Assalamualaikum
Nak share gambar-gambar yang diambil di Pusat Rekreasi Awam Teluk Likas dan Tanjung Lipat Kota Kinabalu.
Tempat ni baru sahaja di ubahsuai menjadi pusat rekreasi awam tahun lalu. Sebelum ni kosong je, tak berapa nak terurus dan tidak ada laluan untuk orang berbasikal dan berjogging.
Sekarang ni sangat jauh berbeza. Lebih kemas, cantik dan sangat selesa untuk orang ramai melakukan aktiviti riadah bersama keluarga dan teman-teman.
Laluan jogging ni terletak di bawah jambatan berdekatan dengan bulatan menuju bangunan Tun Mustapha atau dulunya dikenali sebagai bangunan Yayasan Sabah.
Untuk mereka yang suka berbasikal, juga untuk mereka yang suka berjogging sambil menikmati pemandangan matahari terbit di tepi pantai. Laluan berwarna hijau ni bermula dari Teluk Likas sehingga Tanjung Lipat berdepan dengan Tamu KPD.
Tempat ni juga digemari oleh kaki pancing. Setiap hari jika lalu kawasan ni, pasti akan terlihat kaki pancing yang sedang sabar menunggu ikan memakan umpan mereka :D
Selain tu, kat pusat rekreasi ni disediakan taman permainan untuk anak-anak, pondok-pondok untuk berehat, tempat untuk memanggang jika ingin berkelah sambil berbarbeque bersama keluarga.
Note : belum berkesempatan untuk jogging di tempat ni akibat kekangan masa. Tapi pasti akan ke sini juga. :D
Picture credit to my Hubby
seronok untuk beriadah bersama family kan mia...
ReplyDeletewow bestnye tempat ni Mia, yg menarik sangat ada trek joging dan...bole g memancing lagi tuu...serius pcl teruja sangat dgn keunikan tempat ni.
ReplyDeletebest nie buat xtvt family
ReplyDeleteseronok nyer!
ReplyDeletecantik pemandangan sunset...kaki pancing suka lah ni..
ReplyDeleteharus best bila semua kemudahan ada...pemandangan pun cantik kan...
ReplyDeletecantik bah... ni dekat area bas station yang penuh oms dulu tu kan? hehehe windu la.
ReplyDeletememang nampak santai tempat nie mia...boleh bawak anak2 datang jogging petang2 gitu..:)
ReplyDeletememang best dan cantik kan tempat tu untuk buat aktiviti rekreasi..
ReplyDeletecantiknya mia...mesti seronok kalau berjogging kt situ...
ReplyDeletegambar mmg terbaiklah mia!
ReplyDeletecantiknyer, CN lalu jer ke sini sebab masa tu nk ke ums..
ReplyDeletecantik nya tempat ne...cik asal sabah pun tapi banyak tempat lagi yang belum cik lawati..
ReplyDeleteSeronok aje beriadah dgn fmly kan...
ReplyDeletecantik view..:)
ReplyDeleteNak pergi tempat ni untuk beriadah mmg tak mungkinlah buat masa ni hehe...
ReplyDeleteCari jelah taman kat area taman ni OKje oi haha...itu pun tak terpegi!
Boleh Thu tk objektif
ReplyDeleterekreasi
Post a Comment
Komen seikhlas hati ... Thanks!