Skip to main content

Perangi Denggi

Assalamualaikum

Perangi Denggi !!! Ni hari sabtu yang lepas. Ada fogging dibuat untuk hapuskan nyamuk. Kawasan perumahan tempat aku tinggal tu dekat dengan kawasan pembinaan. Haruslah ada nyamuk berterbangan terutamanya waktu maghrib. Takut juga kan sebab nyamuk Aedes
kan suka berkeliaran di waktu pagi dan senja. 

Hari tu mak aku terkena demam Chikungunya yang disebabkan oleh nyamuk juga. Gejala dan sakit hampir sama dengan demam malaria dan denggi, sakit sendi, demam, timbul ruam2 merah kat badan.......nasib baik mak dapat rawatan awal. Alhamdulillah. Mak sembuh seperti biasa cuma kesannya berpanjangan, mak selalu sakit2 di lutut. Kata doktor kena minum banyak susu. 

Dalam Majalah 3 beberapa minggu yang lepas  ada rencana khas mengenai bahaya nyamuk aedes ni. Banyak maklumat berguna untuk mencegah nyamuk ni dan juga pengalaman mereka yang dijangkiti wabak pembunuh ni. Aku baru tahu juga, nyamuk aedes tertarik dengan pakaian berwarna hitam dan merah. Emmm kena check lah baju2 tu semua..hehe

Bila dengar pengalaman mereka yang pernah terkena penyakit ni dan juga mereka yang kehilangan orang tersayang dalam sekelip mata akibat wabak ni, memang agak menakutkan. Kena banteras lebih awal kawasan pembiakan nyamuk ni. Tapi itu tidak akan terhasil jika ada satu dua keluarga yang melakukan, kena ada kerjasama dari semua pihak untuk menjayakan usaha perangi denggi ini. 






Comments

  1. jadi sakit2 sendi yer wpon da sembuh... semoga cepat sembuh sepenuhnyer yer makcik..

    ReplyDelete
  2. mencegah lbh baik dari merawat..

    ReplyDelete
  3. 3 minggu lepas, majikan Zara, kena tahan kat hospital gara2 denggi then xlama pastu, kawan ofis lagi kena.. aduuuhh..

    ReplyDelete
  4. nyamuk suka kaler merah n hitam ye..tq for info

    ReplyDelete
  5. Kalau nak tido, janganlah pakai baju hitam atau merah. Ada tgk gak majalah 3 tu.

    Siannya mak. Smoga cepat sembuh.

    ReplyDelete
  6. kaw rumah kena fogging juga minggu lepas, ada jiran kena denggi.

    masa nk fogging tu, sy bwk luth keluar sb x mahu hidu bau tu..rupanya dia nk masuk rumah sembur minyak, jd rumah sy x kena semburlah minyak.. cuma sembur asap kat luar..

    sekrg nyamuk ada lagi..

    ReplyDelete
  7. Oh yeke nyamuk suka baju kaler tu? Thanks bgtau...

    ReplyDelete
  8. Fobia dengan nyamuk denggi ni... adui! di LD ni makin menjadi2 Mia.. risau dibuatnya...

    ReplyDelete
  9. Sekarang environment semua dah x sihat....menakutkan...

    ReplyDelete
  10. Tempat kakak ni Mia kalau ada fogging menjelang senja tu tahulah mesti ada yg kena denggi. Takut memang walau sebab nyamuk yg kecik tapi boleh bawa maut..

    ReplyDelete
  11. ne yang cik risau ne..bila kita beriya-iya hapuskan denggi..jiran2 kat seblah tu pulak tak peka..

    ReplyDelete
  12. Yes, nyamuk sangat suka kaler2 gelap dan tempat2 gelap, so thats why masa balik kampung itu hari semua tablecloth my mom I buka simpan, langsir sumer I buka muahahaha tension orang tua tu kejap.

    ReplyDelete
  13. Sesetengah tempat tu bila dah ada kes baru nak sembur... nasib baik kaw bunda ni dalam masa terdekat ni belum dengar lagi ada kes..

