Air Sarsaparilla

Assalamualaikum

Zaman budak-budak dulu, di bulan puasa,
waktu matahari tegak kat atas kepala, memang terbayang dah minuman sejuk berais.
Nyamannya kalau diminum waktu dahaga yang amat sangat tu kihkihkih

Sekarang dah dewasa beranak pinak ni, tak kan lah masih berperangai gitu hehe
Tapi kadang-kadang tu terbuat juga, nak2 lagi kalau dah penat sangat buat kerja dan cuaca pula sangat panas.
Sedapnya bila terbayangkan air kegemaran waktu berbuka puasa.
Aku selain air bandung, aku sangat gemar minum air sarsaparilla atau lebih dikenali air sarsi.
Tapi aku tak suka yang berkarbonat tu, aku suka yang jenis kordial. Sedapnya diminum sejuk2.

Tapi kan kegilaan aku terhadap air ni cuma di bulan puasa dan raya sahaja. Wajib ada sebotol kordial
sarsaparilla di rumah. Bulan-bulan biasa memang langsung tak ada. hehe
Aku sebenarnya kurang sikit minum minuman kordial atau bergas ni, kalau tetiba teringin jak baru lah membeli. Cam air sarsaparilla ni, keinginan membuak-buak tu cuma di dua bulan ni sahaja..kihkihkih

Hubby aku ada tanya juga, pasal apa aku suka sangat minum air ni.
Lepas tu dia tanya, air ni buat daripada apa ? kalau sirap ros ke, air oren ke, lychee ke ... tu memang kita tahu asal usulnya.
Aku blur tak tahu nak jawab apa, yang aku tahu rasanya sedap dan halal....hehe

So hari ni aku rajin lah mengoogle asal usul air ni..
dan aku dapat jawapannya.

Air Sarsaparilla yang originalnya diperbuat daripada sejenis tumbuhan Smilax Regelii yang banyak tumbuh di Amerika Tengah.
Tumbuhan ni sebenarnya salah satu penawar untuk penyakit kulit dan darah. Akarnya digunakan ala ala ginseng gitu. Kata si wikipedia ni. Kalau nak tau apa jenis tumbuhan ni korang google jaklah ye.
Tapi sekarang minuman ni lebih dikenali sebagai minuman ringan dan banyak diperbuat daripada
perisa tiruan. Dan jenama minuman jenis ni yang paling dikenali di Asia ialah Sarsi.
Gitu serba sedikit tentang air sarsaparilla ni.


Harap hubby aku berpuas hati dengan jawapan aku mengenai air sarsaparilla ni...hehe :P


Sumber : www.Ishworld.com


16 Comments

Komen seikhlas hati ... Thanks!

  1. betui air sarsi memang superb
    sekarang ni tambah lagi satu fav akak
    air teh munga :)

    ReplyDelete
  2. Cik mah mmg wajib ada..feveret betul ni..yg lain xberapa sngt..nipling best...

    ReplyDelete
  3. rasa apa air ni mia? nama dia cam pelik sikit. hehehe

    ReplyDelete
  4. suka juga minum air sarsi tapi asben tak gemor..so dah lama tak minum..

    ReplyDelete
  5. yelah..kurang minatdengan air sarsi...hehe

    ReplyDelete
  6. Nampak air ni pon aku dah terlior. Acaner ni...hahaha...bulan posa kan. Tapi aku suka air sarsi ☺

    ReplyDelete
  7. lg suka air kosong suhu bilik jer utk berbuka...

    ReplyDelete
  8. aku bulan posa nie air sejuk2 kena banned mia..sbb batuk belum btul2 reda dahtu lak ngan cuaca sejuk...tapi aku curik2 gak air sejuk dlm peti ais bila laki tak nampak..hehehe..kdg rs teringin sangat nak minum sirap bandung ngan biji selasih...

    ReplyDelete
  9. haa kan mmg femes la air ni dedulu.. pastu ada candy perisa sarsi ni jugak, kira hebak ah kalau dapat show off kat kawan2 hehehe. owhh baru tau asalnya.. pernah jugak terlintas apa kandungan bahan air ni kan.

    ReplyDelete
  10. betul lah kak..kalau bulan puasa n raya memang nilah minuman wajib..lagi-lagi kalau taruk ais ketul-ketul..
    salam kenal n selamat berpuasa :)

    ReplyDelete
  11. Lebih kurang rasa sarsi kan. Dulu ms kecik kecik pernah jumpa kayu yg mmg ada bau sarsi. Ntah dr mana datangnya tak tahu la. Ada kawan kasi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Post a Comment

Previous Post Next Post