mengunjung amalan mulia. :P

Mungkin adalah sedikit perbezaan kecil terutamanya dalam bab makanan yang dihidangkan di hari raya. Setiap kaum yang ada di Malaysia ni, khususnya di Sabah dan Sarawak yang umum dah tahu banyak bangsa yang duduki negeri ni, secara tidak langsung mempengaruhi cara masakan dan apa yang dihidangkan semasa raya.... macam buat karanganlah pulak aku ni  

Ketupat dan lemang salah satu makanan wajib yang ada di pagi raya. Tapi rasanya kalau di Sabah ni, ketupat pulut lebih banyak dihidangkan untuk juadah raya berbanding dengan ketupat nasi ataupun lemang. Ketupat pula dimakan bersama kuah kacang ataupun rendang. Ketupat pulut ni pula ada yang bersantan dan ada juga tidak. Yang bersantan tu memang sedap berbanding yang biasa, tapi jenis ketupat ni tidak boleh disimpan lama memandangkan sifat santan yang cepat basi tu plus kolesterol tinggi huhu. 

Nanti kalau aku sempat snap2 gambar makanan minggu depan (masa raya), aku kongsikan di blog ni ye. :)

Ok lah tu je ... TaTa!





Note : Tapi kan suasana beraya di kampung adalah sangat berbeza dengan beraya di bandar. :)




8 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. Assalamualaikum mia..yer la beraya kat mana2 pun sama juga tapi kalau masih ada ibu bapa eloklah beraya bersama mereka di kg...

    ReplyDelete
  2. Apa yg penting keluarga semua berkumpul itu yg paling membahagiakan..
    Kalau beraya tapi ada yg tidak ada bagaikan ada satu kelompongan..

    ReplyDelete
  3. raya ni paling penting, siapa yang ada dengan kita. asalkan dapat bersama ahli keluarga, kat mana-mana pun ok

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Tapi aku rindu nak beraya dikampung.

    ReplyDelete
  5. raya di kg la best... terasa sgt kampung ha ha ha...
    kat bandar tak best sebab sedara mara jauh!

    ReplyDelete
  6. Suka bila berkumpul ramai-ramai sambuat raya. Beraya di mana-mana pun tak apa kan akak.

    ReplyDelete
  7. Hari raya ni hari utk kita berkumpul semua sedara mara.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post