    ReplyDelete
  14. kat sini pun byk kes denggi mia..sampai skrang kitorang tk bg siaidan mainkat luar waktu petang takut kena gigit nyamuk kang..

    ReplyDelete
  15. skrg kes demam denggi mmg tinggi sangat kan.. so bagus la depa dah dtg fogging..biar mati semua nyamuk2 tue..=D

    ReplyDelete
  16. Memg bhya...kne cegah sblm merebak kan

    ReplyDelete
  17. Memg bhya...kne cegah sblm merebak kan

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen seikhlas hati ... Thanks!

Popular posts from this blog

GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN

Assalamualaikum STICKY POST UNTIL 20 NOV 2017. SCROLL DOWN FOR NEW ENTRY! Hi korang.  Seperti yang dijanjikan, dengan ini bermulalah Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun . Cara nak sertainya mudah sahaja :- Untuk penyertaan Blog Letak tajuk post GIVEAWAY MIAKASSIM DOT COM 10 TAHUN pastu copy image kat atas tu dan paste kat entri korang. Dalam post tu korang ceritalah serba sedikit tentang blog ni. Contoh? Cerita macam mana korang boleh kenal blog ni ... Ringkas-ringkas ja bah .. nda payah pun taip sampai 300 patah perkataan 😂 Kemudian publish ja. Dan komen entri penyertaan korang di post ni. Untuk penyertaan Facebook  Korang cari status tentang post ni di FB Page Mia Kassim Dot Com. Cerita serba sedikit tentang blog ni dan sharekan. Jangan lupa setkan ke Public. Komen kat status itu tentang penyertaan korang supaya Kmia boleh track. *yang ni pula tak paksa .. kalau sudi follow  IG MiaKassim  | follow  Twitter MiaKassim  | like  FB Page MiaKa

BRINGING YOU KAMPUNG FARE WITH JUADAH SUTERA!

Sutera Harbour Resort beckons you to welcome a new beginning with spiritual zeal and togetherness over a sumptuous authentic Kampung spread with Juadah Sutera, bringing back nostalgic childhood memories of kampung fare, at the Five Sails, The Magellan Sutera Resort. This scrumptious feast is available from the first to the last day of Ramadan month, every day from 6.00pm to 10.30pm.  The promotion includes a dedicated prayer room with prayer mats and onsite ablution facility for Solat Tarawih led by Imam and free parking. At RM99.00nett for adults and RM50.00nett for children (3-11 years old), the promotion requires advance bookings.  Make sure to catch the live cooking outdoor for Kambing Bakar ala Arab (daily) and Roti Arab. Be sure to grab a serving of Chicken Shawarna, delectable Lemang with Chicken Serunding and Apam Balik. Other stalls offer even bigger selections of spread including Malaysian’s favourites Penang Kuey Teow and Mee mamak-style, Ikan Asam Pedas, Ayam Masak Merah an

Resepi Kari Ketam Simple

Assalamualaikum. Lama tidak kongsi resepi walaupun kmia tidak lah berapa campen mo masak. Hehe Kali ni kmia kongsi resepi simple tapi sedap dan sebenarnya pertama kali kmia masak sendiri 😜 selalu tunggu mak yang masakkan saja.  Ni kira resepi campak-campak dan untuk mereka yang amatur dalam bidang masak-masak ja. Walaupun bahan-bahan simple tapi tetap mendapat pujian dari hubby dan anak-anak 🤭 Kari Ketam versi miakassimdotcom .. gitew Bahan-Bahan Ketam saiz sederhana (5 ekor) 1 kotak santan (yang kecil tu je) Bawang Merah dihiris Bawang Putih dihiris Halia dihiris Serbuk Kari Ikan (kmia guna jenama Babas) Sedikit cili giling (bagi dia pedas-pedas sikit) Asam jawa (kmia guna pes asam jawa Adabi) Daun Kari (tapi hari tu kmia masak tak ada simpan sebab tak sempat beli 😅) Tomato Bendi Garam dan Gula (secukup rasa) Minyak untuk menumis Cara Masak First2 memanglah ko kena siang ketam tu dulu. Dan pengakuan jujur 😂 ni pertama kali kmia siang