Skip to main content

Lok Kawi Wildlife Park

Assalamualaikum
 
 
Cerita sudah bangas orang Sabah bilang.....ni kisah dua minggu yang lalu, bawa anak-anak beranimal planet katanya, baru aku terhegeh2 post hari ni....hehe Bukan apa ni kes malas edit2 gambar segala.....kalau tempek jak bulat-bulat camtu macam tak cantik plak kan.....macamlah cantik lepas diedit kihkihkih

 
 

Lok Kawi Wildlife Park......aku dah tak ingat yang ni kali ke berapa kami ke sini. Tapi last sekali pegi, Damia rasanya masih kecik lagi...mungkin dalam umur setahun lebih gitu...masih duduk dalam stroller lagi. Binatang masih sama juga, tak ada penambahan dan ada yang kosong kandangnya....samada binatang tu bersembunyi atau binatang halimunan ataupun aku yang buta tak nampak...huhu Damialah yang eksaited sebab kali ni dia dah faham dan kenal binatang-binatang tu semua. Kan selalu tengok dalam discovery channel jak.
 
 
 
Aksi anak-anak sedang beranimal planet disamping babanya. Umi memang selalu tiada dalam gambar sebab tukang katik kamera...huhu Gambar tak berapa terang sebab guna kamera hp jak, hubby malas nak angkut kameranya besar gedabak tu....berat katanya Tapi lepas sampai zoo nyesal pulak tak bawa katanya sebab cuaca elok dan sesuai ambik gambar masa tu...huhu 
Tengok rupa-rupa adik beradik tu semuanya ikut rupa babanya....Shumi jaklah yang mirip muka aku sedikit.....Gen hubby kuat, apa nak buat, yang dominan katanya...hehe
 
 
Siapa yang nak pegi ke tempat ni, korang google jak lah map...aku tak pandai menerangkan jalannya...memang sesat korang kalau aku yang bagi tahu...hehe Yang aku tahu tempat ni kat area Jalan Lok Kawi ikut jalan Penampang. Tiket masuk, dewasa RM10 seorang, kanak-kanak ada yang RM5 dan RM3, ikut umur katanya....tapi yang ni harga warganegara Malaysialah. Orang luar memang mahal sikitlah.
 
 
Ok tu jak ceritanya....TaTa !
 
 
Note : Bangas - Basi
 
 
 


Comments

  1. teringin gak nak bwk luth g zoo. tp biar dia besr sikit dulu..
    tp sekarang pun dia dah pandai tgok binatang.. kalau balik kg..menjerit2 tgok kucing, ayam, kambing.. excited sgt2..
    nanti setahun boleh kot pergi zoo. dah retikan?

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mia...wah seronoknya dapat pi sini...:)

    ReplyDelete
  3. Org Sabah rupanyer baaaa��
    Kids Mmg suka tgk animals khen

    ReplyDelete
  4. dah lama tak g zoo.. tak tahu nak tengok ape dahh.. haha

    ReplyDelete
  5. SERONOK KAN LAMA X PERGI ZOO

    ReplyDelete
  6. pemgisian yang sangat bermanfaat...dapat meluangkan kasa dengan famly memang best...

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya zoo merupakan salah satu tempat terbaik utk bawa anak-anak jenjalan.
    Live tengok depan mata mesti mereka suka Mia..

    ReplyDelete
  8. budak2 memang suka pegi tempat2 macam ni kan..sya pun berapa kali sudah masuk lok kawi wildlife tu dengan anak2 buah..hihi..

    ReplyDelete
  9. Yelah...dah lama rasanya tak bwk anak anak pergi zoo..mesti seronok

    ReplyDelete
  10. Oooo Bangas tu basi rupanya..bolehlah ckp mcmtu kat staff sabah kt ofis nanti..hihi

    oops..lupa..salam kenal..jemputlah ke rumah

    ReplyDelete
  11. Bila la dpt bwk ank ank gi zoo

    ReplyDelete
  12. Untunglah baba dapat bolot gene hehe....Nasib ada yg ngikut gene mama walaupun sorang....
    Ni mcm zoo lah yeh Mia...okje lama dah tak pergi tempat gini

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang